Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

hkr

hkr
by

wany nazary

on 17 June 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of hkr

"TALAK"
MPW 2143-Pengajian Islam
-Talak jenis ini merangkumi :
i) Khulu’
-Khulu' bererti tanggal.
-Dari segi syara': Penceraian yang
diminta oleh isteri dari suaminya
dengan memberi wang
atau sebagainya.
Disediakan oleh:

Nur Syafiqah Nazary
Halisa Mohamed Hilmy
Nurfatin Mat Desa
Siti Nur Sabrina Zainudin
Nur Izzahtul Husna Shafie

Talak merupakan perkataan bahasa Arab yang bermaksud "menceraikan" atau "melepaskan".

Mengikut istilah syara‘ : melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau perceraian.

Dari segi bahasa: cerai atau melepaskan ikatan
Dari segi istilah: merungkaikan ikatan perkahwinan antara suami isteri dengan lafaz talak, atau cerai atau yang mengandungi makna kedua-duanya.
Pengertian
Talak
Terdapat beberapa jenis talak di dalam perceraian seperti berikut:
Talak Raj'ie
Talak Battah
Talak Bain
Menjatuhkan talak tiga sekaligus
Talak Sunni
Talak Bid'i
Jenis-jenis
Talak
Dari segi aspek hukum talak terbahagi kepada dua iaitu:
Talak Sunni
Talak Bid’i
Talak Sunni adalah talak yang mengikut sunnah nabi Muhammad .
Talak ini adalah sesuai mengikut syarak.
Talak Sunni
Talak bid’i pula adalah talak yang tidak mengikut sunnah nabi Muhammad ﷺ iaitu melafazkan talak ketika waktu diharamkan lafaz talak seperti :

Talak diucapkan oleh suami sedang isteri uzur (haid).
Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam nifas.
Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam keadaan suci tetapi suami telah bersatu dengannya.
Talak Bid’i
Dari aspek kesan pula talak
terbahagi kepada:
Talak Raj’ie
Talak Bain
Talak satu atau  dua yang belum tamat tempoh iddahnya. 
Dalam situasi ini, suami boleh merujuk isterinya semula semasa iddah.
Mahar dan akad yang baru tidak diperlukan.
Talak Raj’ie
Talak bain terbahagi dua, iaitu Talak Bain Sughro dan Talak Bain Kubro.

Talak Bain Sughro
-Pada talak ini, suami tidak boleh merujuk isteri kecuali dengan akad dan mahar yang baru,  berbeza dengan talak Raj’ie di mana talak raj’ie tidak memerlukan akad dan mahar baru.
Talak Bain
ii) Fasakh
-membatalkan pernikahan dengan kuasa kadi kerana tidak memenuhi syarat-syarat ketika  akad atau terdapatnya kecacatan pada isteri atau suami.

iii) Ila’
-Dari segi bahasa ia bermaksud sumpah.
-Dari segi istilah pula, ia bermaksud suami yang mempunyai hak talak bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya tanpa menyebut tempoh tertentu atau dalam tempoh yang melebihi 4 bulan.

iv) Talak Raj’ie yang tamat tempoh iddahnya

v)Talak sebelum bersetubuh

Talak Bain Kubro
-Dalam talak ini, suami tidak boleh  merujuk isteri melainkan isteri berkahwin lain dan wajib bersetubuh dengan suami barunya itu untuk bekas suaminya merujuknya kembali.
Talak Battah adalah talak yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya buat selama-lamanya, umpamanya perkataan suami kepada isterinya,
"Aku ceraikan kau buat selama-lamanya"
Menurut pandangan Imam Syafi'e talak seumpama ini hanya jatuh menurut niatnya, jika suami berniat satu maka talak hanya disabitkan satu, tetapi jika dia berniat tiga maka talak dikira jatuh tiga.
Talak Battah
Di zaman Nabi saw dan Abu Bakar r.a., talak yang dijatuhkan tiga kali dalam satu waktu dihukum hanya jatuh sekali sahaja.
Tetapi semasa Sayyidina Umar Ibnu Khattab ra menjadi Khalifah, beliau telah menghukumkan jatuh ketiga-tiga talak sekaligus.
Keputusan ini dibuat oleh Sayyidina Umar kerana di zamannya ketika itu masyarakat amat mempermudahkan lafaz talak yang dibuat.
Apabila berlaku perkara seumpama ini Hakim Mahkamah akan membicarakan kes pasangan yang terbabit dan memutuskan hukum talaknya
Menjatuhkan Talak Tiga
Sekaligus
Talak taklik adalah talak yang disandarkan kepada sesuatu.
Terbahagi kepada taklik biasa dan taklik khulu’:
Taklik Biasa
-Talak taklik biasa ini adalah talak yang disandarkan
syarat, tetapi dengan lafaz yang biasa. Contoh :
Kalau kau keluar rumah, maka jatuh talak satu
kepada engkau.”
-Berdasarkan kepada lafaz tersebut sekiranya
si isteri keluar rumah, maka jatuh talak
satu ke atasnya.
Talak Taklik Khulu’
Talak jenis ini masih lagi diamalkan, dan
syarat-syarat talaknya ditulis dalam bentuk
perjanjian rasmi.
Talak Taklik
Talak boleh terjadi terhadap isteri melalui kinayah atau sindiran.
Lafaz ini bergantung kepada niat si suami.
Sebagai contoh, suami tidur dan mengigau melafazkan lafaz cerai, walhal suami tidak berniat melafazkannya atau isi maknanya.
Contoh : “Terputus tali antara kita berdua.” 
Lafaz Talak
Lafaz talak terdiri daripada dua :
Lafaz Sighah
-Contoh : Aku ceraikan kau.
Lafaz Kinayah
-Contoh : Kau haluan kau,
aku haluan aku.
Kedua-duanya jenis talak
ini adalah sah talak.
Terdapat beberapa keadaan yang mengharamkan lafaz talak, namun sekiranya talak telah dilafazkan, talaknya tetap sah.
Isteri mengandung
Isteri nifas
Isteri dalam haid
Selepas setubuhi isteri
Waktu Yang Diharamkan Melafazkan Talak
Talak pada asalnya adalah harus, namun makruh sekiranya tidak perlu.
Walaupun talak ini sesuatu yang halal, namun talak adalah perkara halal yang paling tidak disukai Allah.
Daripada Ibn Umar , Rasulullah ﷺ bersabda :
“Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah talak.”
[Riwayat Abu Dawud dan Ibn Majjah]
Hukum Talak
(a)Wajib
-Apabila suami tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami seperti tidak mampu memberi nafkah kepada isteri atau menzalimi isteri.

(b) Sunat
-Menceraikan  isteri yang memiliki akhlak yang buruk dan tidak dapat memperbaiki akhlaknya lagi.

(c)  Haram
-Melafazkan talak pada waktu yang diharamkan.

(d) Makruh
-Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang solehah.
Hukum Talak Mengikut Ulama’
-Terdapat 3 rukun talak iaitu:

Suami
Isteri
Lafaz Talak

-Setiap perkara yang disebutkan di atas perlulah ada, seandainya suami melafazkan talak, tetapi tidak mempunyai isteri, maka talaknya tidak sah bahkan tidak logik melafazkan talak sedangkan tiada isteri.
Rukun Talak
Setelah menjatuhkan talak kepada isteri dengan talak satu atau talak dua,  suami masih boleh merujuk isteri
Rujuk boleh dilakukan dengan dua lafaz iaitu:
Lafaz Sighah
-Contoh : Abang ingin merujuk sayang
Lafaz Kinayah
-Contoh : Abang pegang kamu kembali.
Rujuk
Wajib
-Wajib bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan gilirannnya dari isteri-isterinya yang lain.
Haram
-Haram bagi suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan isterinya
Makruh
-Makruh apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri
Harus
-Harus sekiranya boleh membawa kebaikan bersama.
Hukum Rujuk
Suami
-Berakal
-Baligh
-Dengan kerelaan sendiri.
Isteri
-Telah disetubuhi
-Bukan dengan talak tiga
-Bukan cerai secara khuluk
-Masih dalam idah
Lafaz
-Ucapan yang jelas menyatakan rujuk
-Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan
-Dengan sengaja dan bukan paksaan
Rukun Rujuk
Sebagai kesimpulannya, talak dan rujuk saling bersandar antara satu sama yang lain di mana dengan adanya rujuk dapat menyambung semula hubungan suami isteri yang telah terputus untuk kepentingan dalam rukun rumah tangga.
Di samping itu, rujuk juga membolehkan seseorang berusaha untuk merujuk kembali walaupun telah berlaku perceraian.
Dalam pada itu, ia juga dapat menimbulkan kesedaran untuk lebih bersikap matang dan bertanggugjawab dalam soal rumahtangga.
Kesimpulan
Full transcript