Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Untitled Prezi

No description
by

aisyah hashim

on 10 March 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Untitled Prezi

Membantu Perkembangan Sumber Tenaga Negara
KEPENTINGAN PELBAGAI SUMBER
Peluang Pekerjaan
Penerokaan hutan mewujudkan peluang pekerjaan dari peringkat menebang, mengangkut hingga memproses sumber hutan.
Antara jenis pekerjaan yang berkaitan dengan penerokaan hutan termasuklah renjer hutan, pembalak, pemandu lori balak, pengendali tentera, pengendali jentolak, pencari dan penjual hasil hutan.
Penerokaan mineral juga mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Antara pekerjaan yang berkaitan dengan penerokaan sumber mineral termasuklah jurutera petroleum, pekerja di pelantar minyak, pendulang bijih timah, penggerudi di pelantar minyak, dan pemandu lori tangki.
Pendapatan Negara
Penerokaan hutan dan sumber mineral menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada negara dan menambah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pendapatan daripada sumber hutan diperoleh melalui pengeksportan kayu balak, kayu gergaji, papan, papan lapis, perabot, dan barang keluaran kayu.
Kayu balak dieksport terutamanya ke Jepun, Taiwan, India, dan Korea Selatan.
Petroleum dan gas asli menjadi eksport utama negara.
Kebanyakan petroleum dieksport ke India, Thailand, Singapura, Jepun, dan Korea Selatan.
Pembukaan Kawasan Baharu
Penerokaan kawasan hutan untuk menjadi kawasan pertanian komersial seperti ladang getah dan ladang kelapa sawit menyebabkan kawasan tersebut berkembang menjadi kawasan petempatan baharu seperti di Jengka, Pahang.
Aktiviti penerokaan sumber mineral membolehkan sesuatu kawasan dibuka sebagai kawasan petempatan.
Sebagai contoh, bandar Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur, dan Seremban merupakan kawasan yang berkembang akibat perkembangan perlombongan bijih timah pada abad ke-19.
Penemuan petroleum dan gas asli menyebabkan pembukaan bandar Kerteh dan Paka di Terengganu pada awal tahun 1980-an.
Bintulu pula berkembang daripada sebuah kampung nelayan kepada sebuah bandar perindustrian yang penting di negara kita hasil daripada penerokaan sumber gas asli.
Membantu Perkembangan Pelbagai Kegiatan Ekonomi
Antara sektor ekonomi yang berkembang berasaskan sumber termasuklah sektor perindustrian, sektor pembinaan, dan sektor perkhidmatan.
Penerokaan sumber hutan mewujudkan industri hiliran seperti kilang papan lapis, kilang perabot, dan kilang kertas.
Penerokaan sumber mineral memajukan industri penapisan petroleum dan pencairan gas asli.
Sumber tersebut turut memberikan sumbangan kepada perkembanagn sektor pembinaan di negara kita.
Perkembangan dan kemajuan kegiatan penerokaan sumber hutan dan sumber mineral memerlukan sokongan daripada pelbagai perkhidmatan seperti kemudahan bekalan air, elektrik, telekomunikasi, dan pengangkutan.
Kepentingan Penerokaan Pelbagai Sumber
Bahan Mentah
Pembangunan Infrastruktur
Pembangunan infrastruktur termasuklah pembinaan jalan pengangkutan seperti jalan raya, lebuh raya, jalan kereta api, jambatan, pelabuhan, dan lapangan terbang.
Bekalan air dan elektrik, kemudahan komunikasi, kesihatan, dan pendidikan juga disediakan.
Jaringan pengankutan seperti jalan raya atau jalan kereta api dibina untuk menghubungkan kawasan sumber dengan pusat pengumpulan dan pemprosesan bahan mentah.
Pembinaan jaringan pengankutan membolehkan bahan mentah seperti kayu balak, petroleum, dan bijih timah mudah diangkut dengan segera ke kilang untuk diproses.
Penerokaan kawasan hutan untuk membina stesen jana kuasa hidroelektrik.
Pandang darat kawasan hutan berubah menjadi pandang darat bandar, petempatan, serta jaringan perhubungan dan perindustrian.
Sumber semula jadi seperti arang batu, petroleum, dan gas asli cecair memberikan sumbangan kepada perkembangan sumber tenaga di Malaysia.
Petroleum digunakan sebagai bahan bakar untuk menjanakan kuasa elektrik terma seperti di Paka, Terengganu.
Di Kemaman, Manjung, dan Kapar, arang batu digunakan sebagai bahan bakar untuk menjanakan kuasa elektrik terma.
Sumber air yang diperoleh daripada sungai-sungai pula berupaya untuk menjanakan tenaga hidroelektrik.
Full transcript