Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

BELAJARLAH! SESEORANG TIDAK DILAHIRKAN SEBAGAI ORANG ALIM,

PEMILIK ILMU ITU TIDAK SEPERTI ORANG YANG BODOH

PEMIMPIN SATU KAUM YANG TIDAK MEMILIKI ILMU,

TERLIHAT KECIL JIKA DIKELILINGI PASUKANNYA

ORANG YANG KECIL DI TENGAH-TENGAH SESUATU KAUM,

JIKA BEILMU, IA TERLIHAT BESAR DI MASYARAKATNYA

IMAM SYAFIE RAHIMAHULLAH

PENDIDIKAN

RIWAYAT HIDUP

SIFAT PERIBADI

i. Imam as-Syafie rahimahullah mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia sembilan tahun,beliau telah menghafaz Al-Quran.

ii. Ketika berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua puluh tahun.

iii. Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan.

iv. Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram.

v. Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan Al-Quran.

vi. Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:

i. 1/3 malam untuk berehat.

ii. 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.

iii. 1/3 malam untuk beribadat.

vii. Imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat Islam.

i. Muhammad b Idris b al-Abbas b Usman b Syafi’ b Saib.

ii. Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.

iii. Beliau berketurunan Quraisy, ibu bapa berasal dari Mekah

iv. Beliau dilahirkan di Azza, Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah bersamaan 767 masihi.

v. Bapanya telah meninggal dunia sewaktu beliau dalam kandungan ibunya di Palestin.

vi. Beliau telah meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204 Hijrah di Mesir, ketika beliau berusia 54 tahun.

vii. Imam as-Syafie ialah seorang imam mazhab yang keempat, iaitu pengasas "Mazhab Syafie".

viii. Ibunya bernama Fatimah bt. Abdullah b Hasan b Ali b Abi Talib

i. Imam as-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi.

ii. Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan.

iii. Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan.

iv. Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung.

v. Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya.

vi. Beliau sangat cinta akan ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manfaat.

vii. Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang.

SUMBANGAN

Nama Kumpulan: Ana Muslim

Ahli:

i. Anis Balqis binti Ridzuan

ii. Nurul Husna binti Mohd. Saudi

iii. Nur Aziela Amylia binti Rosli

iv. Nadia Afrina binti Nasruddin

i. Imam Syafie merupakan ulama mujtahidin yang berpegang kuat al-Quran, hadith, ijmak ulama, qias dan masolih al-mursalah.

ii. Beliau berijtihad mengikut tempat dan suasana.

iii. Berhujah dengan golongan anti hadis.

iv. Pengasas kepada mazhab syafie.

v. Beliau sangat teliti ketika memberi pandangan terutamanya dalam masalah ibadat.

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi