Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

Karangan Ekspositori

Menengah 3 Ekspres

Matlamat:

  • mengimbas kembali struktur Karangan Ekspositori
  • Mengimbas kembali teknik mengembangkan setiap isi dengan terperinci
  • contoh-contoh penanda wacana yang sesuai

Fakta & Pertanyaan:

"Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan Singapura untuk menetap di negara lain"

Singapura sebuah negara yang begitu terkenal dalam aspek kebersihan, taraf kehidupan yang tinggi, pendidikan yang bermutu dan sebagainya. Pemerintah yang tegas menyumbang kepada pembangunan Singapura yang positif. Dengan manfaat-manfaat yang dapat saya peroleh sebagai rakyat Singapura, tidak terlintas di fikiran saya untuk menetap di negara lain selain tanah air saya. jika saya diberi pilhan untuk menetap di negara lain, mahukah saya pergi? Apa yang membuat saya begitu setia dan sayang pada tanah air saya?

Kata Pujangga:

"Sebab-sebab mengapa kesihatan lebih penting daripada kemewahan"

'Harga atau nilai kesihatan tidak diketahui kecuali orang-orang yang sakit.'

Ini kerana kesihatan yang hilang belum tentu dapat direbut kembali dengan ubat-ubatan yanmampu dibeli dengan wang ringgit yang banyak. Dalam mengejar impian kehidupan gaya moden yang penuh kemewahan, ramai yang terlupa bahawa kesihatan yang sempurna merupakan suatu kekayaan. Justeru, ada pelbagai sebab mengapa kesihatan lebih penting daripada kemewahan.

Suasana:

"Sebab-sebab mengapa kesihatan lebih penting daripada kemewahan"

Di pintu pejabat masuk, jelas tertera waktu pejabat telah lama berakhir. Namun, masih ramai lagi pekerja yang sibuk bekerja lebih waktu. Ramai orang yang mengabaikan kesihatan sendiri dan terus bekerja tanpa mempedulikan waktu dan rehat. Anehnya, kadangkala wang yang dikumpulkan itu terpaksa dihabiskan di klinik rawatan kerena mereka jatuh sakit. begitulah gambaran kehidupan hari ini. dalam kesibukan mencari kesenangan material, ramai orang terlupa peri pentingnya kesihatan. Namun, perlu diingatkan bahawa terdapat pelbagai sebab mengaoa kesihatan itu lebih penting daripada kemewahan.

Statistik:

"Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan Singapura untuk menetap di negara lain"

Dalam sebuah kajian yang dijalankan baru-baru ini, 67 peratus daripada individu yang ditemu ramah mengakui bahawa mereka ingin berhijrah ke negara lain jika diberikan peluang. Manakala, 80 peratus daripada mereka yang telah pun berhijrah ke negara lain, sama ada untuk bekerja atau pun menuntut di institut pengajian tinggi menyatakan keengganan mereka untuk kembali ke tanah air dalam masa terdekat ini. Jika saya diberi pilhan untuk menetap di negara lain, mahukah saya pergi? Apa yang membuat saya begitu setia dan sayang pada tanah air saya?

Peribahasa:

"Kesan-kesan buruk menyertai kumpulan samseng remaja"

Sifat ingin tahu yang ada pada diri remaja sering mempengaruhi mereka untuk melakukan perkara-perkara yang salah. antara perkara ini adalah penglibatan dalam kumpulan samseng. Pepatah Melayu ada mengatakan 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.' Pepatah ini mengingatkan kepada remaja zaman kini untuk sentiasa berwaspada dan jangan terjerumus dalam gejala samseng. Ini kerana pada akhirnya, mereka akan menerima padah dan kerugian apabila diberkas oleh pihak berkuasa.

  • Jangan 'terjun' ke isi
  • Kenalpasti tema utama soalan
  • Selitkan 'ayat hubung' (linking sentence) di bahagian akhir

"Faktor-Faktor Yang Menentukan Kejayaan Seorang Pelajar"

Peringatan!

Pendahuluan:

  • Fakta
  • Pertanyaan
  • Peribahasa
  • Suasana
  • kata-kata pujangga
  • statistik

Penanda Wacana:

  • Penggunaan penanda wacana yang sesuai & Berbeza-beza akan membantu markah bahasa kamu
  • merupakan jambatan atau penghubung idea dalam penulisan untuk menghasilkan penceritaan yang lebih jelas

STRUKTUR

  • Pendahuluan
  • Isi
  • Penutup

Penutup:

  • Rumusan / kesimpulan
  • pendirian / penegasan

Contoh:

Natijahnya, sebab-sebab yang telah dibentangkan dapat meyakinkan individu-individu untuk terus menetap di Singapura. Tiada negara yang dapat menandingi apa yang negara Singapura tawarkan.

Isi:

  • Ayat Utama
  • huraian
  • contoh
  • kesan
  • pengukuhan

Huraian:

  • sedikit penjelasan tentang idea utama kamu.
  • mengapa/apa?

Mengapa

Ayat Utama:

  • menjawab soalan karangan
  • memberitahu pembaca perenggan tersebut tentang apa

Lebih selesa

menggunakan laras bahasa yang formal

EKSPOSITORI?

Laras bahasa yang formal dan baik

(agar mudah untuk memahami isi yang ingin disampaikan)

Berupaya untuk meluaskan setiap isi dengan terperinci menggunakan teknik:

U.H.C.K.P

Perlu ada pengetahuan

am yang baik agar dapat

memberikan isi-isi yang

BERNAS

Faktor utama yang menentukan kejayaan seorang pelajar adalah sokongan yang diberikan oleh keluarga mereka sendiri.

Ini penting kerana dengan adanya sokongan keluarga para pelajar akan lebih terdorong untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Lagi pula, apabila sesebuah keluarga itu memberi sokongan padu, tak kira dari segi mental, emosi atau materi pelajar tersebut mampu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap mencapai kejayaan yang diinginkan.

Contoh:

  • Berikan contoh yang terperinci

Kesan:

  • Apakah kesan daripada contoh yang diberikan?

Misalannya, seseorang pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan peringkat nasional amat memerlukan sokongan daripada ahli keluarganya. Mereka sebenarnya dapat memastikan bahawa pelajar tersebut tidak terlalu tertekan dengan sentiasa memberikannya kata-kata perangsang, membawanya keluar dan melakukan aktiviti-aktiviti santai untuk menenangkan fikiran atau sekadar memastikan dia mempunyai sudut belajar yang kondusif ketika berada di rumah.

Dengan adanya sokongan-sokongan seperti ini, pelajar tersebut pasti dapat menjadikannya sebagai sebuah inspirasi untuk mencapai kejayaan kerana dia melihat kejayaan tersebut bukan hanya untuk dirinya seorang tetapi sebagai kejayaan bersama.

Pengukuhan:

  • menekankan idea utama perenggan tersebut

Oleh yang demikian, tidak dapat disangkal lagi bahawa sokongan keluarga memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan seseorang pelajar

Faktor utama yang menentukan kejayaan seorang pelajar adalah sokongan yang diberikan oleh keluarga mereka sendiri. Ini penting kerana dengan adanya sokongan keluarga para pelajar akan lebih terdorong untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Lagi pula, apabila sesebuah keluarga itu memberi sokongan padu, tak kira dari segi mental, emosi atau materi pelajar tersebut mampu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap mencapai kejayaan yang diinginkan. Misalannya, seseorang pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan peringkat nasional amat memerlukan sokongan daripada ahli keluarganya. Mereka sebenarnya dapat memastikan bahawa pelajar tersebut tidak terlalu tertekan dengan sentiasa memberikannya kata-kata perangsang, membawanya keluar dan melakukan aktiviti-aktiviti santai untuk menenangkan fikiran atau sekadar memastikan dia mempunyai sudut belajar yang kondusif ketika berada di rumah. Dengan adanya sokongan-sokongan seperti ini, pelajar tersebut pasti dapat menjadikannya sebagai sebuah inspirasi untuk mencapai kejayaan kerana dia melihat kejayaan tersebut bukan hanya untuk dirinya seorang tetapi sebagai kejayaan bersama. Oleh yang demikian, tidak dapat disangkal lagi bahawa sokongan keluarga memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan seseorang pelajar

Tidak mahir menggunakan frasa berbunga

Sukar untuk memikirkan plot yang menarik dalam waktu yang sangat singkat

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi