Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

KONSEP MUAMALAT ISLAM

Hikmah Muamalat

2. Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebajikan.

1. Memperolehi harta kekayaan dengan cara yang diredhai oleh Allah s.w.t.

4. Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

6. Mewujudkan masyarakat yang adil,bertanggungjawab,amanah,jujur dan terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.

3. Seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah orang lain akan beroleh pahala daripada Allah s.w.t.

5. Peraturan-peraturan dalam bermuamalat mengikut Islam secara tidak langsung melahirkan manusia yang berakhlak mulia .

Prinsip Muamalat

Pengertian Muamalat

Cara Bermuamalat Islam

Konsep Tazkiyyah

Konsep Uluhiyyah

Konsep Rububiyah

Menjelaskan penyucian jiwa dan harta. Harta disucikan dengan zakat dan sedekah. Manakala jiwa disucikan dengan asuhan bersikap pemurah (tidak bersikap bakhil) terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Konsep pengabdian merangkumi hubungan manusia dengan Penciptanya dan manusia sesama manusia.

Menjelaskan tentang peraturan Allah bagi menyusun rezeki dan aktiviti ekonomi manusia dan dialah pemilik sebenar segala sesuatu.

2. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan ekonomi dengan pihak yang lain seperti amanah, adil, jujur, tidak menipu dan lain-lain.

3. Menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah kepada seluruh manusia.

Konsep Al-Falah Sebagai Matlamat Aktiviti Muamalat

1. Mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah s..w.t.

Al-Falah ialah kejayaan didunia dan di akhirat. Kebendaan bukanlah matlamat hidup, tetapi adalah sebagai wasilah bagi mencapai aal-falah dengan mentaati Allah (seperti membayar zakat, wakaf dan bersedekah).

Konsep Manusia Sebagai Khalifah

Konsep Hak Milik

Manusia adalah pemegang amanah dan mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Peranan khalifah adalah memakmurkan bumi. Khalifah mestilah bersikap adil dan tidak melakukan kerosakan.

Segala harta, kekayaan dan sumber di bumi ini merupakan kepunyaan Allah. Dia mengamanahkan anugerah ini kepada sesiapa yang dikehendakinya supaya diurus dan dimanfaati secara kehendaknya. Peilikan amanah ini akan dipertanggungjawabkan pada hari akhirat kelak.

Konsep Persaudaraan Dan Pengorbanan

5. Semua kegiatan yang dijalankan bertujuan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. Kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa menjalankan kegiatan ekonomi secara tidak langsung akan memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama Islam dan yang bukan Islam.

Bahasa :

berasal dari perkataan Arab bermaksud saling bertindak, saling membuat dan saling mengamalkan.

Istilah :

Aturan – aturan Allah yang wajib ditaati yang mengatur hubungan manusia dengan manusia dalam kaitannya dengan cara memperoleh dan mengembangkan harta benda.

4. Semua kegiatan yang dijalankan hendaklah berteraskan keimanan danketakwaan kepada Allah dan syariat Islam. Keimanan kepada Allah merupakan benteng untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak di ingini.

Persaudaraan adalah sebahagian daripada keimanan. Rasa kasih sayang, sifat hormat-menghormati, bertanggungjawab dan rela berkorban untuk saudaranya adalah tanda iman seseorang. Oleh itu, tindas, menindas, memeras, bakhil dan seumpanya tidak wujud dalam pengamalan muamalat islam.

 Dalil Al- Quran & Sunnah

Dalil al-Quran

Dalil al-Sunnah

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)

(Surah Al-Mulk ayat 15)

Sabda Nabi s.a.w:

Kerja lelaki itu dengan tangannya dan jualan yang baik

(Riwayat Al-Bazzar)

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi