Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading content…
Transcript

Disediakan oleh :

Nur Zulaikha Binti Abu Bakar

Wan Qusrina Binti Wan Jamalludin

Kesimpulan.

Secara kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Abdullah Munsyi merupakan bapa kesusasteraan Melayu moden kerana beliau telah memisahkan kebiasaan sastera tradisional. Karya-karya beliau dicetak, dan bentuknya berbeza dari bahasa sastera hikayat, apabila beliau menulis secara lebih jelas, tepat dan tajam dalam bahasa biasa. Beiau tidak lagi menulis khayalan yang tidak dapat diterima oleh akal. Beliau mengkritik situasi-situai sosial yang karyanya ditulis secara peribadi

SYAIR

  • Syair Singapura Terbakar ( 1830 )
  • Syair Kampung Gelam Terbakar ( 1847 )
  • Malay Poem On NEw Year's Day ( 1848 )

CERETERA

  • Ceretera Kapal Asap ( 1843 )
  • Ceretera Haji Saba Ali ( 1851 )
  • Dewa Al-Kulub ( 1883 )

Karya-karya Abdullah Munsyi

Pandangan Sarjana

Pembaharuan dalam karya-karya Abdullah Munsyi

HIKAYAT

  • Kisah Pelayaran Abdullah (1838) - Catatan mengenai peristiwa politik, dan, sosial yang berlaku di Melaka dan Singapura.
  • Hikayat Abdullah (1849) - Penceritaan mengenai kisah hidup semasa kecil bersama keluarganya dan pergaulannya dengan orang Inggeris.
  • Kisah Pelayaran Abdullah Ke Jeddah (1854) - Tidak sempat disiapkan kerana beliau meninggal ketika ke Jeddah.
  • Memperkenalkan bentuk autobiografi yang berbentuk biografi yang berkisarkan tentang diri dan pengalaman beliau sendiri. Sebagai contoh Hikayat Abdullah Munsyi dan Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi.

  • Isi dan watak dalam penulisan karya beliau. Penulisan beliau tidak lagi mengetengahkan ide-idea yang berkisar tentang perkara dongeng dan watak putera atau puteri raja yang tampan dan sakti tetapi sebaliknya mengetengahkan idea yang berkisarkan tentang latar sekeliling beliau.

  • Penggunaan sudut pandangan penulis iaitu sudut pandangan orang pertama dengan menggunakan kata ganti diri "aku" dalam menceritakan sesuatu peristiwa.

Kehidupan awal Abdullah Munsyi.

Menurut Zubir Osman dalam Buku Kesusasteraan Melayu Lama dan Baru :

“Abdullah ialah pengarang Melayu yang mula-mula keluar dari kebiasaan lama yang melanggar dan mematahkan tradisi yang sudah turun-temurun. Dia memalingkan penanya dari menceritakan kisah-kisah yang ghaib atau dari alam khayal ke duia kenyataan”

Menurut Kassim Ahmad dalam buku Wajah Biografi Seratus Penulis pula menyatakan :

"Dengan Karya Abdullah, Kesusasteraan Melayu telah mencapai satu perubahan struktural, yakni telah melangkah dari bumi feudal Hikayat Hang Tuah ke alam demokrasi yang lebih luas dan realistik."

Menurut Ismail Hussein juga dalam buku Wajah Biografi Seratus Penulis turut menyatakan :

"Abdullah adalah penulis Melayu yang pertama karyanya dapat dicetak, yang dalam tulisan-tulisannya mengkritik dengan serius struktur feudal Melayu di mana untuk berabad lamanya kultur sastera Melayu telah tumbuh"

  • Pada zaman muda, beliau banyak bergaul dengan pegawai-pegawai dan Paderi Inggeris - pergaulan ini banyak mempengaruhi pemikiran dan penulisan yang dilakukan oleh beliau.
  • Mendalami bahasa Melayu di bawah didikan DAtuk Sulaiman dan Datuk Astor.
  • Mula mempelajari Bahasa Inggeris pada tahun 1823 dengan paderi Inggeris iaitu Thomson dan Abdullah Munsyi pula mengajarnya Bahasa Melayu.
  • Mendapat gelaran Munsyi ketika mengajar Bahasa Melayu kepada askar-askar Inggeris yang berbangsa India.

Latar Belakang.

  • Nama penuh beliau ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi.
  • Lebih dikenali sebagai Munsyi Abdullah @ Abdullah Munsyi.
  • Lahir di Kampung Pali, Melaka pada tahun 1796.
  • Anak bongsu daripada 4 adik-beradik.
  • Berketurunan Yaman.

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dikatakan tokoh yang memulakan era Sastera Melayu Moden. Hujahkan

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi