Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

adat resam kaum melanau

Ibu yang mengandung terikat daripada mengamalkan pantang larang.

  • tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian kerana badan akan menjadi busuk.
  • Tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam.
  • Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

Si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara.

  • Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing.
  • Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak.
  • Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit.
  • Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab.

Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

meminang

majlis perkahwinan

merisik

Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan, maka di adakanlah adat tanda tunang. Wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu. Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersama. Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak perempuan yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan.

Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu perkahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk majlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin:

  • 'penyekab'
  • 'berian'
  • 'adat menuga',
  • 'adat mebin'
  • 'pakan'

Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga diadakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai.Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari. Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diadakan pula persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang:

  • Tidak boleh mandi di sungai
  • Tidak boleh tidur pada waktu siang.

Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan.

pengenalan

Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.

Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.

adat perkahwinan

Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan.

selepas kelahiran

semasa kematian

KAUM MELANAU

Apabila si ibu melahirkan anak

  • orang kampung dan saudara mara akan datang melawat dan membawa hadiah bersama.
  • Masyarakat Melanau juga dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahirkan, mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya.
  • Selepas bersalin, ibu tersebut dikehendaki mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan sembarangan.
  • Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar, jika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.

Dalam tempoh berpantang juga, si ayah

  • tidak dibenarkan memegang anak itu selepas balik dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di badannya sehingga boleh menjejaskan kesihatan anak tersebut.

Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak. Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di kalangan masyarakat Melanau.

Apabila berlaku kematian :

  • mayat tersebut akan dimandikan terlebih dahulu. Ini akan dilakukan oleh A-beri patai atau ahli keluarga terdekat.
  • mayat dipakai dengan pakaian yang cantik beserta dengan hiasan seperti manik dan barang-barang kemas.
  • Bagi mayat wanita, kain Sebunong iaitu kain yang diterima sebagai hadiah perkahwinan akan diletakkan bersama-sama.
  • Jari kaki mayat akan diikat kepada badan dengan kain manakala kepalanya ditudung dengan kain yang diikat di bawah dagu.
  • Mayat akan diletakkan di atas pakat iaitu tempat meletak mayat yang diperbuat daripada papan dan dahan rumbia. Tempat ini pula akan dilapis dengan tikar bemban dan dilapis bahagian atas dengan kain selimut.
  • Mayat juga akan dialas dengan beberapa helai sarung dan baju kepunyaannya. Kain Lugi' seterusnya diletakkan di atas mayat tersebut.
  • Sehelai kelambu akan dipasang sebagai melindungi mayat.

adat kelahiran

selepas kematian

adat kematian

Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri dan antaranya dalam aspek kelahiran

sewaktu mengandung

pengebumian

Masyarakat Melanau mengikuti beberapa pantang larang selepas ahli keluarga mereka meninggal dunia.

  • tempoh tujuh hari, mereka dilarang keluar rumah dan melawat orang lain.
  • Peligin adalah saudara mara yang datang menziarahi.
  • Mereka perlu tidur di rumah tersebut selama tiga hari berturut-turut.
  • Peligin akan berjaga sehingga pagi sambil berbual-bual dan bermain tataw atau teka-teki di rumah keluarga si mati, bertujuan untuk menghibur keluarga tersebut.
  • Mengikut kepercayaannya, masyarakat Melanau dahulu kala akan mengadakan upacara pestow iaitu nyanyian yang berkaitan dengan kematian dan kelahiran.
  • Tempoh nyanyian berbeza mengikut jantina si mati, iaitu tujuh hari untuk lelaki dan lima hari untuk wanita.
  • Upacara piyup dan platow akan diadakan sebagai memberi hantaran kepada roh si mati.
  • Upacara ini dilakukan selepas tujuh hari si mati dikebumikan.
  • Rombongan akan menuju ke kubur dengan membawa kuih muih untuk diberi kepada si mati.
  • setiap ahli rombongan perlu mandi dan jamuan makan akan diadakan.
  • upacara menyabung ayam akan dijalankan dan ketika itu kuih muih akan diberi kepada ahli rombongan tadi.
  • Sebagai menandakan tamatnya uapcara tersebut, kain Lugi' akan diberi kepada ahli rombongan.

masyarakat Melanau juga perlu menjalani tempoh berkabung atau maulid sebagai menghormati si mati. Ia memakan masa selama dua belas hingga lima belas bulan.

Upacara kematian merupakan satu upacara yang penting mengikut kepercayaan masyarakat Melanau. Kematian perlu diuruskan dengan sebaik mungkin dengan mengikuti adat-adat tertentu. Masyarakat Melanau juga percaya jika seseorang itu meninggal dunia, si mati perlu dibantu dalam perjalanannya menuju ke akhirat atau dipanggil likow matai. Bantuan ini adalah dari segi mengadakan majlis berkabung, kenduri dan sebagainya.

  • Mayat akan disimpan di dalam rumah selama tiga hari sebelum dikebumikan.
  • Terdapat juga ahli keluarga yang menyimpan mayat selama seminggu.
  • Upacara pengebumian akan disertai oleh semua ahli keluarga dan tukang tangis iaitu terdiri daripada kaum perempuan dikehendaki menangisi kematian tersebut dengan cara meratap dengan suara yang nyaring.
  • Sebuah tilam, lazimnya yang digunakan si mati semasa hidupnya akan dimasukkan ke dalam keranda.
  • Dua helai kain Lugi' yang diletakkan di atas mayat tadi akan di ambil untuk digunakan dalam upacara platow dan sehelai lagi di lapiskan di keranda si mati.
  • Bendera mengikut taraf atau bangsa si mati akan dikibarkan semasa keranda dibawa untuk pengebumian.
  • Selepas sampai ke tanah perkuburan, keranda dibuka dan ikatan pada badan mayat dibuka.
  • Seterusnya, keranda ditutup semula lalu ditanam.
  • Pakaian si mati akan diletakkan di atas kubur dan selama tiga hari berturut-turut.
  • Lilin akan dinyalakan sebagai menerangi perjalanan roh si mati ke akhirat.
Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi