Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

Tun Hussein Onn

Bapa Perpaduan

  • Beliau merupakan anak sulung kepada Dato’ Onn Jaafar, Menteri Besar Johor dan Presiden Umno yang pertama, dan Datin Halimah. Hussein Onn dilahirkan di Johor Bahru pada 22 Februari 1922.
  • Beliau menerima pendidikan awal di Singapura, dan kemudiannya di English College, Johor Bahru. Beliau memulakan kariernya sebagai seorang pegawai kadet di dalam Angkatan Tentera Johor.
  • Pada tahun 1970, beliau telah bertanding dan memenangi kawasan pilihan raya Parlimen Johor Bahru Timur dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pendidikan di dalam kabinet Tun Abdul Razak. Kemudiannya pada tahun 1972, beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO. Pada tanggal 13 Ogos tahun 1973, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, menggantikan Tun Dr. Ismail yang meninggal dunia. Apabila Dato’ Onn Jaafar menubuhkan UMNO, Hussein Onn meletak jawatan daripada perkhidmatan awam untuk menumpukan sepenuh masanya kepada UMNO. Pada tahun 1946, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama, dan juga sebagai Setiausaha Agong UMNO. Beliau turut berkhidmat sebagai ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Pada tahun 1948, beliau meneruskan pengajiannya dalam bidang perundangan selama lima tahun.
  • Pada tahun 1970, beliau telah bertanding dan memenangi kawasan pilihan raya Parlimen Johor Bahru Timur dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pendidikan di dalam kabinet Tun Abdul Razak. Kemudiannya pada tahun 1972, beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO. Pada tanggal 13 Ogos tahun 1973, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, menggantikan Tun Dr. Ismail yang meninggal dunia.

Selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia di London pada 14 Januari tahun 1976, Tun Hussein dilantik sebagai Perdana Menteri. Langkah pertama yang dilakukan ialah mengumumkan barisan Kabinet baru pada bulan Mac 1976 kira-kira dua bulan menjadi Perdana Menteri. Tun Hussein Onn memberikan kepercayaan kepada barisan kepimpinan muda yang berkebolehan untuk berjuang bersamanya

  • Sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri, beliau banyak menyumbang terhadap pembangunan masyarakat bumiputra. Dasar Ekonomi Baru telah diberi nafas baru di bawah terajunya. Usahanya yang paling ketara adalah apabila beliau memperkenalkan satu skim yang melibatkan pemindahan berjuta ringgit saham milik Kerajaan ke Amanah Saham Nasional (ASN) yang dikuasai oleh Permodalan National Bhd (PNB). Kemudian, berjuta-juta unit di dalam Skim ASN ini dijual kepada golongan bumiputra bagi membolehkan mereka melabur secara tidak langsung di dalam saham-saham tersebut. Dengan dana yang terhasil daripada jualan ini, PNB menjadi sumber utama bagi Kerajaan untuk menguasai kepentingan di dalam syarikat-syarikat asing.

Dr segi pendidikan Tuh Hussein Onn telah menegaskan bahawa kerajaan menyediakan berbagai kemudahan dengan tujuan meninggikan lagi pendidikan rohani dan jasmani serta mutu pelajaran anak-anak khusus dalam perusahaan sains dan teknologi. Di samping menambahkan bilangan tempat di universiti-universiti tempatan, usaha-usaha juga dijalankan bagi mendapatkan tempat di universiti-universiti luar negari atau mendapat tambahan tempat dan kemudahan di pusat-pusat pengajian luar negeri terutama di negara-negara Islam.

" dipetik dalam ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO yang ke 28 di Kuala Lumpur pada 1hb Julai 1977 yang lalu"

Tun Hussein Onn juga memartabatkan Bahasa Melayu dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidika n negara. Ini dapat dilihat pelajar perlu wajib lulus untuk SPM.

"KERJA SAYA DAN KERJA ANDA IALAH BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Cogan kata ini terpapar di dinding pejabatnya. Dan itu, telah dapat menggambarkan falsafah Tun Hussein Onn yang sudah digelar sebagai MANUSIA BESI di Kabinet Malaysia

"Saya tidak mustahak. Tetapi apa yang saya buat mustahak". kata-kata yang sering diungkapkan oleh Tun Hussein Onn

"Saya tidak berminat pada individu. Saya hanya berminat atas apa anda buat untuk kerajaan dan negara".

Besar atau kecil pangkat seseorang itu, Tun Hussein Onn melayaninya sama rata. Tiada siapa mendapat layanan istimewa.

"Saya lebih suka tidak popular dalam politik daripada gagal dalam tugas saya. Apalah masa depan politik seseorang dibandingkan dengan tanggungjawab seseorang". Beliau tidak berganjak dari prinsip ini dalam menguruskan masalah-masalah yang berat terutama rasuah di kalangan pemimpin kerana beliau telah menyingkirkan pemimpin yang berkuasa kerana tidak amanah dalam melakukan tugas.

"Saya fikir Y.B Datuk Hussein Onn adalah daripada orang yang paling jujur yang pernah di temui. Beliau seorang yang cukup berpendidikan dan sangat berdisiplin"'kata Datuk James Ongkili, Timbalan Ketua Menteri Sabah bila ditanya untuk memberi komen tentang Tun Hussein Onn.

"Datuk Hussein selalunya mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan tetapi bila beliau sudah menetapkan hatinya dia tidak akan berganjak sama ada anda suka atau tidak". kata Datuk Senu bin Abdul Rahman,Ahli Parlimen, bekas Setiausaha Agung UMNO.

Duta Jepun yang akan bersara, Tan Sri Eikhici Hara, memberi kehormatan yang cemerlang kepada Datuk Hussein Onn sebelum dia meninggalkan Kuala Lumpur pada 13 Jun 1979, apabila beliau menggambarkan Datuk Hussein Onn sebagai 'Tokoh Kejujuran' dan 'Tokoh Perpaduan'.

Jarang sekali ada duta lain yang bercakap dengan penuh perasaan seperti beliau ketika bercakap dalam satu majlis makan selamat tinggal yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (MAJECA) dan Persatuan ekonomi Jepun-Malaysia (JAMECA) di Kuala Lumpur.

Atas sebab kesihatan, beliau memutuskan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya, Dr. Mahathir Mohammad pada 15 Julai tahun 1981.

Setelah persaraannya, Tun Hussein Onn masih kekal aktif di dalam beberapa inisiatif lain. Sebagai contoh, pada bulan May tahun 1983, beliau telah dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa. Manakala pada 22 Februari tahun 1983 pula, beliau terpilih sebagai Penasihat kepada Petronas dan pada 9 Jun tahun 1983 beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).

Tun Hussein Onn meninggal dunia pada tanggal 29 May tahun 1990 di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, United States ketika berumur 68 tahun, kerana serangan sakit jantung, dan disemadikan pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. .

Slide dh abis daa... :)

Harap sama-sama kta dapat menyedekahkan al-fatihah kepada pemimpin yang terulung ini.

Tun Hussein Onn bersama ahli kabinetnya

Anaknya Hishamudin Tun Hussein Onn dilihat akan mengikut jejak langkahnya sebagai pemimpin.

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi