Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

PENGENALAN

Bahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu).

Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di INDONESIA, MALAYSIA mahupun di BRUNEI DARUSSALAM bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman.

Bahasa Melayu

di

Negara Brunei Darussalam

Bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan yang menjadi tunjang utama yang berupaya menyatupadukan rakyat dan penduduk yang berbilang puak dan bangsa di negara Brunei Darussalam.

Kedudukan dan peranan Bahasa Melayu di negara ini adalah sangat tinggi nilainya dan perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dan penduduk di negara ini kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Negara Brunei 1959 Bab 82(i) iaitu :

‘Bahasa Rasmi Negara ialah Bahasa Melayu’

Pernyataan frasa ini dapat ditafsirkan bahawa bahasa Melayu hendaklah dibina, diperkembangkan dan didaulatkan sehingga dapat berperanan sebagai budaya tinggi dalam lingkungan geografi Negara Brunei Darussalam.

ASAL - USUL BAHASA MELAYU

MALAYO - POLYNESIA

BAHASA MELAYU BRUNEI DARUSSALAM

AUSTRONESIA

  • Tersebar dari Taiwan dan Hawaii di hujung Utara hingga ke New Zealand di hujung selatan dan dari Madagascar jauh di Barat hingga ke Pulau Easter di hujung Timur.
  • Berasal dari daerah yang di sekarang dikenali sebagai China (bahagian Selatan).
  • Sekitar 4000 tahun yang lalu bermigrasi ke Pulau Taiwan dan dari sana lalu menyebar ke Filipina, Indonesia dan kemudian ke Madagascar.

MALAYO - POLYNESIA

  • Subkumpulan Austronesia.
  • Tersebar di negara-negara Asia Tenggara dan Lautan Pasifik.
  • Bahasa-bahasa Malayo-Polynesia:

- Bahasa Filipina.

- Bahasa Borneo (Sabah dan Brunei).

Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu di Brunei

Boleh dikatakan hampir seluruh negara di dunia ini mempunyai bahasa rasmi sendiri yang digunakan untuk menjadi ‘Penyambung Lidah Bangsa’ itu untuk menyampaikan sesuatu hasrat sesama, atau bangsa lain.

Begitu juga halnya dengan Negara kita Brunei Darussalam yang bernegara sendiri, berbangsa sendiri iaitu bahasa Melayu yang dijadikan bahasa rasmi dan menjadi bahasa Lingua Franca kepada Negara di Alam Melayu.

Pada suatu masa dahulu sesuatu perhubungan yang hendak dijalankan di Brunei biasanya menggunakan bahasa Melayu. Perkara ini dapat dilihat daripada sejarah iaitu semasa perutusan Sepanyol Brunei dalam T.M. 1578 untuk membawa surat (gambar) Dr. Francisco De Sande, Gabenor Sepanyol yang berpusat di Manila yang mana surat tu telah bertulis dalam Bahasa Melayu Brunei. Orang Inggeris yang membuat perhubungan dengan Brunei yang bermula dalam T.M. 1800 juga menggunakan bahasa Melayu dalam perhubungan. Ini termasuklah bahasa yang digunakan dalam ‘treaty’ yang di buat antara Kerajaan Brunei dan Kerajaan Inggeris.

PENGARUH INGGERIS

Sesudah Brunei bernaung di bawah pemerintahan Inggeris, Bahasa Melayu masih terus - menerus digunakan sebagai bahasa utama dan orang yang pandai menulis Jawi dalam Bahasa Melayu telah dijadikan pegawai kerajaan pada masa itu.

Akan tetapi apabila pengaruh Inggeris teleh berkuku di Brunei barulah Bahasa Melayu beransur - ansur menghadapi tekanan sehingga Bahasa Melayu itu diketepikan dalam pentadbiran kerajaan.

Status dan Peranan Bahasa Melayu

Sejauh ini Negara kita Brunei Darussalam selalu dikaitkan oleh para cendekiawan dan tokoh bahasa dan Sastera Melayu dengan perkembangan dan peranan bahasa Melayu d Nusantara dan seterusnya dihasratkan oleh pihak tertentu supaya penggunaan bahasa Melayu itu akan lebih diperluaskan dalam siding tertentu dalam ASEAN.

Menurut istilah sekarang, Brunei Darussalam adalah sebuah negara. Jadi orang yang menjadi warganya harus dipanggil Bangsa Brunei. Akan tetapi bahasa rasmi yang menjadi ciri bangsa ini tidak dinamakan Bahasa Brunei. Sebaliknya dipanggil Bahasa Melayu.

Dalam Negara Brunei Darussalam rakyatnya adalah terdiri daripada beberapa puak iaitu Puak Brunei, Puak Belait, Puak Tutong, Puak Kedayan, Puak Bisaya, Puak Murut dan Puak Dusun. Puak-puak ini adalah rumpun bangsa Melayu yang mempunyai dialek masing-masing. Mereka akan bertutur dalam Bahasa Melayu jika satu puak berjumpa dengan puak yang lain.

Cara Mengatasi

Dengan mengambil iktibar daripada sejarah perkembangan bahasa Inggeristidak mustahil bahasa melayu dapat di antarabangsakan. Asalkan 6 faktor ini ada dilakukan :-

i. Wibawa dalaman bahasa Melayu

ii. Jumlah penggunaannya;

iii. Penyebaran geografinya;

iv. Wahana komunikasi ilmu, teknologi dan diplomasinya;

v. Kecemerlangan ekonomi bangsa yang menuturkan serta menggunakan bahasa itu;

vi. Keutuhan dan kestabilan politik bangsa yang menuturkan dan memakai bahasa itu.

Melalui Pendidikan Bahasa Melayu Diluar Negara

MEMBANYAKKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU

  • Dewan bahasa harus lebih aktif dalam mngadakan perlawanan membuat esei, novel sajak dan sebagainya.
  • Diamalkan setiap masa didalam pergaulan dan tulisan kerana bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara
  • Kementerian Pendidikan seharusnya membanyakkan masa bagi subjek-subjek yang berbahasa melayu.
  • Mengadakan akktiviti-aktitiviti diluar dan didalam sekolah yang berkonsepkan kemelayuan seperti mengadakan perdebatan antara dua kumpulan, kesasteraan melayu dan membuat temuduga bersama orang-orang yang fasih berbahasa melayu tulin dan Melayu Brunei.

CABARAN-CABARAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Negara Brunei Darussalam. Penduduk menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rutin. Segelintir pelajar-pelajar menggunakan bahasa luar iaitu Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang digunakan disekolah, tempat kerja dan mungkin ditempat kediaman mereka.

Dari bangku Sekolah Rendah hinggalah Univerisiti, penuntut-penuntut belajar berbahasa Inggeris kerana kebanyakkan subjek atau modul sekarang telah digunakan. Selain itu, pelajar juga diajar untuk bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris kerana ianya akan berguna di apabila mereka tamat zaman persekolahan.

Dunia ICT, Komputer dan Telfon Bimbit adalah salah satunya multimedia yang sering digunakan oleh penduduk tempatan terutamanya ketika melayari internet. Komputer sekarang telah disiap sediakan dalam bahasa Inggeris. Dalam ICT dan multimedia pada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi banyak cabaran kerana dunia ICT memfokuskan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama didalam bertutur dan menulis.

MASALAH YANG DIHADAPI

Yang telah terjadi pada Bahasa Melayu pada masa ini?

Adakah Bahasa Melayu semakin ditepikan?

Yang jelas ialah pendulum di seluruh dunia telah berayun ke arah mempelajari dan memperkembang bahasa Inggeris iaitu bahasa yang sering digunakan pada dunia.

Sikap orang Melayu juga semakin menjauhi bahasa kebangsaan ini. Bahasa ini dikatakan menjadi punca Melayu mundur, tak maju dan tak bawa ke mana-mana. Hanya untuk perbualan di warong/kedai makan, bercakap dengan orang tua atau perbualan di surau/masjid.

MASALAH YANG SERING DIHADAPI PADA MASA INI

•Perjalanan masa dan perubahan era.

•Perkembangan lagu-lagu dan tayangan wayang yang hangat di era pada masa ini, dan kebanyakkan adalah berbahasa Inggeris.

•Bahasa Inggeris dijadikan satu aspek yang penting ketika mencari pekerjaan dan yang fasih berbahasa melayu akan disingkirkan.

•Bahasa Inggeris semakin dibanggakan dari hari ke hari.

•Penggunaan bahasa slang/bahasa rojak yang sering digunakan pada masa ini ketika berada didalam perbualan.

CARA MENGHADAPI MASALAH

•Menjadikan Bahasa melayu sebagai satu bahasa yang moden dan sumber ilmu, sumber maklumat, sumber pengetahuan, sumber teknologi, dan sumber kewangan.

•Adanya lebih banyak pengarang, penyelidik, guru, penyelidik dan institusi pendidikan.

•Adakan pertandingan merekacipta karangan bahasa Melayu, mereka puisi dan pantun dikalangan orang muda.

•Membentukkan digital untuk memenuhi kehendak generasi muda yang berbentuk komputer dan IT, portal.

KESIMPULAN

Bahasa Melayu

Apa Dia Bahasa Melayu?

'Bahasa Rasmi Brunei Darussalam sejak tahun 1959 semasa Negara ini masih di bawah naungan kerajaan British'.

‘Penyambung Lidah Bangsa’

Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

  • Usaha pengembangan bahasa dan sastera Melayu di dunia seharusnya terus dipertingkatkan, manakala pusat-pusat pengajian Melayu yang sedia ada terus diperkukuh melalui program kerjasama kebahasaan, kesusasteraan, penerbitan dan persuratan.
  • Pusat pengajian Melayu yang pertama ditubuhkan di Leiden, Belanda pada tahun 1876.
  • Pada tahun 1995, Kursi Pengajian Melayu telah ditubuhkan di Universiti Victoria, Wellington, New Zealand.
  • Kerajaan Malaysia telah juga menubuhkan Kursi Pengajian Melayu di di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), China.

Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam telah lama wujud dan menjadi bahasa rasmi. Bahasa melayu di Brunei juga terdapat berbagai cara penyebutan-nya bagi puak-puak yang berlainan tetapi penggunaan bahasanya masih di panggil Bahasa Melayu. Walau bagaimana pun, selagi kita masih lagi berpegang teguh akan konsep M.I.B bahasa Melayu akan terus berkembang. Ini kerana kita juga boleh menyebarkan bahasa melayu seperti mana orang-orang barat menyebarkan bahasa Inggeris iaitu melalui media entertainment (hiburan) dan ICT. “MELAYU, BANGSA KITA, BAHASA KITA, GUNAKANLAH”.

Lingua France bermaksud 'bahasa yang sistematik digunakan untuk membuat komunikasi dalam bahasa kedua atau ketiga.'

Sosial

'Treaty bermaksud Perjanjian'

Di Negara Brunei Darussalam

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi