Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading content…
Transcript

PENDERMAAN

ORGAN

PENGENALAN

1

Pendermaan organ adalah proses memindahkan organ dan tisu daripada penderma yang masih hidup atau telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir . Pemindahan organ (transplan) merupakan kaedah rawatan yang terbukti berkesan dan dapat menyelamatkan nyawa . Pemindahan organ tidak akan berlaku sekiranya tiada penderma .

DR . MUHAMMED ALI ALBAR

AHLI SAINS

Konsultan dalam perubatan islam di Pusat Penyelidikan Perubatan King Fahd , Saudi Arabia mengatakan bahawa kurangnya pemahaman terhadap perkara ini serta kebimbangan melakukan dosa menyebabkan ramai umat islam was-was untuk membenarkan para pakar perubatan melakukan pemindahan organ . Persoalan inilah yang akan cuba dikupas oleh penyelidik yang akan lebih menumpukan hal berkaitan etika perubatan di dalam islam yang ada kaitannya dengan pemindahan organ .

HURAIAN PENDERMAAN ORGAN

-Dalam konteks islam , hukum mengenai pemindahan dan pendermaan organ tidak dibincangkan secara khusus dalam sumber utama hukum iaitu al-quran dan al-sunnah .

-Pemindahan dan pendermaan organ merupakan perkembangan perubatan yang bermula pada abad ke-20 . Walaupun demikian , para ulama’islam sudah membincangkan perkara ini semenjak tahun 1950-an lagi .

HURAIAN

-Di Malaysia , isu pemindahan organ mula dibincangkan pada tahun 1960-an apabila mufti negeri Perlis mengeluarkan fatwa berhubung isu ini pada tahun 1965 .

-Pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh ulama’islam berkaitan pemindahan organ bersifat ijtihad iaitu ijtihad yang dilakukan berdasarkan pendekatan-pendekatan fikah .

-Fatwa yang bersifat ijtihad seperti yang diterangkan oleh Dr.Yusuf Al-Qadrawi ulama’ kontemporari dari mesir ialah fatwa yang masih boleh diperbincangkan seperti juga ijtihad manusia yang lain .

-Ia bersangkutan dengan hukum masalah baharu yang tidak tercatat pendapat ulama’-ulama’ terdahulu .

-Hukum pemindahan dan pendermaan organ ialah HARUS .

-Pemindahan dan pendermaan organ memenuhi tuntutan memelihara nyawa manusia yang merupakan salah satu daripada maqasid al-syar’iyyah (objektif syariah).

HUKUM ISLAM TENTANG PENDERMAAN ORGAN

2

-Al-Syatibi dalam kitabnya al-Muwafaqat berkata:

“Sesungguhnya kebaikan dan keburukan berbeza . Tidak dapat dikatakan bahawa padanya kebaikan sahaja , kerana kebaikan itu tetap ada bercampur dengan suruhan atau kerumitan samada sedikit atau banyak .

-Jika jenis kebaikan lebih berat , maka perkara itu adalah diambil dan jika jenis keburukan yang lebih berat , maka haruslah ditinggalkan .

KEBAIKAN

-Kelebihan terbesar untuk pendermaan organ adalah menyelamatkan nyawa yang akan hilang.

1

2

-Keluarga penderma organ mungkin dapat berhubungan dengan penerima organ orang yang mereka sayangi , yang mungkin memberi mereka rasa bahawa ada kebaikan dari tragedi , terutama jika penderma itu masih muda .

KEBAIKAN PENDERMAAN ORGAN

3

-Mereka yang menderma seluruh badan sering memberi sumbangan untuk kemajuan perubatan , kerana mayat boleh digunakan untuk pendidikan pelajar perubatan .

KEBURUKAN

KEBURUKAN PENDERMAAN ORGAN

-Penderma atau keluarganya tidak dapat mengatakan siapa yang menerima organ yang disumbangkan .

3

PENDERMAAN

ORGAN

PERBAHASAN ULAMA’ TENTANG PENDERMAAN ORGAN

-Perkembangan mengenai kaedah rawatan pemindahan organ mula dibincangkan di Malaysia sejak tahun 1960-an lagi.

-Hasilnya , menerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia , fatwa berkenaan pemindahan organ dikeluarkan pada tahun 1970.

-Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ini menjadi rujukan mengenai isu pemindahan dan pendermaan organ di Malaysia , dan diterima pakai di negeri-negeri yang tidak mempunyai fatwa khusus mengenai pendermaan organ.

-Negeri-negeri yang mempunyai fatwa peringkat negeri mengenai pemindahan dan pendermaan organ ialah Perlis (1965) , Sarawak (1996) , Selangor (2000) , Johor (2001) , dan Pulau Pinang (2010).

DALIL-DALIL AL-QURAN DAN HADIS YANG MENYOKONG / MEMBANTAH

-Dalil pengharaman :

• Firman Allah SWT :ِةَكُلْهَّتلا ىَلِإ ْمُكيِدْيَأِب اوُقْلُت اَلَوِةَكُلْهَّتلا ىَلِإ ْمُكيِدْيَأِب اوُقْلُت اَل

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Maksudnya : “…dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”

إِذَا تَعَارَضَ مَفْسَدَتَانِ رُوْعِىَ أَعْظَمَهُمَا ضَرَرًا بِارْتِكَابِ أَخَفَّهُمَا

Maksudnya : “ Apabila bertembung di antara dua kemudharatan hendaklah diraikan mudharat yang lebih besar dengan mengambil mudharat yang lebih kecil.”

-Dalil keharusan :

• Firman Allah SWT :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya : “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa , dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”

KESIMPULAN

-Dengan meneliti isu-isu dan masalah yang telah dikemukan , pendermaan organ dan tisu adalah harus dan amat digalakkan .

-Dengan perkembangan semasa dan penemuan perubatan masa kini , maka kami berpendapat perlunya diperluaskan organ-organ yang boleh didermakan seperti buah pinggang , jantung , hati , paru-paru dan pancreas . Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata , tulang , kulit dan injap jantung . Akan tetapi , haram mendermakan atau melakukan pemindahan testis dan rahim kerana ia berkait rapat dengan nasab keturunan .

-Begitu juga dengan kemajuan perubatan terkini , sewajarnya dikaji alternatif seperti organ-organ tiruan atau pengambilan daripada organ haiwan kerana ia adalah jauh lebih baik daripada mengambil hak seseorang manusia . Hal ini kerana keluar daripada khilaf adalah sunat dan digalakkan .

Semoga dengan kenyataan seperti ini akan menambahkan lagi semangat rakyat Malaysia terutamanya orang islam untuk menderma organ dalam usaha mentahqiqkan maslahat pesakit selaras dengan prinsip ta’awun bi al-bir wa al-taqwa .

RUJUKAN

- https://www.google.com/search?q=pengenalan+tentang+pendermaan+organ&tbm=isch&ved=2ahUKEwji5L3i9a3-AhXsg2MGHaztB-EQ2-cCegQIABAC&oq=pengenalan+tentang+pendermaan+organ&gs_lcp=ChJtb2JpbGUtZ3dzLXdpei1pbWcQAzoHCCMQrgIQJzoFCAAQogQ6BwgjEOoCECc6BAgjECc6BAgAEAM6BwgAEIoFEEM6BQgAEIAEOgcIABCABBATOggIABAFEB4QEzoECAAQHjoHCAAQGBCABFDbSFjzhwFgwIoBaAhwAHgAgAHpAYgB1R6SAQYzMS44LjGYAQCgAQGwAQXAAQE&sclient=mobile-gws-wiz-img&ei=UKk7ZOL8OeyHjuMPrNufiA4&bih=714&biw=414&client=safari&prmd=imnv#imgrc=NoAsXmrcDp5_nM&lnspr=W10=

- https://ms.kenkosokushin.com/advantages-disadvantages-organ-donation-6010938-11616

- https://muftiwp.gov.my/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/3314-bayan-linnas-siri-ke-176-fatwa-berkenaan-organ-dan-tisu

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi