Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
Kelangsungan kewujudan kerajaan Kedah,Kelantan dan Perlis hingga kini turut diiringi dengan kegemilangannya mengharungi pelbagai cabaran.
Kemegahan dan kegemilangan kerajaan ini dapat dilihat menerusi warisan aspek sistem pemerintahan beraja, adat istiadat, perundangan, persuratan dan kesenian.
1. Penggunaan Gelaran Pemerintah
- Kerajaan Kedah dan Kelantan menggunakan gelaran Sultan.
- Kerajaan Perlis menggunakan gelaran Raja
- Pelantikan putera Sultan atau Raja sebagai pengganti.
- Daripada jurai keturunan pemerintah pengasas.
DYMM Raja Perlis Pertama,
Tuanku Syed Hussin Jamalullail ( 1843 – 1873 ).
DYMM Raja Perlis Kedua,
Tuanku Syed Ahmad Jamalullail
( 1873– 1897 )
DYMM Raja Perlis KETIGA,
Tuanku Syed Safi Jamalullail
( 1897 – 1904 ).
DYMM Raja Perlis Keempat,
Tuanku Syed Alwi Jamalullail
( 1904 - 1943 )
DYMM Raja Perlis Kelima,
Tuanku Syed Hamzah Jamalullail
( 1943 – 1945 )
DYMM Raja Perlis Keenam,
Tuanku Syed Putra Jamalullail
( 1945 – 2000 )
DYMM Raja Perlis Ketujuh,
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
( 2000 – kini )
PENGHULU
(Mukim)
- Sultan atau Raja merupakan hierarki tertinggi dalam pemerintahan beraja.
- Warisan ini dikekalkan dengan kedudukan Sultan atau Raja sebagai ketua bagi negeri serta memiliki keistimewaannya.
- Bertanggungjawab sebagai ketua agama Islam dan merupakan lambang perpaduan rakyat.
- Dilantik sebagai wakil pentadbir bagi pihak kerajaan dan bertanggungjawab terhadap jajahan atau daerah.
- Warisan pentadbiran secara unit daerah ini masih wujud sehingga kini.
- Penguasa pada peringkat mukim.
- Berperanan sebagai orang perantaraan antara rakyat dengan pemerintah.
- Warisan pentadbiran peringkat mukim ini masih kekal hingga hari ini dengan kewujudkan ketua kampung yang bertanggungjawab untuk mentadbir unit yang lebih kecil.
-Keserumpunan budaya kerajaan Kedah, Kelantan, dan Perlis mewujukan persamaan warisan adat istiadat diraja yang meliputi aspek keputeraan, perkahwinan, pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran dan pemakaman pemerintah.
-Alat-alat kebesaran diraja turut diwarisi dan digunakan dalam setiap istiadat rasmi.
Majlis pemasyhuran pengganti Sultan atau Raja disempurnakan sebelum jenazah pemerintah dimakamkan.
- Istiadat dimulai dengan mempersembahkan naskah al-Quran dan alat kebesaran diraja.
- Sultan atau Raja yang dimasyurkan membaca watikah pertabalan dan kemudian mengucup keris kuasa.
- Menteri Besar mengetuai seruan “Daulat Tuanku”.
- Penganugerahan darjah kebesaran oleh Sultan atau Raja juga merupakan warisan yang kekal hingga kini.
- Penganugerahan ini merupakan lambang hubungan antara pemerintah dengan rakyat.
- Lazimnya, penganugerahan ini disempurnakan bersempena dengan hari sambutan keputeraan pemerintah. Darjah Kebesaran dianugerahkan sebagai pengiktirafan kepada Sultan atau Raja, kerabat diraja dan rakyat yang berjasa.