Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

Hospital Slim River

35800 Slim River

Perak Darul Ridzuan

Info Hospital

Hospital Slim River merupakan sebuah hospital baru yang dibina bagi menggantikan Hospital Tanjung Malim yang telah ditukar taraf menjadi Klinik Kesihatan Tanjung Malim. Hospital ini mula dibina pada 23 Oktober 1997 dengan kos sebanyak RM 150 juta dan telah siap sepenuhnya pada 22 Disember 2000. Ia mula beroperasi pada 21 Mac 2001 dan dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah pada 16 Mei 2002.

Info Hospital

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum w.b.t

Laman Web Hospital Slim River dibangunkan adalah sebagai pusat untuk mendapatkan maklumat dan fakta berkaitan hospital ini di mana ia adalah khusus untuk orang awam dan sesiapa sahaja untuk melayarinya sama ada di rumah,pejabat mahupun di cybercafe. Ini memberikan kemudahan tanpa perlu pergi ke pejabat dan menunggu waktu rasmi untuk mendapatkannya.

Secara ringkasnya, Hospital Slim River adalah gantian kepada Hospital Tg. Malim yang dibina dengan kos RM150 juta, siap pada Disember 2000 dan mula beroperasi pada 21 Mac 2001. Ia dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Tuanku Sultan Azlan Shah pada 16 Mei 2002. Hospital ini adalah hospital pakar yang ke-5 di negeri Perak dan memberikan perkhidmatan bukan saja untuk daerah Batang Padang tetapi juga untuk penduduk negeri Selangor yang berdekatan. Jenis perkhidmatan pakar kini meliputi Sakit Puan ,Kanak-kanak, Bedah, ENT, Psikiatri dan Bius dengan menggunakan 150 dari 250 katil.

Oleh itu, diharapkan semua anggota yang bertugas di hospital ini dapat menggunakan laman web ini dengan sepenuhnya. Makluman seperti jadual aktiviti hospital yang terkini boleh diakses dengan mudah untuk rujukan.

Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang pernah melayari laman web ini dan selamat melayari laman web Hospital Slim River dari masa ke semasa.

Perutusan Pengarah

Visi, Misi & Objektif

Visi, Misi &

Objektif

Visi

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

Misi

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan

menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga

mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi:

mengutamakan pelanggan

saksama

tidak membebankan

cekap

wajar mengikut teknologi

boleh disesuaikan mengikut persekitaran

inovatif

Dengan menekankan

sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan

sifat menghormati maruah insan

penglibatan masyarakat

Objektif : Hospital Slim River

Untuk memberikan perkhidmatan penentuan, perawatan, dan pemulihan yang bermutu tinggi dengan cekap, tepat dan berkesan kepada setiap pesakit yang memerlukan rawatan bagi menyelamatkan nyawa dan menghilangkan kesakitan bagi mencapai pemulihan yang awal dan optima.

Direktori

Direktori

Tingkat 1

Tingkat 2

Tingkat 3

Tingkat 4

Tingkat 5

Tingkat 6

Sistem

Lalalalala

Chiller

Solar PV

Sistem Tadahan Air Hujan

Digital Power Meter

Hot Water

Tenaga & Penjimatan

Tenaga & Penjimatan

Tenaga

Penjimatan

Pencapaian

Pencapaian

EMGS 1, 2, 3-Star

EMGS

MSQH

NEA 2019

SEDA LOW BUILDING CARBON

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi