Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

Proses Menghasilkan Keropok Lekor

AHMAD SYUKRI BIN MOHD GHANI (D20141067386)

MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD TAHIR (D20141067420)

PENGENALAN

PENGENALAN

Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Perkataan "Lekor" bermaksud "Lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

PROSES PEMBUATAN KEROPOK LEKOR

ABSTRAK

Terdapat beberapa jenis keropok lekor, antaranya termasuklah keropok lekor yang boleh dimakan terus dan ada juga keropok lekor yang perlu digoreng terlebih dahulu seperti keropok lekor tebal dan nipis. Pelanggan juga boleh memilih sama ada mahukan saiz keropok lekor yang nipis atau tebal mengikut citarasa.

Namun begitu, proses pembuatan keropok lekor memakan masa yang agak lama kerana adunan keropok lekor perlu diuli menjadi doh.

PROSES

  • LANGKAH-LANGKAH PEMBUATAN KEROPOK LEKOR

PROSES 1:

  • Ikan di buang perut dan kepala oleh para pekerja.

  • Kelihatan pekerja sedang membersihkan ikan yang sudah diproses.

PROSES 2

Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam mesin pengasing tulang (Deboner)

PROSES 3

Isikan yang sudah diasingkan tulang di campur dengan bahan-bahan seperti kanji sagu air, garam ke dalam mesin pengadun (Mixer).

PROSES 4

Adunan ikan yang telah siap kemudian dibentuk menjadi lekor.Proses dijadikan lekor ini dilakukan oleh pekerja wanita. para pekerja sedang membentuk lekor dengan menggunakan tepung kanji. Lekor yang sudah siap dibentuk dan diletak didalam bekas. Kelihatan lekor yang sudah siap dibentuk dan sedia untuk direbus.

PROSES 5

Mesin rebus lekor dipanaskan terlebih dahulu sehingga mendidih. Proses merebus lekor dengan menggunakan peralatan dapur gas. Setelah direbus lebih kurang 45 minit, lekor yang sudah dimasak kemudian dimasukkan kedalam bakul untuk disejukkan. Kelihatan lekor yang sudah siap dimasak dikeluarkan daripada dapur.

PROSES 6

Keropok lekor yang sudah siap dimasak akan dihantar ke kafe lekor untuk dipasarkan .Lekor dibungkus untuk dihantar ke pelanggan.

KESIMPULAN

KESIMPULAN

Keropok lekor amat sinonim dengan masyarakat tempatan dimana ia juga dikenali sebagai makanan tradisional Malaysia. Kebolehpasaran makanan ini membuatkan masyarakat mula mencipta atau membuat inovasi terhadap mesin pembuatan keropok lekor.

Proses yang lambat juga dapat diubah menjadi lebih pantas berbanding proses secara manual yang akan mengambil banyak masa. Selain itu, tenaga kerja juga dapat dikurangkan kerana kapasiti yang dapat dihasilkan oleh mesin adalah lebih banyak daripada menggunakan tenaga manusia.

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi