Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BMMB1074

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA

NAMA: SITI NUR AZMEERA BINTI HARRIS NORMAN

NO MATRIK: P22043606

NAMA PENSYARAH: ENCIK DERRICK WARREN ANAK SAGING

ZAMAN PRAMERDEKA

PRAMERDEKA

Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan Bahasa Melayu pramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman yang memperjuangkan taraf atau status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

PEJABAT KARANG-MENGARANG

PEJABAT KARANG-MENGARANG

  • Diasaskan oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) dan Oman Theodore Dussek
  • Ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak pada tahun 1924
  • Tujuan penubuhan ini adalah untuk menerbitkan buku teks untuk kegunaan sekolah Melayu dan bahan bacaan umum dalam bahasa Melayu

SUMBANGAN

SUMBANGAN

  • Membina asas pengetahuan bahasa Melayu dan ilmu karang-mengarang

  • Menerbitkan buku bacaan umum termasuk karya terjemahan

  • Memajukan pendidikan orang Melayu

ASAS 50

ASAS 50

  • Dibentuk oleh satu angkatan penulis generasi pemuda iaitu Tongkat Warran (Dato' Usman Awang), Keris Mas (Kamaludin Muhammad), A. Samad Ismail dan lain-lain.

OBJEKTIF

OBJEKTIF

  • Mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu melindungi hak-hak ahli dan para pengarang
  • Memperkenalkan pembaharuan dalam sastera tanpa mengetepikan sastera lama

SUMBANGAN

SUMBANGAN

  • Menghimpunkan persatuan bahasa, sastera, dan budaya.
  • Mencadangkan bahasa diberi nilai ekonomi dengan mengutamakan kelulusan Bahasa Melayu untuk memperoleh pekerjaan.
  • Berperanan dalam ejaan dan peristilahan.

PBMPB

PAKATAN BELAJAR MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA

  • Diasaskan oleh Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato' Muhammad Ibrahim Munshi
  • Nama pertubuhan ini telah ditukar menjadi Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Diraja
  • Ditubuhkan pada 1888 namun tidak berapa lancar
  • Dihidupkan semula pada 7 april 1934 dengan mendapat sokongan penuh sultan dan kerajaan Johor

SUMBANGAN

SUMBANGAN

  • Pertubuhan bahasa yang pertama untuk mengembangkan bahasa Melayu

  • Mengadakan majlis-majlis ceramah dan perbincangan tentang pelbagai aspek ilmu bahasa Melayu

  • Menerbitkan buku termasuk buku tentang ilmu bahasa Melayu mengubal istilah

PASCAMERDEKA

PASCAMERDEKA

  • Zaman era selepas merdeka atau selepas 31 Ogos 1957 hingga 1967

  • Pada ketika itu, bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu

AKTA PELAKSANAAN BAHASA MELAYU

  • Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

  • Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 (Pindaan 1995)

  • Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67

  • Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970)

  • Akta Pendidikan 1996

PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

  • Perkara ini menetapkan bahasa melayu ialah "Bahasa Kebangsaan"

  • Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu yang hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen”

AKTA DEWAN DAN PUSTAKA (DBP) 1959

AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959

  • Diluluskan oleh Parlimen pada 1959

  • Bermatlamat untuk memantapkan usaha bagi menggalakkan perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu di Malaysia

AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963

AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963

  • Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 terbentuk daripada gabungan dan penyesuaian antara akta 1963 dengan akta 1967 sebelumnya.

  • Akta ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 1971, tetapi telah dipinda pada tahun 1983.

  • Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 Pindaan 1983 memartabatkan bahasa Melayu untuk kegunaan dalam urusan penting meskipun terdapat pengecualian tertentu yang melibatkan penggunaan bahasa lain.

AKTA HASUTAN 1948

AKTA HASUTAN 1948

  • Akta Hasutan diluluskan pada tahun 1948, dan dipinda pada tahun 1970.

  • Terkait dalam akta ini ialah bahawa perbuatan mempersoalkan kedudukan mana-mana bahasa akan dikira sebagai perbuatan menghasut dan boleh didakwa.

AKTA PENDIDIKAN 1996

AKTA PENDIDIKAN 1996

  • Lanjutan daripada Ordinan Pelajaran 1961

  • Akta ini memperkukuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan bahasa ilmu.

PERKARA PENTING YANG TERKANDUNG

PERKARA PENTING

  • Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di Semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan

  • Bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan

PERTUBUHAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

PERANAN DAN PENUBUHAN DBP

  • Ditubuhkan sebgai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran pada 22 jun 1956

  • Pada mulanya Balai Pustaka dan diubah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atas cadangan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3).

  • Tahun 1959, DBP menjadi badan berkanun (Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka.

PERANAN DBP

PERANAN

Sebagai agensi perancangan bahasa, DBP mempunyai 3 matlamat ;

  • Matlamat perancangan bahasa Melayu baku
  • Matlamat perancangan kesusasteraan kebangsaan
  • Matlamat pengembangan ilmu (terutama melalui penerbitan)

PERANCANGAN BAHASA MELAYU

Terbahagi kepada dua:

  • Perancangan Taraf

  • Perancangan Korpus

PERANCANGAN BAHASA MELAYU

PERANCANGAN TARAF

  • Usaha meluaskan dan meningkatkan taraf penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat

  • Melibatkan peningkatan taraf bahasa Melayu sebagai :

Perancangan Taraf

  • Bahasa rasmi
  • Bahasa pengantar
  • Bahasa kebangsaan

PERANCANGAN KORPUS

Perancangan Korpus

  • Usaha untuk membina dan memperkembangkan aspek bahasa yang meliputi tatabahasa, ejaan, sebutan, perkamusan dan peristilahan

T - Tatabahasa

E - Ejaan

K - Kamus

S - Sebutan

I - Istilah

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi