Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

TAJUK 6 :

REKA BENTUK HIASAN DALAMAN

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

SEJARAH PERKEMBANGAN

  • Bermula sejak zaman purba.

  • Berlaku apabila manusia pandai menghias tempat tinggal mereka di dalam gua dengan lukisan-lukisan dinding.

  • Masyarakat Mesir purba juga terkenal dengan lukisan mural pada dinding yang dipercayai mendahului Reka Bentuk Hiasan Dalaman.

SEJARAH PERKEMBANGAN

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

ABAD KE-18 DAN 19

  • Rom dan Greek menguasai Mesir, mereka memperkenalkan tiang pilar, pasu dan lukisan sebagai hiasan.

  • Seni Baroque, Art Deco dan Art Nouveau telah mengetengahkan Reka Bentuk Hiasan Dalaman kepada umum.

  • Dipengaruhi oleh campuran gaya dari seluruh dunia sehingga membawa kepada era eklektisisme.

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

ABAD KE-20 DAN 21

  • Hiasan dalaman kembali semula kepada gaya lama dan vintaj.

  • Reka bentuk hiasan dalaman yang agak ringkas tetapi menarik.

  • Gabungan gaya lama, vintaj dan moden.

  • Reka bentuk ini menepati cita rasa dan sesuai dengan peredaran masa.

ABAD KE-20 DAN 21

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

PRINSIP REKA BENTUK HIASAN DALAMAN

PRINSIP

  • Jenis ruang dalaman.

  • Peranan dan fungsi.

  • Prinsip dan elemen.

  • Konsep.

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

JENIS RUANG

JENIS RUANG DALAMAN

  • Terdapat pelbagai jenis ruang dalam bangunan.

  • Setiap jenis ruang mempunyai ciri-ciri dan keperluan tersendiri.

  • Ruang dalaman boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu ruang rumah kediaman, ruang pejabat, ruang bangunan perniagaan, ruang kesihatan dan ruang pameran.

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

JENIS-JENIS RUANG DALAMAN

  • Ruang rumah kediaman
  • Ruang pameran
  • Ruang pejabat
  • Ruang kesihatan
  • Ruang bangunan perniagaan

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

PERANAN DAN FUNGSI

Peranan dan fungsi Reka Bentuk Hiasan Dalaman bergantung kepada jenis ruang dalaman tersebut.

  • Mencantikkan ruang dalaman.
  • Menjadikan ruang yang sempit kelihatan luas.
  • Menjadikan rumah yang murah kelihatan lebih mewah.
  • Memberi keselesaan kepada penghuni dan pengunjung.
  • Mengelakkan kebosanan kepada penghuni dan pengunjung.

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

PRINSIP DAN ELEMEN

  • Reka bentuk hiasan dalaman mempunyai prinsip dan elemen yang tertentu.

  • Menjadi tunjang kepada reka bentuk hiasan dalaman.

  • Enam prinsip yang perlu dipatuhi, iaitu imbangan, penegasan, harmoni, kesatuan, kepelbagaian dan kontra.

  • Elemen pula terdiri daripada elemen semula jadi dan buatan manusia.

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

IMBANGAN

  • Dua jenis imbangan, iaitu simetri dan tidak simetri.

  • Simetri mempunyai ciri-ciri objek yang sama berulang-ulang pada kedua-dua belah.

  • Tidak simetri dicapai dengan menggunakan beberapa objek berbeza yang mempunyai daya tarikan dan berat secara visual yang sama.

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

KESATUAN

  • Kesatuan dapat dilakukan dengan menggabungkan elemen-elemen reka bentuk hiasan dalaman secara harmoni.

  • Prinsip keatuan ini adalah untuk menghasilkan elemen-elemen yang saling melengkapi.

KESATUAN

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

KEPELBAGAIAN

  • Wujud hasil daripada penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza.

  • Prinsip ini dapat dizahirkan melalui penggunaan garisan, jalinan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu reka bentuk hiasan dalaman.

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

HARMONI

  • Sesebuah hiasan dalaman itu perlu diselaraskan dari segi tema, suasana dan gaya.

  • Harmoni juga melibatkan susun atur perabot, warna cat, tingkap, lantai, siling dan aksesori dalam sesebuah ruang.

HARMONI

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

PENEGASAN

  • Penegasan dalam reka bentuk hiasan dalaman lebih menjurus kepada pemusatan fokus, iaitu objek penting yang ingin diberikan tumpuan.

  • Fungsinya untuk menarik perhatian dan memberi fokus.

PENEGASAN

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

KONTRA

  • Kontra dapat dihasilkan dengan menggunakan pelbagai unsur seni yang bertentangan seperti warna, rupa, jalinan dan ruang.

  • Fungsi kontra untuk menarik perhatian, memberi fokus dan mengelakkan kebosanan.

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

ELEMEN BUATAN MANUSIA

ELEMEN SEMULA JADI

  • Elemen semula jadi adalah seperti tumbuhan kecil, kolam air dan batu-batuan.

  • Menjadikan hiasan dalaman kelihatan tidak kaku di samping dapat menambah kandungan oksigen.
  • Elemen buatan manusia adalah seperti perabot, permaidani dan jenis bahan yang digunakan.

  • Lampu, hiasan dinding dan fabrik juga dapat menambahkan suasana keindahan hiasan dalaman.

ELEMEN

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

KONSEP

  • Konsep dalam reka bentuk hiasan dalaman lebih menjurus kepada konsep kontemporari, moden, klasik dan tradisional.

  • Konsep ini bergantung pada cita rasa dan budaya sesuatu masyarakat atau negara.

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

KONTEMPORARI

  • Idea kontemporari lebih menekankan warna terang dan bercorak geometri.

  • Ruangnya lebih kosong dan kelihatan lebih luas dengan perabot yang terhad dan lebih santai.

  • Konsep kontemporari lebih berteraskan kesederhaan dan keselesaan.

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

MODEN

  • Ciri-ciri yang terdapat pada konsep moden hampir sama dengan kontemporari, iaitu ringkas dan tidak serabut.

  • Salah satu ciri yang menyerlahkan stail moden ialah penggunaan warna hitam, kelabu, perak dan juga putih.

MODEN

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

KLASIK

  • Gaya klasik ialah dekorasi adunan elemen Greek dan Roman pada abad ke-18.

  • Kebanyakan perabotnya bergaya mewah dengan fabrik daripada sutera, brocade dan kain kapas yang menjadi kemestian.

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

TRADISIONAL

  • Konsep gaya tradisional lebih menitikberatkan kehalusan seni tradisi yang berteraskan identiti sesuatu bangsa.

  • Pilihan warna adalah yang dekat dengan warna alam dan bersifat natural.

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

ERGONOMIK

Ergonomik dalam reka bentuk hiasan dalaman dapat menghasilkan tempat tinggal yang menyeronokkan dan selesa.

  • Penggunaan saksama.
  • Fleksibiliti dalam penggunaan.
  • Penggunaan mudah dan intuitif.
  • Maklumat jelas.
  • Toleransi terhadap kesilapan.
  • Tenaga fizikal yang rendah.
  • Saiz dan ruang yang sesuai.

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

LATIHAN

1. Pada abad ke-18 dan 19, seni apakah yang telah mengetengahkan era eklektisisme?

A. gothic dan renaissance.

B. mesir purba, klasik dan tradisional.

C. baroque, art deco dan art nouveau.

D. moden, kontemporari dan pascamoden

LATIHAN

Jawapan :

C. baroque, art deco dan art nouveau

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

SOALAN 2

2. Manakah antara yang berikut persamaan antara fungsi prinsip kontra dengan penegasan?

A. untuk memberi fokus.

B. untuk mengelakkan kebosanan.

C. untuk menimbulkan ketenangan.

D. untuk memperlihatkan keindahan.

SOALAN 2

Jawapan :

A. untuk memberi fokus.

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

SOALAN 3

Jawapan :

A. I dan II

3. Manakah antara berikut adalah aspek-aspek penting dalam Reka Bentuk Hiasan Dalaman?

I. Ruang

II. Keluasan

III. Jenis perabot

IV. Pencahayaan

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

SOALAN 4

4. Apakah yang ditekankan dalam konsep kontemporari Reka Bentuk Hiasan Dalaman?

A. jenis perabot.

B. mementingkan fabrik.

C. warna terang dan corak geometri.

D. mengutamakan warna hitam dan putih.

SOALAN 4

Jawapan :

C. warna terang dan corak geometri.

SITI ROSNI BINTI NIK MOHD ZAID

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi