Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan
Norma Masyarakat
Maksud Norma Masyarakat
Norma = Berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud peraturan/ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat
Norma masyarakat = Perilaku/tindakan yang diterima sebagai amalan dalam sesuatu kelompok, komuniti atau budaya
Peraturan sosial yang dibentuk secara sedar/tidak sedar tentang sesuatu perkara sehingga menjadi kebiasaan
Amalan norma masyarakat yang merangkumi perbuatan yang wajar dilakukan dan patut dihindari dalam kehidupan bermasyarakat.
Amalan agama menjadi sebahagian daripada norma masyarakat.
Tingkah laku yang dianggap wajar dan diterima dalam masyarakat.
Akur dan dapat menyesuaikan diri dengan peraturan yang telah ditetapkan.
Contoh Norma Masyarakat
- Menghormati orang yang lebih tua
- Mengetuk pintu sebelum masuk
- Beratur ketika menggunakan pengangkutan awam
Kepentingan
Kepentingan amalan norma masyarakat
- Sebagai panduan bertingkah laku
- Membentuk masyarakat yang teratur
- Membina masyarakat yang harmoni
- Sebagai ukuran bertingkah laku
Membantu dan mengawal anggota masyarakat agar dapat memahami dan mengamalkan tingkah laku yang diterima dalam masyarakat
Panduan bertingkah laku
Individu yang membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sesuai dengan norma masyarakat mampu melahirkan masyarakat yang teratur
Membentuk masyarakat yang teratur
Anggota masyarakat yang sentiasa menjaga tingkah laku dan interaksi sosial yang baik dapat menghidari sebarang perselisihan.
Membina masyarakat yang harmoni
Amalan norma yang diakui dan diterima akan menjadi ukuran sesebuah masyarakat.
Ukuran tingkah laku
Kesan pengabaian norma masyarakat
- Menjejaskan keharmonian masyarakat
Bertingkah laku tanpa mengambil kira kepentingan orang lain.
Bersikap individualistik
Keputusan dan tindakan berasaskan keinginan dan pertimbangan diri sahaja
Kurang melibatkan diri dalam aktiviti sosial
Perilaku yang bertentangan daripada norma masyarakat yang sepatutnya.
Manusia kurang beradab
Cara berkomunikasi yang kurang sopan dalam kalangan remaja
Menggunakan bahasa badan yang kurang menyenangkan
Perubahan gaya hidup
Hubungan sosial terjejas
Meminggirkan orang yang lebih tua
Pergaulan di luar batasan
Memandang rendah amalan norma yang berbeza
Menjejaskan keharmonian masyarakat
Mempersendakan cara berpakaian orang lain
Tidak menghormati amalan beribadat kaum lain.