Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
Entiti perniagaan merupakan satu badan perniagaan yang mempunyai fungsi tersendiri (M.B. Muda et.al., m.s 28).
Oleh itu, perniagaan boleh dikelaskan berdasarkan bentuk pemilikan sesebuah perniagaan.
- Dimiliki oleh orang perseorangan
- Dijalankan sepenuhnya oleh pemilik dan ahli keluarga terdekat
- Mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap perjalanan perniagaan
- Untung atau rugi ditanggung sendiri oleh pemilik perniagaan
- Liabiliti tidak terhad
- Perniagaan akan dibubarkan jika pemilik meninggal dunia atau mahu menghentikan perniagaan tersebut
- Gabungan dua hingga 20 orang pekongsi
- Bagi perkongsian perkhidmatan profesional , maksimum pekongsi adalah 50 orang
- Pekongsi akan menyumbangkan modal, idea dan bergabung kepakaran dalam melaksanakan perniagaan
- Untung atau rugi dikongsi bersama mengikut syarat yang dipersetujui dalam Ikatan Perjanjian Perkongsian
- Liabiliti tidak terhad
- Hayat perniagaan perkongsian adalah berterusan dan boleh dibubarkan apabila salah seorang pekongsi meninggal dunia, muflis atau tidak siuman
- Merujuk pada Akta Perkongsian 1961 dan Ikatan Perkongsian
- Syarikat yang ditubuhkan oleh minimun dua orang pemegang saham.
- Terdiri daripada syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad
- Bagi syarikat sendirian berhad, jumlah maksimum pemegang saham ialah 50 orang
- Bagi syarikat awam berhad pula, tiada bilangan maksimum bagi jumlah pemegang sahamnya
- Modal dikumpulkan melalui terbitan saham
- Liabiliti terhad
- Hayat perniagaan kekal dan berterusan
- Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Organisasi yang dibentuk untuk menjaga kepentingan masyarakat
- 2 kategori iaitu agensi kerajaan dan badan sukarela
- Agensi kerajaan - bomba, hospital, sekolah dll
- Badan sukarela - ditubuhkan oleh sekumpulan individu untuk memberi perkhidmatan tertentu kepada masyarakat seperti FOMCA, PEMADAM,
- Badan perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela untuk tujuan melindungi kepentingan dan kebajikan bersama
- Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993
- Pemilik adalah terdiri daripada anggota atau pemegang saham yang melaburkan wang dalam koperasi
- Min ahli 50 dan tiada had maksimum
- Modal diperoleh daripada penjualan syer kepada anggotanya
- Liabiliti terhad
- Ditadbir oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang dilantik semasa mesyuarat Agong Koperasi
PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD
- LLP merupakan satu bentuk perniagaan alternative yang menjalankan perniagaan yang menggabungkan ciri-ciri sebuah syarikat persendirian dan perkongsian konvensional.
- Dilancarkan oleh SSM pada tahun 2013 di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad, 2012. Ia menawarkan kelebihan-kelebihan berikut: -
i) Partner menanggung liabiliti terhad - serupa dengan liabiliti terhad dinikmati oleh para pemegang saham Syarikat (Sdn Bhd).
ii) Pematuhan Kurang berkanun (Mudahkan Perniagaan anda) - Akaun tidak perlu diaudit dan tidak memerlukan Setiausaha Syarikat yang berkelayakan, Ini membolehkan kos yang lebih murah.
iii) Peluang untuk perancangan cukai.
iv) Kewujudan kekal entiti dari segi undang-undang (berterusan).