AYAT TUNGGAL DAN
AYAT MAJMUK
PENGENALAN/ DEFINISI
Definisi
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
3. Contoh ; Lelaki gemuk itu sedang menembak burung.
- Subjek : Lelaki gemuk itu
- Predikat : sedang menembak burung..
Peraturan / Fungsi
Peraturan
- Ayat tunggal ialah ayat yang terbentuk daripada satu kalusa, iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
- Ayat dasar juga adalah ayat tunggal tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
- Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
- Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
- Predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh
Karim ialah seorang guru.
Pak Abu terlupa makan ubat.
Contoh
Johari suka makan durian.
Pemuda itu sangat tampan.
DEFINISI / MAKSUD
- Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.
- Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah
PERATURAN / FUNGSI
- Ayat yang mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih.
- Ayat yang disambungkan dengan kata hubung
- Dan / Sambil / Yang / Untuk / Kerana / Atau
- Ayat tunggal 1 + Kata Hubung + Ayat tunggal 2 = Ayat Majmuk
CONTOH
DAN
- Adik suka makan kek (ayat tunggal)
- Kakak suka makan kek (ayat tunggal)
- Adik dan kakak suka makan kek. (ayat majmuk)
SAMBIL
- Abu membaca buku (ayat tunggal)
- Abu mendengar lagu (ayat tunggal)
- Abu membaca buku sambil mendegar lagu. (ayat majmuk)
ATAU
- Arman suka aiskrim ? (ayat tunggal)
- Arman suka coklat ? (ayat tunggal)
- Arman suka aiskrim atau coklat ? (ayat majmuk)