Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
PENGAJIAN ISLAM (UQI10102)
Perkahwinan Semasa Belajar
NAMA AHLI KUMPULAN :
1.NORAZILA BINTI NOR’AZAM AI170062
2.NORIFFAH BINTI ZAINOR CI170009
3.NUR SOBAH BINTI AHMAD NIZAR CI170013
4.HALIMATON BINTI ZANURIAN CI170015
5.NUR DINI BINTI ZAKARIA CI170018
6.NUR HAZWANI BINTI JASNI AI170021
7.FATIN NABILAH BINTI MOHD YUSLI AI180003
8.NUR AIN SOFIA BINTI BADRUL HISHAM AP180211
9.BALQIS BINTI BOHARI AI180026
10.NUR ATIKAH BINTI AZHARI AI180013
-Lelaki dan wanita yang berkahwin akan mampu menjaga hubungan mereka dengan baik tidak kira hubungan sosial mahupun hubungan kelamin.
-Sesebuah pasangan itu digalakkan berkahwin sekiranya mereka sudah mampu untuk memikul tanggungjawab dalam membina sebuah keluarga.
-Berkahwin pada usia muda adalah cara untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.
-Perkahwinan merupakan satu tuntutan bagi sesiapa yang berkemampuan dan berkeinginan serta dikhuatiri akan tercebur dalam perlakuan maksiat sekiranya tidak berkahwin.
-Pasangan muda yang masih belajar apabila kahwin muda, mereka akan terlepas dari melakukan maksiat kerana mereka dah mempunyai hubungan yang halal dan sah, berpasangan dan berkawan lama sebelum berkahwin yang merupakan langkah yang membuang masa, menjatuhkan harga diri serta berdosa kerana menjadi milik orang yang belum tentu akan kita nikahi.
-Hidup lebih berkat dengan adanya hubungan yang sah. Dalam hal ini, semestinya hidup sebagai seorang Islam akan lebih berkat apabila mempunyai ikatan hubungan yang sah sebagai suami dan isteri.
-Keluarga yang berkat dan melahirkan keturunan yang sah, sudah tentu dapat membantu dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT seterusnya dapat melahirkan keturunan dan keluarga yang harmoni.
-Sebelum memasuki alam pernikahan dan rumah tangga masing-masing pasangan perlu bersedia banyak dari segi mental dan fizikal serta mengerti dan memahami ilmu serterusnya melaksanakan tentang keluarga yang berlandaskan ajaran islam.
-Pandangan masyarakat terhadap isu ini sangat dipandang
serius disebabkan mahasiswa/i masih belum mampu
memberi komitmen dan juga kemampuan untuk hidup
bersama pasangan masing masing
jika masih belum mempunyai sumber kewangan yang tetap.
-Perlu kepada perancangan yang teliti dan rapi kerana kegagalan
dalam menyelesaikan masalah ini mungkin akan
menyebabkan perpecahan rumahtangga.
-Kehadiran anak dalam situasi yang belum bersedia
kadang-kala memberi masalah dan cabaran kepada
mereka. Justeru, perancangan yang rapi dan matang
adalah perlu untuk mengelakkan sebarang masalah timbul.
-Pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga masih kurang mempunyai kemahiran mengurus rumahtangga dan melaksanakan tanggungjawab suami isteri.
-Sesetengah pasangan yang kurang matang, masih tidak mampu berdikari atau hidup sendirian jauh dari keluarga atau ibu bapa dan permasalahan dalam rumahtangga tidak dapat dikendalikan secara matang.
-Apabila isteri yang masih belajar mengandung, ia akan memberi kesan kepada waktu belajar dan jangka masa pelajar wanita tersebut. Ini kerana waktu mengandung kebanyakan perempuan akan mengalami alahan dan terpaksa berehat di bilik dan tidak dapat menghadiri kuliah dan pastinya mahasiswi tersebut akan tertinggal pelajarannya.