Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

SLIDE PRESENTATION LATIHAN INDUSTRI

nAMA : SITI NOOR FATIMAH BT ABDUL MANAP

NO PENDAFTARAN: 02DSB19F1042

KELAS: DSB6A

PENGENALAN DIRI

PENGENALAN DIRI

NAMA : SITI NOOR FATIMAH BT ABDUL MANAP

NO PENDAFTARAN : 02DSB19F1042

KELAS : DSB6A

KURSUS : DIPLOMA SENI BINA

SESI : JUN 2019 / SESI 2 2021/2022

PENGENALAN DIRI

NAMA TEMPAT LATIHAN :

WAL FTISRT CONSTRUCTION

ALAMAT TEMPAT LATIHAN :

NO 1, TINGKAT BASEMENT, JALAN DAGANG 2, DYNATON BUKIT ANGIN 28000, TEMERLOH, PAHANG

CARTA ORGANISASI MIRACLE LAND

LATAR BELAKANG ORGANISASI

MANAGING DIRECTOR

EXCUTIVE DIRECTOR

EXCUTIVE CHAIRMAN

MR. KIM LIM HIN,ALAN

EXCUTIVE DIRECTOR

DATO' HAJI ABDUL HASHIM BIN MOHD

DATO' INDERA HAJI NORZAN BIN HAJI AHMAD

MS. WONG LAY YONG, JANICE

PENGENALAN ORGANISASI

  • WAL First Construction Sdn. Bhd. telah diperbadankan pada 3hb Sep 2015 di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965. Pejabat perniagaan syarikat adalah di No. 1, Tingkat Basement, Jalan Dagang 2, Dynaton Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang.
  • Seterusnya, syarikat utama bagi Wal First Construction adalah Miracle Land. Wal First Construction ini adalah anak syarikat kepada Miracle Land.

Logo Wal First Construction

  • Perniagaan teras syarikat ialah pembinaan bangunan. Syarikat itu juga menjalankan semua jenis kerja pembinaan awam seperti kerja tanah, paip pembetungan dan loji rawatan, saliran dan juga menyediakan perkhidmatan perundingan projek.

LATAR BELAKANG ORGANISASI

  • Miracle Land Holdings Berhad (MLHB) telah diasaskan oleh Mr. Alan Lim bersama dengan Dr Jeh Shyan Wong berkongsi inspirasi untuk mendorong perniagaan pembangunan harta tanah Alan yang ada ke tahap yang lebih besar dengan tujuan agar syarikat itu disenaraikan secara terbuka.
  • MLHB ditubukan pada bulan Oktober 2014 untuk menjadi syarikat induk dari pelbagai anak syarikat untuk semua projek pembangunan kumpulan yang akan datang
  • Tumpuan awal adalah pada kawasan berpotensi tinggi di seluruh Pahang dan akhirnya menuju ke kawasan lain di negara ini. MLHB telah memperoleh beberapa projek pembangunan dan syarikat itu secara aktif berusaha untuk memperoleh tanah baru untuk memastikan pertubuhan yang berterusan
  • Mr. Alan dan pasukan utamanya telah memperoleh dan mengumpulkan pengalaman besar dalam industri pembangunan harta tanah setelah menyelesaikan banyak projek pembangunan yang meliputi kediaman dan komersial serta industri ringan di bawah Dynaton Group satu siri syarikat pembangunan harta tanah dan pembinaan

AKTIVITI ORGANISASI

  • Tapak pembinaan (Wal First Construction)
  • Isnin hingga Sabtu
  • 7.45 pagi – 5 petang

  • Pejabat(Miracle Land Holding)
  • Isnin hingga Jumaat
  • 8.00 pagi – 6.00 petang

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI (MARCH - JULY)

RINGKASAN AKTIVITI

Bab ini menerangkan tentang tugasan-tugasan yang dilakukan oleh saya sepanjang saya menjalani latihan industri di Wal First Construction dan Miracle Land. Segala tugasan yang diberikan kepada saya oleh penyelia mahupun kakitangan organisasi dicatatkan di dalam buku laporan harian latihan industri yang dibekalkan oleh pihak Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Setiap kerja yang dilakukan atau dilihat sendiri oleh saya mesti dicatatkan secara terperinci dari awal hingga akhir. Segala aktiviti juga perlu diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menerangkan tentang kerja-kerja yang telah dilakukan dalam seminggu untuk memudahkan proses penyemakan. Dalam menjalani latihan industri, saya telah didedahkan banyak perkara baru. Selain mempraktikan apa yang saya telah pelajari di Politeknik, saya juga didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat dan ianya perlu dipraktikkan setiap kali saya bekerja di syarikat.

BULAN PERTAMA

MARCH

  • Memahami skop kerja yang akan dilakukan
  • Mengenal pasti jenis pelan dan bahan binaan
  • Mengenal pasti jenis binaan yang dilakukan
  • Melihat cara konkrit dilakukan
  • Membuat laporan mingguan
  • Melihat cara pemasangan paip
  • Mempelajari cara mengukur bangunan di tapak pembinaan
  • Mempelajari cara mencari garis sempadan di tapak pembinaan
  • Mempelajari tentang semak penandaan manik sudut (corner bead)
  • Mempelajari cara pemasangan paip di setiap rumah
  • Mempelajari tanda garis sempadan di setiap rumah

BULAN KEDUA

APRIL

  • mempelajari lipat pelan seperti pelan bomba, pelan untuk dihantarkan kepada Majlis Pembandaran, pelan untuk dihantar kepada penyelia tapak dan pelan untuk di hantarkan kepada arkitek untuk ditandatangani
  • mempelajari cara mengukur rumah bersama quantiti servayor
  • mempelajari cara memahami pelan rumah seperti longkang, garis sempadan dan sebagainya
  • mempelajari cara menggunting pelan dengan betul
  • mempelajari membuat detail autocadd

BULAN KETIGA

MEI

  • mempelajari lipat pelan seperti pelan bomba, pelan untuk dihantarkan kepada Majlis Pembandaran, pelan untuk dihantar kepada penyelia tapak dan pelan untuk di hantarkan kepada arkitek untuk ditandatangani
  • mempelajari cara menyemak pelan rumah
  • mempelajari cara pemasangan bumbung dan jenis bumbung yang digunakan di setiap rumah
  • membuat detail autocadd tangga mengikut standard dan ukuran yang telah ditetapkan
  • mempelajari membaiki dan menyemak pelan autocadd yang telah dibuat oleh staf lain
  • dapat mempelajari mewarna pelan untuk jalan dan sistem pengaliran air
  • mempelajari cara mengecop pelan untuk dihantar kepada penyelia tapak

BULAN KE EMPAT

JUN

  • mempelajari lipat pelan seperti pelan bomba, pelan untuk dihantarkan kepada Majlis Pembandaran, pelan untuk dihantar kepada penyelia tapak dan pelan untuk di hantarkan kepada arkitek untuk ditandatangani
  • mempelajari menyemak dan membaiki autocadd yang diberi oleh Encik Wan
  • mempelajari cara mengira lot kedai dan gerai
  • Mempelajari cara mengukur aras longkang
  • Mempelajari cara ujian tekanan air

BULAN KELIMA

JULY

  • Melihat cara pembuatan longkang
  • Mengukur bumbung
  • Membuat kertas kerja
  • Membuat ujian tekanan air
  • Melihat cara membuat slab longkang
  • Melihat cara ikat batu bata
  • Melihat cara membuat slab longkang dan pagar TNB

LAPORAN TEKNIKAL DAN TUGASAN YANG DILAKUKAN

LAPORAN

TEKNIKAL

  • Laporan teknikal menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah dilaksanakan semasa latihan industri. Setiap tugas yang diberikan perlu mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan ianya dapat dijalankan secara berperingkatt. Ia memastikan segala pengurusan organisasi dapat berjalan dengsn lancar tanpa menimbulkan masalah. Di dalam bab ini, pelajar diminta untuk melaporkan segala aktiviti dilakukan yang melibatkan proses kerja yang telah dilakukan selama 18 minggu di syarikat tersebut. Segala kerja yang melibatkan aktiviti dan proses ini hendaklah dilakukan supaya pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk mengendalikan kerja tersebut dengan baik. Bab ini menerangkan dengan lebih terperinci tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar.

PROJEK RUMAH 1 TINGKAT TYPE (A) 16 UNIT

Autocadd

PROJEK RUMAH 1 TINGKAT TYPE (A) 16 UNIT

NEXT

LIPATAN LUKISAN PELAN

Lipatan Lukisan Pelan

Setelah lukisan kerja siap, pelan lukisan perlulah dilipat kepada saiz A4. Pelan lukisan ini kebiasaanya akan diberikan kepada Jabatan Bomba, Majlis Pembandaran dan pemilik. Biasanya lukisan A1 dan A0 akan dilipat kepada A4. Gambar berikut merupakan cara melipat pelan bagi saiz A0, A1 dan A2.

Langkah-Langkah Melipat Pelan

NEXT

Langkah 2 : Melipat pelan menjadi dua bahagian

Langkah 1 : Pelan Rumah

Melipat pelan mengikut saiz kertas seperti contoh A0, A1, A2

Langkah 4 : Bentukkan pelan menjadi kepada lipatan yang bersaiz A4

Langkah 3 : Kepilkan bahagian kiri pelan menjadi dua bahagian yang berbentuk segitiga

UJIAN TEKANAN AIR

Ujian tekanan air dilakukan untuk melihat sebarang kebocoran pada paip yang telah siap dipasang. Justeru itu, apabila ujian tekanan air dilakukan ia akan mengeluarkan angin pada setiap paip yang diuji. Ujian tekanan air ini dilakukan selama 3 jam untuk melihat tekanan air sama ada turun atau kekal pada pound per square inch (PSI) yang telah ditetapkan iaitu 4 psi.

Ujian Tekanan Air

MENGUKUR GARIS SEMPANDAN (BOUNDRY LINE)

Mengukur garis sempadan

  • Kerja mengukur tanah perlu dilakukan ke atas batu-batu sempadan untuk memastikan keluasan sebenar sesebuah lot tanah itu sama seperti yang terdapat di dalam pelan.

  • Penandaan peg hendaklah dilakukan pada batu-batu sempadan yang telah dikenalpasti. Tujuannya ialah untuk memberi penglihatan yang lebih jelas supaya dapat memudahkan melakukan kerja-kerja seterusnya.

  • Kayu peg dibuat daripada kayu bersaiz 25mm x 50mm yang ditajamkan hujungnya bagi memudahkan ianya ditanam di dalam tanah bersebelahan dengan batu sempadan. Pada hujung satu lagi pula hendaklah dicatkan dengan warna merah dan meletakkan pita amaran.

  • Kayu peg hendaklah ditanam lebih dalam supaya ianya tidak mudah tercabut dan tidak mengganggu kerja-kerja yang akan dilakukan.

  • Menggunkan alat gps geodetic untuk mencari garis sempadan

KESIMPULAN

KESIMPULAN

KESIMPULAN

Sepanjang saya menjalani latihan industri ini, pelbagai pengetahuan yang baru saya pelajari mengenai bidang pembinaan dan pengurusan ditapak pembinaan. Seagla pembelajaran semasa di Politeknik dapat diaplikasijan dalam suasana pekerjaan yang sebenar. Sepanjang 20 minggu yang telah diwajibkan oleh pihak Politeknik bagi menjalani latihan industri, pelbagai perkara yang dapat saya pelajari dan memberi manfaat kepada saya terutamanya dalam mendisiplinkan diri, cara berkomunikasi dengan baik,berkeyakinan diri dan berani berhadapan dengan orang ramai. Latihan industri ini juga memberi banyak pendedahan awal tentang alam pekerjaan. Secara tidak langsung melalui latihan ini pelajar bersedia, serta lebih berkeyakinan untuk berdepan dengan masalah yang mendatang. Akhir sekali, pelbagai pengetahuan dan kemahiran baru yang diperoleh melalui tunjuk ajar dan bimbingan daripada Pengurus Tapak dan Penyelia Tapak. Sebagai kesimpulannya, sepanjang tempoh latihan industri ini, saya berpendapat bahawa latihan industri banyak memberi manfaat kepada saya iaitu dari segi:

KOMEN DAN CADANGAN

Cadangan Terhadap Organisasi Latihan

KOMEN

  • Memberikan kerja-kerja yang lebih mencabar kepada para pelajar latihan industri. Hal ini kerana, pelajar latihan industri memerlukan pengalaman dalam bidang pekerjaan yang lebih mencabar sebagai panduan untuk masa akan datang.

  • Sentiasa tegas dengan masa kerja. Sebagai contoh, sentiasa datang tepat pada masa dan tidak membuang masa ketika kerja.

Secara umumnya, perlaksanaan latihan industri di firma merupakan salah satu kaedah pembelajaran kepada pelajar untuk menyesuaikan diri dan bersedia menghadapi alam pekerjaan setelah tamat belajar. Latihan industri ini sangat bermanfaat kepada pelajar latihan industri namun terdapat kelemahan yang tersendiri yang pelajar akan menghadapi di tempat latihan industri mereka. Syukur terhadap Allah, sepanjang saya menjalani latihan industri di Wal First Construction, saya tidak mengalami sebarang masalah besar namun terlalu banyak yang masih perlu di pelajari. Dengan setiap peluang yang diberikan, pelajar harus merebut peluang untuk pelajar-pelajar bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang bermanfaat supaya dapat digunakan pada masa akan datang.

Cadangan Terhadap Politeknik

KOMEN

DAN CADANGAN

  • Mengumpul maklumat mengenai tempat-tempat yang kebiasaannya menjadi pilihan pelajar untuk menjalani latihan industri agar dapat dipastikan bahawa premis berkenaan betul-betul akan memberi manfaat yang berguna kepada pelajar kelak.

  • Sentiasa menghubungi pihak firma untuk mengetahui perkembangan dan keadaan serta tingkah laku pelajar. Sekiranya dalam masa tersebut pelajar didapati membuat perkara yang melanggari peraturan maka tindakan disiplin yang tegas perlu dilaksanakan.

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi