Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI LEPASAN TAHFIZ

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI LEPASAN TAHFIZ

IKDAR merupakan Institut Pengajian Tinggi bagi lepasan tahfiz di madrasah-madrasah tahfiz yang terdapat di seluruh Malaysia dan juga membantu pelajar untuk mengikuti program diploma tanpa memerlukan pelajar mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia.

Visi dan Misi

Visi

Menjadikan sebuah institusi pengajian tinggi lepasan tahfiz dan menengah

terulung mendidik dan peluang pengajian yang jelas demi redha Allah.

Misi

Bersungguh membawa dan memartabat keilmuan akademik dan Islam

selari dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah dengan

Mengembangkan keilmuaan dan hafazan al-Quran dalam kehidupan

Bermasyarakat dan bernegara.

WISMA INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM DARUL RIDZUAN (IKDAR)

Tujuan Penubuhan IKDAR

  • Menyediakan aliran pengajian peringkat tinggi kepada lepasan institusi tahfiz dan madrasah tahfiz malaysia sama ada melalui aliran perdana ataupun tidak.

  • Mempelbagaikan disiplin ilmu pengajian tinggi tanpa mengenepikan keilmuan dan hafazan al-Quran para huffaz.

  • Melahirkan teknokrat Islam yang menghafaz al-Quran dari kalangan pencapaian akademik sederhana.

  • Memartabatkan institusi maahad tahfiz dengan masa depan dan bidang pengajian yang jelas.

Sejarah Penubuhan

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) ditubuhkan berdasarkan

hasil keputusan mesyuarat Lembaga Pengelola MINDA 01/2018 yang

bersidang pada 5 Februari 2018.

Kertas Cadangan telah dikemukan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Faizal

Tahiruddin dan diterima sebulat suara dalam mesyuarat tersebut.

IKDAR ditubuhkan bertujuan untuk membantu khususnya lepasan semua madrasah tahfiz atau maahaf tahfiz atau institusi tahfiz seluruh Malaysia

untuk melanjutkan pelajar peringkat yang lebih tinggi (Institusi Pengajian

Tinggi) tanpa perlu khuatiri terhadap kelayakan akademik mereka.

Di samping itu, program-program arus perdana (akademik tulen) juga

ditawarkan kepada mereka yang mempunyai pengiktirafan MQA dan JPA.

Dengan syarat kemasukan hanya berumur 17 tahun dan menghafal

minimum 5 juz al-Quran mereka layak untuk mengikuti ke semua program yang ditawarkan. Setiap pelajar diwajibkan menghabiskan hafazan 30juz

Al-Quran sebelum tamat pengajian peringkat Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia.

Dengan kerjasama Darul Quran JAKIM, setiap pelajar yang layak akan

ditawarkan menduduki peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia JAKIM.

Sumber DANA

IKDAR tidak memperolehi mana sumber dana sama ada dari sumbangan

individu, kerajaan atau organisasi. Sumber dana adalah 100% hasil dari

sumbangan Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan (PPMDR). Di mana PPMDR adalah organisasi induk bagi IKDAR.

IKDAR juga tidak menerima sumbangan fizikal untuk ketika ini melainkan sumbangan dalam bentuk bantuan kepada yuran pelajar sahaja. Unit

kerjsama korporat dipertanggungjawab dalam mencari dana tajaan yuran pengajian pelajar yang tergolong dalam asnaf Fisabilillah.

IKDAR akan diurustadbir dengan kaedah dan fungsi konsep korporat dan profesional dengan mengambil contoh-contoh pentadbiran pesanteran-

pesanteran hebat di Indonesia.

IKDAR akan cuba tidak membuat pergantungan kepada sumbangan

semata-mata namun berusaha dalam membuat kaedah menjana

pendapatan sendiri.

Ahli Lembaga Pengelola MINDA 2018/2020

Ahli Lembaga Pengelola MINDA 2018/2020 dilantik dikalangan profesional yang akan menentukan dasar dan hala tuju IKDAR

dan memberi pandangan serta nasihat terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan.

Carta Organisasi Bagi Tahun 2018

Fasa Pertama (Julai – Disember 2018)

Penubuhan unit-unit kecil

Fasa penetapan matlamat jangka pendek unit-unit.

Pengukuhan Unit.

Penjenamaan IKDAR dan Hubungan Korporat.

Pengukuhan PPMDR dan Kawalan Pelajar.

Pengukuhan Kewangan dan Kawalan.

Fasa Pembangunan IKDAR

Fasa Kedua (Januari – Disember 2019)

Fasa pengukuhan jenama dan kerjasama.

Fasa 400 pelajar dan Pusat Pentauliahan Pengalaman.

Fasa pengukuhan fasiliti dan keselamatan

Perlantikan jawatan-jawatan tetap dan kenaikan jawatan.

Fasa perasmian dan pengiktirafan Badan Istana

Fasa penubuhan unit kajian dan pembangunan.

Pengukuhan hubungan antarabangsa dan pendaftaran badan institusi

pendidikan antarabangsa.

Fasa Ketiga (Januari 2020- Disember 2020)

Fasa pengukuhan dan pengembangan akademik dan sahsiah.

Kerjasama Industri dan Peluang Pekerjaan.

Fasa pengembangan cawangan Sarawak.

Fasa penggunaan sains dan teknologi.

Fasa pendaftaran program IPTS dan MQA.

Program Ditawarkan

Fakulti Pengajian Al-Quran :

1. Diploma Kemahiran Pengajaran Tahfiz

2. Diploma Kemahiran Pengurusan Tahfiz

3. Diploma Lanjutan Kemahiran Pengajaran Tahfiz

4. Diploma Lanjutan Kemahiran Pengursan Tahfiz

Fakulti Pendidikan

1. Diploma Kemahiran Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2. Diploma Lanjutan Kemahiran Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Fakulti Halal

1. Diploma Kemahiran Pengauditan Halal.

2. Diploma Kemahiran Pengurusan Halal.

3. Diploma Lanjutan Kemahiran Pengauditan Halal.

4. Diploma Lanjutan Kemahiran Pengurusan Halal.

Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan

1. SKM tahap 3 Kesetiausahaan Korporat

Program MQA Ditawarkan (Kerjasama IPT)

Asia e University:

Diploma Pengajian Islam

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam Untuk Sekolah

Rendah) dengan kepujian.

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan

Sarjana Pendidikan (M.Ed)

Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)

UPSI

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam)

Fasa Pembangunan Akademik (Fasa 1 Julai-Disember 2018)

Fasa Pembangunan Akademik

(Fasa 1 Julai-Disember 2018)

Fasa Pembangunan Akademik (Fasa 1 Julai-Disember 2018)

Fasa Pembangunan Akademik (Fasa 1 Julai-Disember 2018)

SEKIAN

-TERIMA KASIH-

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi