Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading content…
Transcript

Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3

BAB 8 : SENI TEKAT

Presented by :

Pn Hjh Nor Hayati binti Ibrahim

Prinsip Asas Seni Tekat

PERSEPSI SENI

  • Prinsip asas dalam seni tekat merupakan satu proses bersuji, iaitu menjahit dengan menggunakan benang putih bagi menetapkan kedudukan benang emas atau benang perak secara berulang-ulang sehingga menutupi mempulur.

Jenis Seni Tekat ?

Motif Seni Tekat ?

Tekat Timbul Benang Emas

  • Tekat timbul benang emas dikenali sebagai tekat bersuji yang merupakan proses sulaman benang emas atau perak yang ditekat di atas kain baldu mengikut motif atau corak.

Tekat Gubah

  • Tekat gubah pula menggunakan acuan yang diperbuat daripada kertas nipis yang ditebuk dengan motif atau reka corak.

  • Benang sutera merah yang dikenali sebagai benang untina digunakan untuk menjahit benang ijuk mengikut reka corak yang dipilih.

Motif Bunga Kekwa

Motif Bunga Lawang

Motif Bunga Raya

Motif Bunga Anggerik

Motif Bunga Padi

Motif Daun Asam Batu

Alatan Seni Tekat

ALATAN DAN

BAHAN

SENI

TEKAT

Bahan Seni Tekat

Bahan Seni Tekat

Proses Penyediaan Cuban

Langkah 1

PROSES

  • Menyediakan lima kotak lilit untuk menggulung benang emas ke cuban.

Proses Penyediaan Cuban

Langkah 2

  • Melilit benang emas ke cuban secara bersilang.

Proses Penyediaan Mempulur

Langkah 1

PROSES

  • Melakar motif pada kemaga.

Proses Penyediaan Mempulur

Langkah 2

  • Melakar dan menyurih motif pada kemaga.

Proses Penyediaan Mempulur

Langkah 3

  • Proses memotong motif yang telah dilakar pada kemaga.

Proses Penyediaan Mempulur

Langkah 4

  • Lilin digunakan untuk melicinkan bahagian tepi mempulur.

Proses Penyediaan Mempulur

Langkah 5

  • Mempulur yang telah siap.

Proses Menekat

Langkah 1 :

Persiapan Pemidang Kayu Berkaki

PROSES

  • Kain kapas bertelinga diregang pada pemidang.

Proses Menekat

  • Kain kapas diikat pada pemidang berkaki menggunakan tali.

Proses Menekat

  • Pemidang kayu yang siap diregang.

Proses Menekat

  • Gam atau jahit kain irasan di atas permukaan kain putih (kain lapis).

Proses Menekat

Langkah 2 :

Menjahit Mempulur

PROSES

  • Mempulur diletakkan di atas permukaan kain irasan.

Proses Menekat

  • Mempulur dijahit untuk meletakkan kedudukannya supaya mudah ditekat.

Proses Menekat

  • Proses menjahit diulang sehingga selesai.

Proses Menekat

  • Mempulur yang sudah siap dijahit.

Proses Menekat

Langkah 3 :

Menekat

PROSES

  • Benang emas direntaskan di atas mempulur dan dijahit dengan benang putih.

Proses Menekat

  • Proses menekat diulang sambil memastikan benang emas rata dan kemas.

Proses Menekat

  • Jahitan benang putih disisipkan ke bawah mempulur bagi memastikan kemasan.

Proses Menekat

  • Proses menekat diulang sehingga selesai.

Proses Menekat

  • Pastikan benang pemegang mempulur digunting sebelum meneruskan tekatan.

Proses Menekat

  • Hasil tekatan yang telah siap.

Soalan Objektif

ARE YOU READY ?

SOALAN

1. Apakah yg dimaksudkan dengan bersuji?

A. Berulang-ulang

B. Bersulam-sulam

C. Berbunga-bunga

D. Berbenang-benang

Jawapan: A. Berulang-ulang

2. Apakah nama proses tekatan berdasarkan gambar?

A. Melukis motif

B. Melakar corak

C. Menjahit mempulur

D. Memotong mempulur

Jawapan: D. Memotong mempulur

3. Apakah tujuan penggunaan kain baldu berwarna gelap?

A. Supaya hasil tekatan benang emas tahan lama.

B. Supaya mempulur mudah dikenakan pada kain dasar.

C. Memudahkan kerja-kerja menekat dengan benang emas.

D. Supaya hasil tekatan benang emas atau perak nampak jelas dan bercahaya.

Jawapan:

D. Supaya hasil tekatan benang emas atau perak nampak jelas dan bercahaya.

4. Apakah kegunaan alat tekat berdasarkan gambar?

A. Untuk dasar sulaman

B. Untuk meregang kain

C. Untuk melekatkan motif

D. Untuk melilit benang emas

Jawapan: D. Untuk melilit benang emas

5. Susun mengikut tertib yang betul untuk proses seni tekat.

I. Menjahit mempulur

II. Meregang kain dasar

III. Menyediakan pemidang

IV. Proses menekat

A. I, II, III, IV

B. II, III, I, IV

C. III, I, II, IV

D. III, II, I, IV

Jawapan: D. III, II, I, IV

Soalan KBAT

SOALAN

ARE YOU READY ?

1. Bincangkan aspek designomic yang terdapat pada hasil produk seni tekat dalam gambar.

_________________________________________.

2. Banding bezakan antara seni sulaman dengan seni tekat menggunakan peta buih berganda.

____________________________________________.

3. Anda diiktiraf sebagai usahawan muda seni tekat tempatan. Apakah jenis produk seni tekat bernilai komersial yang difikirkan berupaya bersaing di peringkat global?

____________________________________________.

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi