Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading content…
Loading…
Transcript

AHADIS AL-AHKAM | SYD 21402

USTAZ ABDUL HALIM BIN AWANG @ SULONG

AHADIS AL-AHKAM

SEBAB IMAM SYAFIE TIDAK MEMAKAI SESUATU HADIS

PENGENALAN

PENGENALAN

AHLI

AHLI KUMPULAN:

NURUL IZZAH BT ISMAIL

(045854)

SAFURA BT KAMARUZAMAN

(045363)

IZZAH MUNIRAH BT SUHAIMI

(045915)

AINA NADJA BT MOHD NASRAN (045608)

NUR ATILIA MARDIHAH BT MOKHTAR (045297)

PENGENALAN

Setiap mazhab berbeza pendapat mengenai makna sunnah ini. Oleh tu, as-sunnah di sisi Imam Syafie membawa maksud “mandub, mustahab, tatawwu’, nafilah dan lain-lain. Semua perkataan di atas membawa maksud yang sama disisi Imam Syafie.

Seterusnya, maksud as-sunnah dari segi usul fiqh pula ialah apa yang disandarkan daripada Nabi Muhammad S.A.W . Terdiri daripada perbuatan, percakapan dan takrir Rasulullah S.A.W.

  • Iman Syafie berpendapat bahawa hadis-hadis diutamakan pengambilannya, baik dibanding dengan ‘ra’yi’ mahupun dibandingkan dengan ‘amal perbuatan ahlu Madinah’. Bagi beliau hanya hadis sahaja yang boleh diterima pakai.

  • Bagi beliau al-quran dan hadis adalah yang paling utama . Jika tidak ada dalam al-quran dan hadis barulah berpindah kepada qias dan ijmak . Qias dan ijmak yang tidak bersandar kepada al-quran dan as-sunnah tidak dipakai oleh Imam Syafie kerana itu beliau digelar “Ahlul Hadis” atau “Nashirul Hadis”, iaitu ahli hadis atau penolong hadis.

SUMBER MAZHAB SYAFIE

Al-quran seterusnya hadis yang sahih menurut pandangan beliau. Hadis sahih terdiri daripada hadith mutawatir, hadis sahih ahad dan hadis sahih masyhur. Seterusnya, ijma’ para mujtahid dan akhir sekali mazhab Syafie menggunakan qias juga sebagai sumber.

Ijma’ dan Qias pada hakikatnya bertunjangkan kepada al-quran dan Hadis. Imam Syafie tidak memakai istihsan, masalih mursalah yang pada hakikatnya hanyalah pendapat manusia belaka.

Oleh kerana Imam Syafie sangat terkenal dengan seorang yang amat teliti dalam menilai sanad dan matan hadis dan amat berhati-hati dalam menerima hadis, maka Imam Syafie telah menetapkan beberapa syarat yang mesti ada dalam setiap hadis yang bakal dijadikan sebagai sumber hukum beliau

  • Dari segi perawinya Imam Syafie menetapkan tidak harus mengambil hadis yang tidak cukup syarat

  • Hadis tersebut mestilah bersambung sanadnya ini bermaksud Imam Syafie tidak menerima hadith yang terputus sanadnya seperti hadis mursal

BIOGRAFI IMAM SYAFIE

BIOGRAFI

RIWAYAT HIDUP

RIWAYAT HIDUP IMAM SYAFIE

Nama Muhammad Bin Idris. Beliau diberi gelaran “Abu Abdillah”. Orang Arab menggelarkannya Abu Abdillah Muhammad Idris.

Beliau dilahirkan di Gazza, bahagian selatan Palestin pada tahun 150 hijrah, pada pertenghan abad kedua hijrah

Beliau merupakan imam mujtahid yang popular di antara imam-imam besar yang lain. Beliau seorang sasterawan dan pembahas yang hebat dan merupakan pengasas ilmu usul fiqh

MAZHAB SYAFIE

Pada ketika Imam Syafie berada di Iraq fatwa yang dikeluarkan oleh beliau dinamakan sebagai “al-qaulul qadim” (fatwa lama) manakala fatwa-fatwa yang dikeluarkan sesudah beliau pindah ke Mesir dinamakan “al-qaulul jadid” (fatwa baru).

MAZHAB

SYAFIE

Seterusnya, antara kitab yang dikarang ketika di Mesir ialah kitab ar-Risalah yang membincangkan tentang ilmu usul fiqh, kitab Ikhtilaful hadis, kitab Qias dan kitab al-Um dalam ilmu fiqh dan banyak lagi.

MENINGGAL DUNIA

Setelah 6 tahun tinggal di Mesir, ketika mengembangkan mazhabnya. Kemudian beliau meninggal dunia pada usianya 54 tahun pada tahun 204 hijrah.

MENINGGAL

DUNIA

MAKNA MURSAL

Hadis mursal merupakan hadis yang jalurnya tidak bersambung kepada nabi Muhammad S.A.W, dan ianya terputus pada tabi’in secara istilah, umumnya disebut hadis mursal sebagai hadis yang gugur pada akhir sanad setelah tabi’in.

HADIS MURSAL DI SISI IMAM SYAFIE

Akan tetapi, para ulama’ hadis dan fiqh berselisih pendapat berkenaan penggunaan hadis mursal sebagai hujah dalam hukum hakam fiqh dan yang kuat bagi penulis hadis mursal tidak boleh dibuat hujah dalam hukum hakam fiqh sebagaimana pegangan jumhur yakni majoriti huffaz hadis dan fuqaha’.

SYARAT HADIS MURSAL

SYARAT HADIS MURSAL IMAM SYAFIE

Hadith tersebut perlu diriwayatkan pada sanad dari bentuk yang lain

Disokong oleh beberapa dari kalangan para sahabat dan diikuti dengan syarat yang keempat ialah disokong oleh kebanyakan dari kalangan ahli ilmu yakni para ulama’.

Diriwayatkan mursal dengan makna dari perawi yang lain yang tidak diambil dari perawi yang pertama.

Perawi tersebut mestilah tidak dipanggil dengan gelaran jahil dalam sesuatu periwayatan

CONTOH HADIS MURSAL

Adapun Imam Syafie sendiri pendirian beliau terhadap mursal Said bin Musayyab berhajatkan kepada penelitian yang terperinci. Ini kerana telah tersebar secara amnya bahawa Imam Syafie tidak berhujah dengan hadis mursal kecuali mursal Said bin Musayyab. Akan tetapi, penghujahan Imam Syafie sendiri terhadap mursal Said bin Musayyab tidaklah mutlak tanpa bersyarat

CONTOH

Sebagai contoh, daripada Said bin Musayyab, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang jual beli daging dengan haiwan”. Hadis ini menunjukkan pengharaman jual beli secara menukar daging dengan haiwan. Imam Syafie telah mengambil hukum pengharaman tersebut walaupun Said bin Musayyab bukan dari kalangan sahabat. Hujah Syafie dalam masalah ini adalah kerana hadis mursal yang diriwayatkan oleh Said bin Musyyab adalah hadis Hasan

HADIS NASAKH DI SISI IMAM SYAFIE

TAKRIF

MAKNA NASAKH

Nasakh dari segi Bahasa membawa banyak maksud. Antaranya, menghilangkan, menghapuskan, memindahkan dan menulis.

Dari segi istilah pula, terdapat dua jenis iaitu pertamanya, nasakh menurut istilah para ulama’ usul fiqh mutaakhirin dimana mereka memiliki takrif yang berbeza-beza. Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin : “menghapuskan dalil syarak atau lafaznya dengan dalil dari al-quran dan as-sunnah”

CONTOH

  • Imam Syafie tidak akan menggunakan sebarang hadis yang telah dinasakhkan tidak kira samada nasakh dengan hadis lain ataupun al-quran.

  • Imam Syafie menetapkan sunnah tidak akan ternasakh kecuali dengan nasakh sepertinya manakala Al-Quran tidak ternasakh dengan Sunnah. Begitu juga Al-Sunnah tidak ternasakh dengan Al-Quran.

CONTOHNYA...

contoh lafaz hadis yang telah dinasakhkan juga hukumnya telah ternasakh ialah hadis berkenaan dengan 10 kali penyusuan mengharamkan pernikahan, Aisyah R.A berkata:

PENERANGAN

Hadis daripada Aisyah Radiallahu anha, berkata: Dahulu di dalam apa yang telah diturunkan di antara Al-Qur’an adalah: “Sepuluh kali penyusuan yang diketahui, mengharamkan”, kemudian itu dinasakh (dihapuskan) dengan: “Lima kali penyusuan yang diketahui”. Kemudian Rasulullah S.A.W. wafat dan itu termasuk yang dibaca di antara Al-Qur’an. (HR. Muslim, no: 1452)

Yang mana perkataan Aisyah R.A “dan itu termasuk yang dibaca di antara al-quran” membawa maksud dibaca hukumnya namun lafaznya tidak atau orang yang belum kesampaian nasakh bacaannya, masih tetap membacanya.

PENILITIAN PERAWI DI SISI IMAM SYAFIE

PENELITIAN PERAWI DI SISI IMAM SYAFIE

SYARAT PERAWI DI SISI IMAM SYAFIE

SYARAT PERAWI DI SISI IMAM SYAFIE

1

2

Seorang perawi mestilah beragama Islam, mukalaf, dhobit dan adil.

Perawi hendaklah mempunyai pengetahuan dalam ilmu fiqh. Adapun dapatan hadis dalam majlis ulama’ bukanlah dikira syarat

CONTOH

CONTOH HADIS YANG PERAWINYA IMAM SYAFIE TIDAK TERIMA

2

1

Imam Syafie melemahkan hadis ini dan berkata: “Kami dan kamu tidak mensahihkan hadis seseorang seperti al- Jild”

Seorang ulama Iraq berhujah dengan riwayat al-Jild bin Ayyub dari Muawiyyah bin Thurrah dari Anas bin Malik. “Haid perempuan tiga atau empat (hari) hingga sepuluh (hari)”.

[Riwayat Darimi, No. hadis: 838]

HADIS SYAZ DI SISI IMAM SYAFIE

MAKSUD HADIS SYAZ

Definisi hadis syaz dari sudut bahasa ialah al-infirat yakni bersendiri pada pandangan jumhur iaitu bersendirian disisi jumhur dan jarang-jarang maka itu adalah Syaz .

Pada sudut istilah pula ia membawa maksud apa yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah atau boleh dipercayai .

Yang mana riwayatnya bertentangan dengan perawi yang lebih thiqah daripadanya dalam hafalan kepercayaan dan bilangan hadis yang dihafal .

Imam syafie pernah berkata bahawa hadis syaz bukanlah sebuah hadis yang hanya diriwayatkan oleh seorang thiqah itu bukan syaz .

Akan tetapi, syaz merupakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh seorang thiqah yang bercanggah dengan riwayat semua manusia .

CONTOH HADIS SYAZ

Hadis ini diriwayatkan oleh sekumpulan perawi, antaranya ‘Urwah, Hamzah, Ibn al-Mughirah, Masruq bin al-Ajda’, az-Zuhri, Aswad bin Hial, Rawwad penulis kepada al-Mughrah, Zurarah bin Aufa, Hasan al-Basri, dan kesemua mereka meriwayatkan hadis ini dari Mughirah bin Syu’bah dengan lafaz tersebut

Didefinisikannya dengan percanggahan perawi yang thiqah dalam lafaz-lafaz hadis iaitu siapa yang lebih dipercayai daripadanya atau yang lebih kuat daripadanya. Contoh syaz pada matan, daripada Al-Mughirah bin Syu’bah, dari Rasulullah S.A.W “Sesungguhnya dia (Rasulullah s.a.w) mengambil wudhuk lalu menyapu ke atas kedua khufnya.

Dan percanggahan yang berlaku adalah pada Huzal bin Syurahbil daripada al-Mughirah. Beliau meriwayatkan dengan lafaz “Sesungguhnya dia (Rasulullah S.A.W) mengambil wudhuk lalu menyapu di atas kedua stokin dan selipar”. Dengan itu, riwayat daripada Huzal ini dihukum sebagai syaz kerana bertentangan dengan riwayat perawi-perawi lain.

SEKIAN TERIMA KASIH

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi