Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

adat perkahwinan

etnik suluk

Presented by PERSON for COMPANY

suluk

pengenalan

Suku kaum Suluk ialah suku kaum yang terdapat di sebelah pantai timur Sabah dari utara Kudat hingga ke tenggara Tawau. mereka adalah penduduk asal di Sabah. Masyarakat ini tergolong dalam rumpun Melayu sama seperti suku kaum Melayu Brunei, Melayu Arab, Melayu Banjar dan Melayu Jawa. masyarakat Melayu Suluk di Sabah ini tidak berbeza dengan bangsa Tausug di Kepulauan Sulu.

suluk

proses sebelum, semasa dan selepas

1. pangpasihil (meris...

proses sebelum, semasa dan selepas

1. pangpasihil (merisik)

2. pangpangasawa (melamar)

3. pangturul (pertunangan)

4. pangkawa tugun

5. pangtiaun

6. pangtibhao

pagpasihil - merisik

  • Wakil pihak lelaki akan datang merisik pihak perempuan, sama ada sudah berpunya atau tidak.

  • Selepas beberapa minggu, wakil pihak perempuan akan mengunjungi pihak lelaki untuk bertanya sekiranya pihak lelaki ingin meneruskan hajat mereka atau tidak.

  • Kebiasaannya ibu kepada pihak lelaki akan meminta perempuan tersebut untuk datang kerumah mereka dan membantu mengurus serta membuat kerja-kerja rumah.

pagpangasawa - melamar

  • Pihak lelaki akan kerumah pihak perempuan untuk melamar secara rasmi.

  • Pihak lelaki akan memberikan emas sebagai tanda penghormatan, dikenali sebangai 'tapil dila'.

  • Jika pihak lelaki setuju dengan syarat yang ditetapkan oleh pihak perempuan, perkahwinan akan diteruskan.

pagturul - pertunangan

  • Semasa pertunangan berlangsung, hanya kedua orang tua dari kedua-dua belah pihak sahaja yang berbincang.

  • Pihak lelaki akan membawa bersama barang hantaran.

  • Saudara-mara terdekat sahaja yang hadir untuk memeriahkan majlis.

pagkara tugun

  • Kedua-dua belah pihak akan membincangkan tarikh untuk melangsungkan perkahwinan.

  • Dilaksanakan dirumah bakal pengantin perempuan, selepas penyerahan hantaran perkahwinan.

pagkara tugun

akad nikah dan bersanding

  • Setelah akad nikah, pengantin akan melaksanakan upacara membatalkan wudhu (ba'tal)

  • Setelah sah bergelar suami isteri, kedua mempelai akan makan berjemaah dalam 1 taham yang mengandungi makanan tradisional etnik Suluk.

  • Pengantin mengenakan pakaian tradisional etnik Suluk, dikenali sebagai Baju Batawi.

semasa perkahwinan - pagtiaun

PAGPAYGU

  • Pengantin perempuan akan dimandikan dalam keadaan memakai pakaian tradisional.

  • Tujuan : Untuk memenangkan perasaan pengantin

GILINGUN

  • Sebelum akad nikah, pengantin perempuan akan dipusingkan 3 kali kekiri dan kekanan, dan pusingan terakhir menhadap tetamu. (Kurang dilakukan kerana memalukan pengantin perempuan)

semasa perkahwinan - pagtiaun

MENGALAI, TARIAN IGAL-IGAL

  • Pengantin akan diminta untuk mempersembah tarian tradisional etnik Suluk iaitu 'mengalai'.

  • Penonton akan menyisipkan duit dicelah-celah jari penari sebagai tanda terima kasih atas kesudian mereka membuat persembahan.

PAGTIBHAO

Tujuan:

  • Mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua belah keluarga.

  • Berlangsung 3 hari selepas persandingan.

  • Kedua-dua itu bapa pengantin akan mengunjungi rumah pengantin dan membawa makanan (jamuan).
Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi