Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

Magnetosfera Bumi dan Kepentingannya

Apakah itu magnetosfera?

Bumi

Magnetosfera ialah kawasan di angkasa lepas yang mengelilingi setiap planet dalam Sistem Suria yang dikawal oleh medan magnet planet tersebut.

Magnetosfera Bumi adalah suatu ruang dalam angkasa lepas yang meliputi Bumi di mana medan magnet dalam magnetosfera Bumi ialah gabungan antara medan magnet Bumi dengan medan magnet dalam ruang di angkasa lepas.

Definisi

Kutub Selatan Magnet Bumi

Kutub Utara Bumi

Medan Magnet Bumi

Kutub Selatan Bumi

Kutub Utara Magnet Bumi

Magnetosfera Bumi

Pembentukan Magnetosfera Bumi

Magnetosfera Bumi terbentuk daripada interaksi antara medan magnet yang dibawa oleh angin suria dengan medan magnet Bumi.

Mengapakah magnetosfera Bumi begitu penting?

Kepentingan

> Magnetosfera memainkan peranan yang penting bagi penghabitan di Bumi. Kehidupan boleh wujud dan bermandiri di Bumi di bawah pengawalan persekitaran magnetik ini.

> Magnetosfera Bumi juga melindungi Bumi daripada ancaman berbahaya daripada aktiviti Matahari terutamanya pancaran sinaran, angin suria dan sinaran daripada zarah-zarah kosmik.

Peranan

Peranan Penting Magnetosfera Bumi

> Melindungi Bumi daripada terkena secara langsung badai kuat daripada angin suria.

> Mengelakkan pendedahan secara langsung kepada gelombang daripada sinaran Matahari yang mempunyai pelbagai frekuensi tinggi yang boleh membahayakan hidupan di Bumi seperti risiko mendapat mutasi genetik atau kebakaran kulit.

> Contoh zarah bercas adalah

  • Elektron
  • Proton
  • Zarah Alfa

> Melindungi atmosfera Bumi daripada hakisan dan seretan keluar oleh badai angin suria yang kuat.

> Lapisan magnetosfera memerangkap

sebahagian daripada plasma angin suria dan menghalanya mengikut laluan medan magnetik Bumi ke arah kutub utara dan kutub selatan Bumi. Plasma angin suria tersebut akan berlanggar dengan molekul nitrogen dan oksigen dalam ruang atmosfera Bumi di kutub lalu menghasilkan fenomena aurora.

Keterangan

Bentuk magnetosfera ini dipengaruhi oleh angin suria.

Magnetosfera di bahagian yang menghadap Matahari akan ditolak oleh angin suria sehingga 6-10 kali radius Bumi.

Manakala bahagian magnetosfera yang tidak menghadap Matahari pula akan memanjang sehingga kira-kira 1000 kali radius Bumi.

  • Buku Teks
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Magnetosfera
  • https://unikversiti.blogspot.com/2008/11/magnetosfera.html
  • https://youtube.com/watch?v=QecQMKm6FZI

Rujukan

T a m a T

sekian, Terima kasih.

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi