Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
SEBELUM INI, KITA TELAH PUN MEMPELAJARI PENINGKATAN YANG BERLAKU DALAM TAMADUN INDIA MELALUI PERLUASAN KUASA.TAMADUN CHINA JUGA TELAH MENUNJUKKAN PENINGKATAN YANG BEGITU MENGAGUMKAN DALAM PELBAGAI BIDANG,IAITU PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN,SISTEM EKONOMI,TEKNOLOGI, INTELEKTUAL DAN PENDIDIKAN.ASPEK PENDIDIKAN MENGALAMI PENINGKATAN YANG PESAT SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN DINASTI QIN DAN DINASTI HAN.PENDIDIKAN MENJADI ASAS PENTING DALAM KEMAJUAN YANG DICAPAI OLEHTAMADUN CHINA HINGGA MEMBOLEHKANNYA MENJADI ANTARA TAMADUN YANG TERAGUNG DI DUNIA
TAMADUN CHINA PADA ERA PENINGKATAN INI MASIH LAGI MUNCUL DI SEKITAR LEMBAH SUNGAI HUANG HE.KAWASAN YANG SUBUR SERTA KEDUDUKANNYA YANG STRATEGIK MENJADIKAN LEMBAH SUNGAI HUANG HE SEBAGAI KAWASAN YANG SESUAI UNTUK DIJADIKAN PUSAT KERAJAAN SEPERTI PADA ZAMAN DINASTI QIN DAN DINASTI HAN.
KERAJAAN PALING UTAMA DI CHINA SEMASA PEMERINTAHAN RAJA ZHENG YANG KEMUDIANNYA MEMAKAI GELARAN MAHARAJA SHI HUANG DI.KERAJAAN INI BERPUSAT DI XIANYANG.DINASTI INI WUJUD ANTARA TAHUN 221 SM -206 SM DAN MEMPUNYAI WILAYAH YANG LUAS MELIPUTI BAHAGIAN UTARA SEHINGGA KE GURUN GOBI DAN SELATAN CHINA BERSEMPADAN DENGAN VIETNAM.MAHARAJA SHI HUANG DI MERUPAKAN PEMIMPIN DINASTI QIN YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYATUKAN CHINA.KESTABILAN DALAM BIDANG POLITIK MEMBUATKAN PENINGKATAN BERLAKU DALAM BIDANG EKONOMI DAN SOSIAL
PENDIDIKAN DI CHINA TELAH BERMULA SEJAK ZAMAN DINASTI SHANG DAN BERKEMBANG KETIKA ZAMAN DINASTI ZHOU.PADA MASA ITU/TERDAPAT RAMAI AHLI FALSAFAH SEPERTI KONFUSIUS YANG MENJADI PEMERHATIAN MASYARAKAT.KONFUSIUSHIDUP DARI TAHUN 551 SM-479 SM.KARYA BELIAU YANG PALING TERKENAL IALAH LUN YU ATAU ANALECTS.AJARAN KONFUSIANISME TERUS KEKAL SEHINGGA HARI INI.
HAN FEI ZI
PADA ZAMAN DINASTI QIN,PENDIDIKAN MENEKANKAN PEMAHAMAN PERUNDANGAN YANG DIASASKAN OLEH HAN FEI ZI YANG MENGUTAMAKAN KETEGASAN UNDANG -UNDANG BAGI MENGAWAL TINGKAH LAKU MANUSIA.SISTEM PENDIDIKAN JUGA MENJADI LEBIH TERSUSUN APABILA MAHARAJA SHI HUANGDI MENYERAGAMKAN SISTEM TULISAN.
CAI LUN
PADA ZAMAN DINASTI HAN,SISTEM PENDIDIKAN DIPERKUKUH MELALUI PENUBUHAN SEKOLAH TINGGI DI CHANG"AN.PENEKANAN DIBERIKAN KEPADA PEMBELAJARAN AJARAN KONFUSIANISME YANG DIIKUTI DENGAN PENUBUHAN SEKOLAH YANG SAMA PADA PERINGKAT DAERAH DAN WILAYAH.SISTEM PENDIDIKAN SEMAKIN BERTAMBAH BAIK DENGAN ADANYA TEKNOLOGI PEMBUATAN KERTAS DARIPADA CAMPURAN KULIT POKOK, SERPIHAN RAMI KAIN, DAN JARING OLEH CAI LUN.KEJAYAAN INI TELAH MENINGKATKAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH APABILA KERTASTERSEBUT DIGUNAKAN SECARA MELUAS.
DINASTI QIN DIGANTIKAN OLEH DINASTI HAN ANTARA TAHUN 206 SM-220 M. DINASTI INI DIASASKAN OLEH LIU BANG YANG KEMUDIANNYA MEMAKAI GELARAN MAHARAJA GAOZU.DINASTI INI MEMBENTUK EMPAYAR YANG LUAS MELIPUTI UTARA CHINA,SEMPADAN VIETNAM DI SELATAN DAN BAHAGIAN UTARA KOREA DI SEBELAH TIMUR SERTA TURKESTAN DI BAHAGIAN BARAT. DINASTI INI TERBAHAGI KEPADA DUA TAHAP,IAITU HAD AWAL ANTARA TAHUN 206 SM-8 M DAN HAN AKHIR ANTARA TAHUN 25 M-220 M.KETIKA ZAMAN HAN AWAL,PUSAT PEMERINTAHAN TERLETAK DI CHANG'AN,MANAKALA PADA ZAMAN HAN AKHIR,PUSAT PEMERINTAHAN TERLETAK DI LOYANG.
DINASTI HAN TELAH MENUNJUKKAN PENINGKATAN DALAM BIDANG PERDAGANGAN MELALUI PEMBUKAAN LALUAN SUTERA,BIDANG PENTADBIRAN DAN BIDANG SOSIAL KETIKA ZAMAN PEMERINTAHAN MAHARAJA HAN WU DI YANG MEMERINTAH ANTARA ZAMAN 140 SM-87 SM.LALUAN SUTERA MERUPAKAN LALUAN PERDAGANGAN DARATAN YANG TERPANJANG DI DUNIA MELIBATKAN CHINA HINGGA EMPAYAR ROM.DINASTI HAN JUGA TERKENAL KERANA MELAKSANAKAN SISTEM PEMILIHAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PERKEMBANGAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN.
KEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM TAMADUN CHINA MENYEBABKAN PERKEMBANGAN YANG PESAT DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA. MELALUI PENDIDIKAN,NEGARA BOLEH DITADBIR DENGAN CEKAP DAN BERKESAN.DARI SEGI KEDUDUKAN SOSIAL,SESEORANG YANG TERPELAJAR AKAN BERADA PADA HIERARKI TERATAS DALAM MASYARAKAT DI CHINA,DI IKUTI OLEH GOLONGAN PETANI,ARTISAN DAN PEDAGANG.
SISTEM PENDIDIKAN DALAM TAMADUN CHINA MEMPUNYAI TIGA PERINGKAT,IAITU PENDIDIKAN PADA PERINGKAT RENDAH,MENENGAH DAN TINGGI.DALAM KETIGA-TIGA PERINGKAT PENDIDIKAN INI,KEMAHIRAN KENDIRI DIUKUR BERDASARKAN KEMAMPUAN MENGHAFAL,MEMAHAM,MENULIS DAN MENTERJEMAH
TUMPUANKEPADA MENGHAFAL TULISAN SERTA BUKU SUCI TANPA PERLU MEMAHAMI MAKNANYA
TUMPUAN KEPADA ASPEK MENULIS KARANGAN DAN SAJAK
MENTERJEMAHKAN DAN MENGINTEPRETASIKAN BUKU SUCI SERTA PELAJARAN BERKAITAN ETIKA UPACARA ,ADAT ISTIADAT DAN TANGGUNGJAWAB RAKYAT.