Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
JAMES, HANIFF AZIM, HEZREY
Malaysia merupakan antara negara yang aktif melibatkan diri di arena antarabangsa. Ini menyebabkan Malaysia menjadi terkenal dalam kalangan negara-negara lain. Malaysia sering melibatkan diri dalam tiga bidang yang utama iatu dalam bidang ekonomi, politik dan isu alam sekitar
Malaysia turut komited untuk melaksanakan dasar luar dalam bidang ekonomi. Hal ini adalah kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang melaksanakan dasar ekonomi terbuka
dan bergantung kepada perdagangan. Usaha ke arah mempelbagai pasaran yang dilaksankan melalui inisiatif perdagangan 2 hala, serantau dan pelbagai hala
Fasilitasi perdagangan serta promosi perdagangan dan pelaburan secara agresif telah membawa
kepada kemunculan pasaran eksport baru untuk Malaysia. Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada Disember 1945. ObJektif penubuhan Bank Dunia adalah untuk memberi bantuan kepada negara ahli yang sedang membangun terutama dari segi kewangan dalam menyusun semula dan memajukan ekonomi negara tersebut
Kemasukan pelabur-pelabur asing membolehkan Malaysia memperoleh faedah yang diharap dapat membasmi kemiskinan di luar bandar dan juga menyediakan pelvang pekerjaan.
Malaysia menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan dengan menggunakan bantuan daripada Bank Dunia
BIDANG POLITIK
Penglibatan Malaysia dalam arena politik antarabangsa amat jelas terutama melalui penyertaannya dalam Pertubuhan Bangsa2 Bersatu(PBB).
Malaysia berhak menetukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.
Malaysia juga lantang bersuara menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan dan menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik/kuasa semua negara di dunia. Semua ini disuarakan melalui PBB.
Congo
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB, iaitu membantu menyelesaikan beberapa konflik antarabangsa. Antara penglibatan tersebut : -
1. menghantar tentera pendamai di Congo, Afrika bagi menamatkan perang saudara
2. Menyertai PBB untuk menjaga keamanan di Namibia dan membantu negara tersebut mencapai kemerdekaan
3. Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchia serta pasukan pengaman di Bosnia
Namibia
Bosnia
Malaysia juga berpendirian tegas dalam usaha menyelesaikan masalah Palestin, iaitu dengan
menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang
Palestin di Kuala Lumpur.
Malaysia juga telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah kelolaan PBB, antaranya FAO, WHO, UNSECO, dan lain-lain.
Memandangkan Malaysia amat tegas dalam pendiriannya dan menyokong semua resolusi PBB bagi mencapai dan
mengekalkan kemanan dunia sejagat, maka Malaysia telah mendapat beberapa pengiktirafan khususnya daripada PBB, antaranya :-
1. Malaysia pernah dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB
2. Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail pernah menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB
3. Tan Sri Razali Ismail juga pernah dilantik sebagai Wakil Khas PBB untuk menyelesaikan masalah politik di
Myanmar
Contoh pengiktirafan yang diperoleh Malaysia:
1. Menjadi wakil tidak tetap Mailis keselamatan PBB pd tahun 1965, 1989-1990, dan 1999-2000
2. Malaysia dan negara lain telah dipilih menjadi wakil tidak tetap sehingga 2015
3. Peranan wakil tidak tetap ini adalah
menyelesaikan masalah konflik antarabangsa yang terjadi dalam kalangan ahli PBB. Contoh, Malaysia
pernah terlibat dalam membuat keputusan bagi campur tangan ketenteraan Iraq ke atas Kuwait pada 1990 dan Perang Kosovo pada 1998-1999