Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
- Adat-
Teromba merupakan ungkapan berirama yang kelazimannya mengenai adat sebagai panduan atau amalan adat sesuatu masyarakat. Ia merupakan sejenis puisi bebas yang mungkin mempunyai bentuk lain seperti pantun, syair, rubai dan talibun tetapi isi dan fungsinya merujuk kepada satu bidang tetap, iaitu adat.
Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. dan dikatakan berasal daripada masyarakat Minangkabau.
Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.
Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat
Ada jenis teromba yang berangkap dan tidak.
Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi 14 baris, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap tiga 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam 2 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.
Rima akhir teromba adalah tidak tetap
Jumlah perkataan sebaris bebas iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris,
Jumlah suku kata sebaris juga bebas
Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa.
Hidup dikandung adat ,
Mati dikandung tanah .
Adat dipakai baru ,
Kain dipakai usang .
Yang elok dipakai ,
Yang buruk dibuang .
Lembaga berlingkungan ,
Undang kelintasan .
Duduk meraut ranjau ,
Tegak meninjau jarah .
Ke darat Adat Pepatih ,
Ke laut Adat Temenggung.
Ke laut berteromba,
ke darat bersalasilah.
Adat bersendi hukum ,
Hukum bersendi Kitab Allah .
Hidup dikandung adat ,
Mati dikandung tanah .
Adat dipakai baru ,
Kain dipakai usang .
Yang elok dipakai ,
Yang buruk dibuang .
Lembaga berlingkungan ,
Undang kelintasan .
Duduk meraut ranjau ,
Tegak meninjau jarah .
Ke darat Adat Pepatih ,
Ke laut Adat Temenggung.
Ke laut berteromba,
ke darat bersalasilah.
Adat bersendi hukum ,
Hukum bersendi Kitab Allah .
Wordwall
https://wordwall.net/resource/21232583
Gaya bahasa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah puisi
Penggunaan gaya bahasa yang tepat dan menarik dapat menentukan kualiti sesebuah puisi tersebut
Anafora ialah pengulangan kata di depan baris
Menimbulkan kesan penegasan maksud dan menimbulkan keindahan irama
Contoh, Rangkap 3:
Yang elok dipakai,
Yang buruk dibuang.
Responsi ialah pengulangan kata di tengah baris
Menimbulkan kesan penegasan maksud dan menimbulkan keindahan irama
Contoh, Rangkap 2:
Adat dipakai baru,
Kain dipakai usang.
Asonansi adalah perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris
Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi
Contoh, Rangkap 7 baris 2:
Ke darat bersalasilah.
Pengulangan huruf "a" sebanyak 5 kali
Aliterasi adalah perulangan huruf konsonan dalam sesuatu baris
Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi
Contoh, Rangkap 4 baris 1:
Lembaga berlingkungan,
Pengulangan huruf "g" sebanyak 3 kali
Personafikasi adalah pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan atau benda bukan hidup
Menggerakkan/merangsang imaginasi pembaca
Contoh, Rangkap 1 baris 2:
Mati dikandung tanah.
Wordwall
https://wordwall.net/resource/21235723