Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
MPU 13012 - Pendidikan Islam
Topik 1 - Konsep Asas Islam
Nama Pensyarah : Ustaz Khairul Anuar
Nama : Nur Aqirah Binti Azmi
No Matrik : C14SSK21F013
Kelas : SSK 2B
Sempurnanya Islam seseorang itu apabila mereka memahami konsep Tasawwur(gambaran) Islam yang sebenar .
Huraikan perkara-perkara bagi menjelaskan pernyataan diatas .
a ) Pengertian Tasawwur Islam dan kepentingan mempelajarinya
- Tasawwur adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud gambaran dan
rupa bentuk . Kata kerjanya ialah sawwara yang bermaksud menggambarkan . Surah pula
bermaksud gambar atau rupa . Apabila perkataan tasawwur digandingkan dengan Islam maka
ia merujuk kepada gambaran atau rupa bentuk Islam yang sebenar dan hakiki (Haron Din,
1992).
Kepentingan Mempelajari :
- Dengan mempelajari tasawwur Islam , pertama sekali , kita akan beramal dengan Islam yang betul . Oleh itu, pegangan , ibadah , pemikiran dan cara hidup kita terpimpin dengan roh Islam . Maka, tidak berlaku individu yang menganut ajaran sesat , pemikiran liberal dan sekular serta cara hidup bertuhankan akal dan nafsu semata-mata .
b ) Prinsip - prinsip kesempurnaan Islam
* Memahami pengertian Islam yang sebenar .
* Memahami bahawa al-Quran dan Hadis adalah sumber utama .
* Memahami antara hidayah Allah dan kesesatan syaitan .
* Memahami amalan yang bercanggah dengan dalil dan menolaknya .
* Memahami etika berpolitik yang sebenar .
* Memahami erti pandangan yang diterima dan perbezaan pandangan .
* Memahami erti bermazhab dan berijtihad .
* Memahami erti khilaf dan jangan jadikannya sebab perpecahan .
* Memahami perkara-perkara yang menyusahkan dan perlu diabaikan .
* Memahami mengenai tauhid dan menyucikan Allah S.W.T.
c ) Konsep "ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP" dalam setiap kehidupan muslim
- Pengertian Islam sebagai cara hidup ialah islam dari segi bahasa ialah sejahtera , suci , aman , taat dan berserah diri . Dari segi istilah ialah patuh , tunduk dan menyerah diri kepada Allah .
- Kepatuhan kepada syariat Allah SWT merangkumi ketiga-tiga aspek iaitu akidah , syariat dan akhlak .
- Ketiga-tiga aspek ini tidak boleh dipisahkan dalam menjalani kehidupan harian kerana memisahkan satu daripadanya akan merosakkan kesucian ajaran islam .
- Islam adalah agama yang membawa kesejahteraan kepada penganutnya yang mematuhi segala ajarannya .Oleh hal yang demikian , seorang muslim yang sejati mempunyai ciri berikut :
* Berpegang teguh pada segala ajaran
* Tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu
* Patuh pada segala ketentuan Allah SWT dengan ikhlas
* Reda dengan segala ketentuan Allah SWT
* Sentiasa berusaha untuk menjadi muslim yang berjaya
* Sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT didunia dan akhirat
d ) Sumber - sumber hukum islam
1 ) Al-Quran :
- Kalam atau firman Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril yang membacanya adalah satu ibadah .
2 ) Hadis :
- Merupakan segala perkataan , perbuatan dan ketetapan yang disandarkan pada Rasulullah SAW .
3 ) Ijma :
- Ijma adalah kesepakatan para Ulama ahli hukum Islam tentang suatu masalah . Ijma terjadi setelah para Ulama' berijtihad (memahami Al-Quran , Sunnah , dan pertimbangan lain dalam proses merumuskan hukum Islam . Kesepakatan adalah dalil atau sumber hukum Islam selain Al-Quran dan sunnah .
4 ) Qiyas :
- Qiyas adalah menyamakan hukum suatu permasalah dengan permasalahan lain yang sudah dijelaskan hukumnya dalam Al-Quran dan sunnah . Qiyas adalah sumber hukum Islam selain Al-Quran dan sunnah . Misalnya mengeluarkan beras untuk menunaikan kewajipan zakat fitri . Beras tidak ada dalam Al-Quran dan sunnah . Kebolehan beras digunakan menunaikan zakat fitri adalah berdasarkan dalil Qiyas .
Akidah dan syariat penentu penerimaan Allah terhadap segala amal yang dilakukan oleh seorang muslim . Jelaskan perkara-perkara berikut bagi menguatkan lagi kenyataan tersebut .
a ) Pengertian akidah dan kepentingan mempelajari
Bahasa :
- Kerpercayaan yang kukuh dihati
Istilah :
- Kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah taala serta sifat-sifatnya dan kesempurnaannya berdasarkan dalil naqli dan aqli .
Kepentingan :
- Memantapkan keimanan dan keyakinan dalam hati tentang kewujudan Allah taala
- Dapat mengenal ajaran yang merosakkan aqidah
- Menjaga iman supaya selamat di dunia dan akhirat
- Mempertahankan aqidah daripada dirosakkan atau diselewengkan
- Menolah fahaman yang menyesatkan dan segera kembali kepada pegangan yang berlandaskan Al Quran dan Assunnah
b ) Ciri - ciri akidah yang betul dan salah
Akidah yang betul :
- Keyakinan yang teguh terhadap Kewujudan Allah , Keesaan Allah , Kkekuasaan Allah
- Menjauhi diri daripada mensyirikkan Allah taala
- Keyakinan dan kepercayaan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah
Akidah yang salah :
- menafikan atau meragukan tentang Keesaan Allah , Kekuasaan Allah
- Mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan Al Quran dan Assunnah
- Melakukan perbuatan syirik kepada Allah taala
c ) Kaedah bagaimana akidah boleh dimantapkan :
1) Perkataan
* Membaca dan memahami al-Quran dan hadis nabi
* Bercakap benar
* Nasihat menasihati ke arah kebaikan
* Berzikir , bertahlil , bertasbih dan berselawat
2) Hati
* Sangka baik terhadap Allah SWT
* Yakin dengan pertolongan Allah
* Ikhlas melakukan ibadah atau amal kebajikan
* Sentiasa mengingati Allah SWT
3) Perbuatan
* Menunaikan ibadah sama ada fardhu atau sunat
* Menuntut ilmu yang berfaedah
* Beradab sopan dalam pergaulan
* Melakukan kerja yang baik
* Menolong golongan yang memerlukan bantuan seperti anak yatim atau fakir miskin
d ) Perlakuan seseorang yang boleh merosakkan akidah
antara perlakuan yang boleh merosakkan akidah dari segi :
1 ) Hati :
- Percaya dan yakin bahawa Alam ini tiada penciptanya
- Percaya dan yakin bahawa kerasulan Nabi Muhammad adalah palsu
- Percaya dan yakin bahawa konsep dosa , pahala , syurga , neraka adalah palsu
- Percaya dan yakin bahawa semua agama didunia adalh sama
2 ) Lidah :
- Mengingkari dan mempersendakan hukum Allah
* contohnya : mengatakan bahawa zina , arak dan judi sebagai halal
- Menghina perkara berkaitan rukun iman dan islam
- Mempersendakan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W
3 ) Perbuatan :
- Melakukan perkara ibadah sama seperti orang bukan agama islam
- Meletakkan Al-Quran ditempat-tempat najis untuk tujuan menghina agama
- Menafikan kewajiban solat atau mengubahsuai solat
Senarai Rujukan ;
- https://educ.upm.edu.my/upload/dokumen/menul320210324110745test_2.pdf
- https://harakahdaily.net/index.php/2020/02/17/20-prinsip-yang-perlu-difahami-siri-1/
- https://www.google.com/search?q=sumber+hukum+islam&hl=en&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjm3OzMgJP3AhU763MBHQqGBwQQ_AUoAXoECAMQAw&biw=1366&bih=657&dpr=1#imgrc=ZEXQN2t0wo0ciM
- http://ustazict.blogspot.com/p/bahagian-akidah.html
- https://www.slideshare.net/bpbpt/perkara-yang-merosakkan-akidah
- https://www.google.com/search?q=perkara%20yang%20memantapkan%20akidah&tbm=isch&hl=en&sa=X&ved=0CB0QtI8BKABqFwoTCKiFl5j5sPcCFQAAAAAdAAAAABAV&biw=1349&bih=695#imgrc=tjbF5VzMKgMEHM
- https://anyflip.com/fqtjz/mata/basic