Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
-Strategi pemusatan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti buku,blok-blok binaan,bahan lukisan,peralatan saintifik,komputer,pusat sumber,pusat akses kendiri dan lain-lain untuk melaksanakan pengajarannya.
-Untuk menyiapkan modul tatabahasa mengenai kata sendi nama,kami telah menggunakan sumber internet untuk mengakses maklumat berkaitan kata sendi nama.
-Kami turut menggunakan bahan seperti gambar untuk menarik minat murid dalam memahami sesuatu dengan lebih jelas.
-Strategi inii dilihat sangat bersesuaian kerana dapat meningkatkan kemahiran penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dan dapat mewujudkan peluang interaksi antara murid dan guru.
-Strategi berasaskan tugasan atau aktiviti bermaksud guru melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberi peluang kepada murid untuk memilih atau mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari.
-Dalam proses memberi bimbingan dan bantuan atau scaffolding yang membolehkan mereka menyempurnakan aktiviti dengan jayanya.
-Penghasilan modul tatabahasa bagi kata sendi nama,kami menyediakan beberapa aktiviti dan tugasan menggunakan aplikasi Quizwhizzer,Wordwall,Quizizz dan sebagainya.
-Penggunaan aplikasi tersebut dapat mendedahkan para pelajar kepada bahan pengajaran yang baru dan guru juga dapat memantau keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
-Menurut Kamus Bahasa Melayu, kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (mengajar cara mengajar berdasarkan prinsip tertentu).
-Teknik bermaksud kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah.
-Kaedah pengajaran sumbang saran ialah teknik yang digunakan untuk menjana idea sesama pelajar dengan mengemukakan idea masing-masing.
- Teknik pengajaran yang digunakan dalam modul tatabahasa pedagogi KSN ini ialah sumbang saran yang memerlukan pelajar untuk saling berbincang tentang sesuatu topik.
Pelaksanaan
Teknik Sumbang Saran berdasarkan Modul
- Guru membahagikan pelajar kepada beberapa buah kumpulan (setiap kumpulan hanya 4 orang pelajar).
- Guru memberi subtajuk KSN seperti di, ke, dari, daripada dan dalam kepada setiap kumpulan.
- Ketua kumpulan menyebar tajuk yang diperoleh kepada kumpulan dan proses sumbang saran berlaku (semua ahli kumpulan memberi idea dan pendapat tentang tajuk yang telah diberi oleh guru).
- Idea dan pendapat pelajar diuji dan disusun serta diaplikasikan apabila menjawab latihan pengukuhan yang telah disediakan di dalam modul tersebut.
Topik 3: Inovasi Pengajaran
Kata Sendi Nama ‘Di’
Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan arah. Kata sendi nama ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Dalam bahasa melayu “di” juga digunakan sebagai imbuhan awalan. Cara penulisan juga berbeza dengan kata sendi nama “di” kerana perlu ditulis rapat dengan perkataan selepasnya. Namun begitu, masih ramai yang keliru dan tidak dapat membezakan penggunaan perkataan “di” sebagai kata sendi nama dan “di” sebagai imbuhan awalan. Hal ini menyebabkan kata sendi nama “di” ditulis rapat dengan perkataan yang mengikutinya, manakala imbuhan awalan “di” ditulis terpisah daripada perkataan selepasnya.
Contoh penggunaan kata sendi nama “di” dan imbuhan awalan yang salah
Nik Safiah Karim et. al dalam kajiannya terhadap buku teks Geografi Tingkatan 1 yang ditulis oleh Rapeah Ahamed, Khalijah Maimon dan Foo Ho Loke, penggunaan kata sendi “di” pada ayat berikut tidak tepat seperti “beruang itu memakan tumbuh-tumbuhan *di musim bunga*”. *di (sepatutnya: pada). Kata sendi nama “di” tidak boleh digunakan pada ayat berikut kerana kata sendi nama “di” tidak boleh digunakan di hadapan frasa atau kata nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman.
Kata Sendi Nama 'dari'
• Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah,tempat,atau waktu.
• Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia,haiwan atau benda,asal kejadian dan sumber,atau unsur perbandingan atau perbezaan.
• penggunaan kata sendi nama dari adalah seperti berikut:
a) Menunjukkan tempat atau arah
b) Menunjukkan waktu atau masa
1. Saiful menerima pendidikan yang agak sempurna dari zaman kanak-kanak hinggalah dewasa.
2. Operasi menangkap mereka yang terbabit dengan jenayah terus dijalankan dari semasa ke semasa.
3. Persatuan Vespa Wilayah Persekutuan mempunyai ahli yang berumur dari 18 hingga 65 tahun.
4. Bengkel memasak itu berlangsung dari jam sembilan pagi hingga tiga petang.
5. Skim insurans itu diwajibkan terhadap semua pelajar dari tahun satu hingga tingkatan enam.
1) Ahmad bersama dengan beberapa orang pemuda yang datang dari kampung yang berlainan.
2) Pemandangan dari bukit itu sangat melapangkan dada.
3) Penyerang dari Belanda itu cuma beraksi 30 minit sebelum di serang oleh pemain lawan.
4) Asiah berjaya meraih pendapatan yang lumayan melalui hasil usahanya bertemu pelanggan dari rumah ke rumah.
5) Dia cuba menadah darah yang keluar dari mulut Pak Seman dengan kain.
https://quizizz.com/join/quiz/639c9216bf6bd7001db0099a/start?studentShare=true
a. Malaysia berjaya dalam bidang ekonomi
b. Dia pintar dalam mata pelajaran Sains.
c. Dalam hal ini, kita harus bersatu.
Kata Sendi Nama "Daripada"
Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk;
1. menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak)
2. menyatakan sumber atau asal kejadian sesuatu benda
3. menyatakan perbezaan atau perbandingan.
a) menyatakan punca bagi manusia
cth: Borang permohonan biasiswa itu boleh didapati daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. (manusia)
b) menyatakan punca bagi haiwan
cth: Kesan cakar yang ada pada sofa itu datang daripada kucing tersebut.
c) menyatakan punca bagi benda
cth: Kain berasal daripada benang manakala benang pula berasal daripada
kapas.
d) menyatakan punca bagi unsur mujarad
cth: Aiman telah mendapat idea daripada penerangan yang jelas itu.
Cth: 1) Besi itu diperbuat daripada logam.
2) Meja itu diperbuat daripada kayu.
3) Berus itu diperbuat daripada getah.
cth: 1) Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu
SPM tahun ini lebih baik daripada tahun lalu.
2) Pelajar itu lebih suka membaca daripada mengira.
3) Harga telur itu lebih murah daripada harga biasa.
Kata daripada boleh berfungsi sebagai kata hubung keterangan dalam ayat majmuk.
Contoh: Kamu sepatutnya bekerja daripada kamu duduk saja.
FORMULA
-
-
-
Daripada Manusia, haiwan, benda, abstrak
Perbandingan
Sumber asal
https://quizizz.com/admin/quiz/63a921040b55fb001d62d521/ksn-daripada?source=quiz_share