Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

10.3

Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

Upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara merupakan detik bersejarah yang dinantikan setelah melalui jalan yang panjang menuju kemerdekaan. Permulaan sambutan ini diraikan pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.

Pada 31 Ogos 1957, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, upacara sambutan kemerdekaan diadakan dengan gemilang. Perarakan barisan pasukan tentera dan orang ramai dianggarkan berjumlah 20 ribu membanjiri stadium. Mereka datang seawal pukul 6:00 pagi. Walaupun hujan turun pada awalnya, mereka tidak berganjak menantikan saat yang menggembirakan.

10.00 pm

Wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura berpakaian baju Melayu hitam diketuai oleh Sardon Jubir mengambil tempat duduk

10.00

pm

10.30 pm

Sebanyak 300 orang pemuda membentuk perbarisan kehormat mengambil tempat di tengah padang menghadap Jalan Raja (menara jam). Perbarisan ini diketuai oleh Ismail Bontak.

10.30

pm

11.58 pm

Semua lampu di padang dan di sekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi gelap gelita.

11.58

pm

12.00 am

Seterusnya, bendera Union Jack mula diturunkan oleh Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu God Save The Queen yang dimainkan sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu. Bendera Union Jack diturunkan dan disambut dengan tepukan dan laungan 'Merdeka'

Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi menandakan detik 12:00 tengah malam dan diikuti dengan laungan "Merdeka" oleh orang ramai. Kemudian, Tunku Abdul Rahman dibawa ke hadapan pentas menghadap ketiga-tiga tiang bendera.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu kemudian dinaikkan dengan diiringi lagu Negaraku yang diperdengarkan buat kali pertama kepada umum pada malam bersejarah itu. Sorakan 'Merdeka' dilaungkan sebanyak tujuh kali.

Tunku Abdul Rahman memberikan tabik hormat semasa bendera Persekutuan Tanah Melayu

dinaikkan

12.00

am

12.10 am

Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan perwakilan negeri. Beliau kemudiannya mengambil tempat di atas pentas. Pasukan Pemuda Perikatan seramai 24 orang yang diketuai oleh Abdul Majid Othman tampil membawa dulang berisi rantai emas yang tergantung padanya sebutir Pingat Emas. Pingat ini berukir peta Semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku Abdul Rahman di dalam peta itu. Di tepi bulatan peta, ditulis perkataan 'Bapa Kemerdekaan Tanah Air' , gelaran yang diberikan kepada Tunku Abdul Rahman. antai emas dikalungkan oleh Sardon Jubir ke leher Tunku Abdul Rahman diikuti dengan laungan 'Bapa Kemerdekaan Tanah Air' sebanyak tiga kali.

12.10

am

12.25 pm

Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan dengan penuh semangat.

12.25

am

12.55 am

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati

12.55

am

Dengan tangan di udara, Tunku Abdul Rahman melaungkan "MERDEKA" sebanyak tujuh kali dengan gemanya dan disahut oleh para hadirin yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

08.15 am

Tunku Abdul Rahman tiba di pekarangan stadium dan disusuli dengan ketibaan Raja-raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri serta Duke dan Duchess of Gloucester. Kedengaran bunyi nafiri pada setiap kali pembesar negara tiba.

Seterusnya, Tunku Abdul Rahman membaca Pemasyhuran Kemerdekaan bagi mengisytiharkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan kedaulatan.

Kemudian disusuli dengan laungan azan oleh Ustaz Hassan Azhari yang sayup kedengaran menandakan kesyukuran terhadap kemerdekaan negara kita.

Majlis diteruskan dengan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi lagu kebangsaan, iaitu Negaraku. Sebanyak 101 das tembakan dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

08.15

am

11.00 am

Istiadat Mengangkat Sumpah Yang di-Pertuan Agong yang diadakan di Balairong Seri, Istana Negara. Upacara ini kemudian, disusuli dengan pelantikan jawatan Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri, Hakim Besar serta Gabenor Pulau Pinang dan Melaka

11.00

am

01.30 pm

Majlis jamuan di Residensi diadakan bagi mengucapkan selamat jalan kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

01.30

pm

05.25 pm

Sir Donald MacGillivary dan isteri berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke England. Beliau diberikan penghormatan dengan permaidani merah dan barisan kehormat oleh Batalion Keempat Askar Melayu.

05.25

pm

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi