Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

Muhamad Afnan Bin Mohd Saidi AA18047

Shivaranjene A/P Chandran CA18120

Manggaleswary A/P Diya Das CB18168

Nurul Syafika Binti Rosmihaizam TB19034

Muhammad Aniq Syamirul Bin Othman TB19046

Muhammad Nursyafiq Bin Bedolah TB19047

Darwisyh Ariffin Bin Daniel Ariffin TF19002

Muhammad Firdaus Naim Bin Rozilani@Azman TF19003

Ahmad Izzudin Bin Zaimi TF19004

Pensyarah : Dr Noradilah Binti Md Nordin

E- LEARNING

Pengenalan

Konsep pemikiran adalah proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami rancangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Teori dan definisi pemikiran yang telah dikemukakan oleh ahli- ahli psikologi, terutamanya sejak kurun ke-20, adalah dihuraikan secara ringkas seperti yang berikut.

Menurut Dewey (1910) menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guilford(1967) pula berpendapat pemikiran merupakan sesuatu jenis kebolehan atau keupayaan. Ia mempunyai pelbagai kemahiran berfikir. Dari Teori Roger Sperry (1970) menghuraikan fungsi otak kiri manusia yang berfikir secara kritis dan otak kanannya berfikir secara kreatif. William W. Wilen (1994) pula mentafsirkan pemikiran sebagai proses dalaman yang pantas, sama ada secara sedar atau tidak sedar terhadap rangsangan luar yang diterima melalui deria. Di dalam proses dalaman ini, data baru akan disimpan melalui cara pemadanan, perbandingan dan klasifikasi dengan maklumat atau pengetahuan yang sedia ada dalam ingatan.

Seni dan kaedah berfikir

Induktif, Deduktif, Intuitif & Falasi

Induktif

Induktif merupakan satu proses menyatakan kesimpulan daripada yang khusus kepada yang umum. Dalam kaedah ini, salah satu daripada pernyataan tersebut iaitu sama ada premis atau kesimpulannya benar atau palsu.

Antara contoh penggunaan kaedah induktif :

“Gagak itu berwarna hitam, maka semua gagak berwarna hitam”.

Jadi di situ walaupun premisnya benar, walaupun burung gagak itu berwarna hitam, ini tidak semestinya bermakna kesimpulannya bahawa semua burung gagak termasuk yang belum di lihat juga akan berbulu hitam. Jadi di situ kesimpulannya itu tidak semestinya benar walaupun premis-premisnya yang benar.

Deduktif

Deduktif merupakan satu proses menyatakan kesimpulan daripada yang umum kepada yang khusus. Premis dan kesimpulan bagi logik deduktif hendaklah sama ada kedua-duanya benar atau kedua-duanya palsu.

Antara contoh penggunaan kaedah deduktif :

Premis 1 : “Semua manusia bernafas dengan menggunakan oksigen”.

Premis 2 : “Alia ialah seorang manusia”.

Kesimpulannya : Alia juga bernafas menggunakan oksigen.

Jadi itu dikatakan kaedah berfikir secara deduktif-deduktif logik di mana jika premis-premisnya benar, kesimpulannya adalah benar.

Intuitif

Pemikiran intuitif ialah cara membuat sesuatu keputusan tanpa menggunakan fakta atau maklumat lengkap. Cara ini digunakan dalam empat keadaan iaitu:

a) seseorang itu perlu membuat keputusan meskipun dia tidak mempunyai maklumat sama sekali bagi dijadikan asas keputusan yang diambil.

b) seseorang itu mempunyai banyak maklumat, tetapi maklumat itu tidak relevan dengan keputusan yang dibuat.

c) seseorang itu boleh mengambil lebih daripada satu keputusan dan tiap-tiap keputusan itu sama-sama baik atau sama-sama buruk.

d) seseorang itu terdesak dan tidak ada waktu bagi mencari maklumat.

Berfikir secara intuitif banyak digunakan oleh golongan usahwan dan peniaga.

Antara contoh penggunaan kaedah intuitif :

Seorang peniaga makanan di pasar malam menggunakan intuisi bagi menentukan jumlah lauk pauk yang hendak dimasak dan dijual pada malam itu. Beliau tidak tahu dengan pasti sama ada malam itu hari akan hujan atau sebaliknya. Beliau hanya mengagak berdasarkan intusi. Jika hari hujan, banyak makanan yang dijual olehnya tidak laku.

Kesimpulannya, tidak semua orang mempunyai daya intuisi yang kuat. Oleh itu kebanyakan orang tidak dapat membuat ramalan yang tepat berdasarkan gerak hati mereka.

Falasi

Penggunaan kaedah pemikiran falasi adalah merujuk kepada satu pendapat yang dikemukakan oleh seseorang bertujuan untuk mempengaruhi orang lain agar menerima setiap perkara yang diperkatakan oelehnya.

Jenis- jenis falasi :

a) falasi formal

Contoh : Falasi yang mudah dikesan

Semua mamalia berdarah panas. Burung berdarah panas. Maka, burung adalah mamalia.

b) falasi informal

Contoh : hujahan berbelit-belit

Tiga orang pencuri membahagikan tujuh butir mutiara. Pencuri pertama (yang memegang mutiara-mutiara tersebut), menyimpan tiga butiruntuk dirinya. Dia memberikan pencuri kedua dan ketiga masing-masing dua butir mutiara.

Pencuri kedua dan ketiga : “mengapa engkau mengambil tiga butir?”

Pencuri pertama : “sebab aku ketua!”

Pencuri kedua dan ketiga : “siapa kata kamu ketua?”

Pencuri pertama : “akulah ketua, sebab aku ada tiga butir, kamu berdua hanya ada dua butir seorang!”

Kaedah - kaedah pemikiran lain

i. Simbolik

ii. Ilham

iii.Linguistik

iv.Abduksi

v.Dialog

Simbolik

 Keupayaan berfikir manusia adalah dibentuk oleh interaksi sosial.

 Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari makna-makna dan simbol-simbol yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada mereka.

 Makna-makna dan simbol-simbol membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi.

Ilham

  •  Cetusan rasa hasildaripada beberapa keadaan.
  •  Berfikir berdasarkan kata atau gerak hati.

Linguistik

  •  Fikiran dan tindakan seseorang itu bergantung kepada struktur dan kosa kata dalam bahasanya.
  •  Pola-pola pemikiran manusia dipengaruhi oleh bahasa.

Abduksi

  •  Suatu bentuk pemikiran yang berfungsi untuk mencipta hipotesis yang mampu memberi penjelasan terhadap kebenaran.
  •  Pemikiran abduksi ini biasanya terjadi daripada sebuah fakta atau peristiwa kemudian disimpulkan dalam bentuk hipotesis untuk menjelaskan peristiwa tersebut.

Dialog

  •  Cara pemikirannya melalui pertanyaan dan memberikan hujah pada setiap jawapannya.
  •  Kaedah ini akan merangsang pemikiran supaya berfikir dengan lebih kritis.

Inkuiri falsafah melalui komuniti

i. Psikologi

ii.Intelektual

iii.Sosial

iv.Moral

v.Kehidupan Seharian

Psikologi

Psikiologi

Aspek pemikiran kritikal

  •  Mengenal pasti andaian yang ada dan memandang sesuatu teori yang hebat secara meluas.
  •  Memerlukan andaian sesuatu konsep secara alternatif dan idea yang dijana yang telah dianalisis.

Intelektual

Minda dan akal berfikir secara sistematik

  •  Dengan adanya logik maka tercipta suatu pemikiran yang lebih teratur.
  •  Mengemukakan hujah perlu berdasarkan atas beberapa syarat dan peraturan supaya hujah dan idea itu diterima oleh akal masyarakat.

Sosial

Penjelasan kepada tingkah laku sosial manusia

  •  Falsafah penting untuk manusia memahami makna diri individu, tujuan kehidupan, tanggungjawab diri kepada orang lain, kesan tindakan harian.
  •  Falsafah membantu manusia untuk menjalin hubungan sosial dengan masyarakat dan saling bergantung antara satu sama lain.

Moral

Kepekaan kepada nilai moral universal

  •  Falsafah penting untuk meningkatkan kepekaan kepada nilai moral universal dan merangsang kesediaan manusia untuk mempertahankan prinsip-prinsip keadilan.
  •  Falsafah memberi manusia peluang untuk menilai moral diri sendiri dalam penentuan tindakan dan keputusan

Kehidupan Seharian

Penyelesaian masalah

  •  Menyiasatkan kebenaran, realiti, tujuan dan minda manusia.
  •  Membantu dalam menghadapi situasi yang memerlukan pembuatan keputusan.

Huraikan bagaimana untuk mengatasi ketagihan mobile phone dalam kalangan generasi kini

Huraian

Memperkenalkan peraturan untuk penggunaan gajet

  •  Tetapkan tempat untuk bermain gajet. Seperti di ruang tamu sahaja. Jangan benarkan anak anda bawa gajet tersebut keluar dari tempat yang telah ditetapkan.
  •  Jangan gunakan gajet ketika seluruh keluarga sedang berkumpul bersama. Adalah penting untuk seluruh keluarga berkomunikasi, jadi sama sekali gajet dilarang.

Menentukan masa untuk bermain gajet

  •  Waktu makan dan waktu membuat kerja sekolah adalah dilarang sama sekali.
  •  Masa sebelum waktu tidur juga turut tidak dibenarkan kerana terdapat permainan-permainan di dalam gajet yang boleh menyebabkan kanak-kanak semakin bersemangat lalu menyebabkan mereka sukar tidur.

  •  Gunakan jam loceng untuk menetapkan masa menggunakan gajet. Tetapkan sejam, atau dua jam dan sebaik sahaja jam tersebut berbunyi, anda perlu mengambil semula gajet tersebut.

Tentukan jangkamasa penggunaan gajet

Sibukkan anak dengan berbagai aktiviti menarik

  •  Sediakan alternatif permainan pengganti gadget, sehingga anak kita akan lebih seronok melakukan aktiviti itu, daripada sekadar bermain gadget.
  •  Permainan yang dipilih sarat dengan interaksi, komunikasi, kerja sama, dan lain-lain. Sebagai contoh bermain kad UNO, Monopoli, bermain dam haji, dan lain-lain

Berikan ganjaran

  •  Jangan kedekut untuk memberikan hadiah pelukan, ciuman, penghargaan sebagai ibubapa sekiranya anak berjaya mengurangkan tempoh bermain gadgetnya

Apakah kesan ketagihan mobile phone kepada diri sendiri dan masyarakat

Kesan

 Penggunaan internet yang meluas

 Maklumat palsu mudah tersebar

Penyebaran fitnah

Penipuan mudah berlaku

  •  Mudah tertipu dengan maklumat yang dilihat
  •  Pembelian barangan online yang tanpa jaminan
  •  Mengalami kerugian

Kurang interaksi sosial

  •  Menghabiskan masa sendirian
  •  Hubungan antara keluarga terabai
  •  Kurang bersosial

Kesihatan terjejas

  •  Kurang melakukan aktiviti luar
  •  Menyebabkan insomnia
  •  Menyebabkan lemah daya ingatan

Kesimpulan

Kesimpulan

Kemahiran berfikir amat penting kerana keputusan yang baik adalah hasil daripada proses pemikiran yang baik. Pemikir yang baik perlu menyedari dia sedang berfikir dan sedang menggunakan segala kemahiran-kemahiran berfikir yang diperlukan bagi membuat keputusan yang baik. Latihan berfikir amat diperlukan dalam usaha mencapai hasrat falsafah pendidikan negara iaitu membentuk insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kemahiran ini dapat melatih murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dewasa ini dengan bijak dengan cara menggabungkan segala pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir yang diajar atau diperoleh.

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi