Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
Akidah atau disebut juga sebagai Iman ialah satu ikatan atau janji yang kukuh. Ia adalah satu kepercayaan yang tersimpul kukuh di dalam jiwa sehingga tidak boleh terungkai sekali-kali sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW bahawa iman itu bukanlah hanya bercita-cita tetapi apa yang teguh didalam hati dan dibuktikan dengan amal anggota badan. Imam Syafie r.h. menyatakan bahawa iman itu tiga perkara; berikrar dengan lidah, membenar dengan hati dan beramal dengan anggota badan.
Akidah atau Iman itu jelasnya satu perjanjian rabbaniah yang mengikat manusia dengan tuhannya yang sebenar iaitu Allah SWT. Ia satu perhubungan yang unik dan bersifat istimrariyyah ( berterusan ). Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".
Surah Al-Anbiya ayat 25
Jadi; hubungan yang dikehendaki oleh Allah SWT bukan lagi dihubungkan dengan darah keturunan, tanah air, jenis jantina, taraf atau kasta, puak dan kekeluargaan. Hubungan seperti ini hanya bersifat sementara; bersatu dalam waktu tertentu dan mungkin berpisah dalam waktu yang lain. Elok kita perhatikan bagaimana Allah SWT menerangkan hal ini melalui pengkisahannya mengenai Nabi Nuh a.s. dengan anaknya di dalam Al-Quran
“Sesiapa yang menolak Taghut, dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
(Surah Al-Baqarah; ayat 256)
Begitu jelas sekali keterangan Allah SWT bahawa iman itu adalah hubungan rabbaniah. Mana-mana perhubungan manusia sesama manusia juga mesti diasaskan atas ikatan dan hubungan ini. Sebab itu Islam mengajar tiap-tiap orang yang mengiktiraf dan bersaksi dengan dua kalimah syahadah; mereka terus disifatkan sebagai bersaudara. Itulah hebatnya ikatan rabbaniah yang mengatasi hubungan darah daging, bangsa dan sebagainya. Bayangkanlah betapa Allah SWT telah menafikan ikatan anak dan ayah lantaran kekufuran anak kepada Allah SWT sedangkan bapanya adalah seorang yang beriman pula. Jelasnya di sini bahawa “sendi” keimanan telah memutuskan ikatan antara Nabi Nuh a.s. dengan anaknya meskipun anaknya dari tulang sulbi baginda sendiri. Sementara itu “sendi” keimanan itu menghubungkan pula antara dua orang yang lain dengan nama persaudaraan Islam.
“Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya". Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); Sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil"
Aqidah adalah teras di dalam kehidupan seseorang muslim. Ia diibaratkan akar tunjang kepada sebatang pokok sementara amal-ibadah ibarat batang pokok dan dahan serta rantingnya manakala akhlak adalah buahnya. Tanah yang subur , berbaja dan air yang cukup ibarat wahyu dan hidayat Allah yang diperlukan bagi menyokong kehidupan. Kegagalan umat Islam mengamal dan menghayatinya menjadikan umat Islam seperti pokok yang sedang reput akar tunjangnya. Oleh itu umat Islam mesti menyedari peri pentingnya akidah dalam kehidupan mereka. Mereka mesti memahami bahawa sebatang pokok tidak boleh hidup dengan batangnya sahaja, rantingnya sahaja. Ia mesti seiringan dan tidak terpisah di antara satu sama lain. Iman tidak boleh berpisah dengan amal dan amal tidak diterima tanpa iman.
”Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur.
Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang, Akidah adalah penggerak dan mencorakkan kehidupan. Akidah yang Iemah mempengaruhi gaya hidup negatif seseorang. Biasanya mereka yang tidak memiliki akidah yang jelas dan betul akan menghadapi berbagai masalah dalam kehidupan dan terdedah kepada berbagai-bagai kemungkaran, sepcrti melakukan jenayah, keruntuhan akhlak dan lain-lain
Setelah kita memahami asas dan konsep aqidah; baru kita dapat merasakan kepentingannya dalam kehidupan Muslim. Di antara kepentingannya ialah;
1. Ianya sebagai benteng dan perisai dalam diri seorang muslim. Ia merupakan benteng kukuh bagi memelihara akal daripada perkara khurafat dan syirik dan perisai yang utuh bagi menangkis segala anasir jahat , perasaan syak dan ragu serta segala bentuk penyelewengan
2. Ianya adalah dasar dan tunjang. Yang lain ibarat cabang dan ranting. Mati dasar maka akan matilah ranting dan cabangnya.
3. Ianya menjadi sebab dan tujuan manusia diciptakan oleh Allah SWT.
4. Ianya adalah risalah semua rasul.
“Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".
Surah Al-Anbiya ayat 25
“dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
http://gurupislam.blogspot.com/2008/05/aqidah-islamiah-dan-kepentingannya.html