Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
Ilustrasi merupakan elemen yang penting dalam bidang komunikasi visual.Buku cerita kanak-kanak,buku teks dan komik juga merupakan benda yang berada di sekeliling kita semua.
Ilustrasi boleh dihasilkan secara manual, digital menggunakan pelbagai aplikasi dan perisian komputer. Ilustrasi dapat menyampaikan mesej, idea dan pemikiran.
Ilustrasi adalah penghasilan sesuatu imej bagi tujuan dekorasi, interpretasi dan komunikasi secara visual kepada teks, proses idea ataupun konsep. Oleh yang demikian, ilustrasi bukan sahaja merujuk kepada karya akhir yang dipersembahkan,tetapi juga lakaran visual yang dihasilkan melalui proses penjanaan idea bergambar. Ilustrasi boleh dihasilkan dalam pelbagai media, medium dan teknik selagi karya ini menunjukkan representasi visual kepada sesuatu yang ingin digambarkan
Karya ilustrasi juga amnya dikaitkan dengan seni komersial kerana ilustrator 'dibayar' oleh pelanggan bagi menghasilkan karya visual dan mencari penyelesaian kepada isu yang berkaitan komunikasi visual. Contoh jenis ilustrasi yang biasa dihasilkan ialah:
Definisi media ialah alat atau perantara dalam komunikasi dan perhubungan. Media cetak pula ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan. Karya ilustrasi boleh didapati melalui pelbagai media secara bercetak mahupun digital, seperti poster, pengiklanan, pembukusan, buku cerita, buku teks, buku manual, komik, surat khabar,setem, poskad, mural dan banyak lagi
(Computer-generated imagery)
Teknik penghasilan karya ilustrasi sering perubah mengikut peredaran zaman dan kemajuan teknologi dalam menghasilkan bahan dan alatan. Teknik atau stail ialah cara sesuatu medium diaplikasikan dalam penghasilan ilustrasi. Teknik boleh di kategorikan sebagai tradisional dan moden. Teknik tradisional ialah aplikasi bahan dan alatan secara manual, manakala teknik moden menggunakan peranti dan perisian digital ataupun gabungan kedua-dua teknik.
Karya ilustrasi memerlukan proses penjanaan ide agar dapat diolah, diuji nilai dan ditambah baik sebelum sampai kepada karya akhir. Proses ini dapat membantu ilustrator menguji beberapa konsep secara kasar dengan cepat serta mengurangkan risiko karya tersebut ditolak atau tidak mencapai objektif yang dinginkan. Proses ini boleh mengurangkan kos produksi sekiranya dijalankan dengan baik. Terdapat tiga fasa bagi proses penjanaan idea bergambar iaitu Thumbnail, Rough dan Comprehensive.
Fasa penjanaan idea bergambar ini juga membantu ilustrator untuk mendapatkan maklum balas daripada pelanggan dan melakukan penambahbaikan sebelum karya akhir dihasilkan
1.Thumbnail
2.Rough
3.Comprehensive