Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

GERHANA

MANUSIA

TEMA

Cerpen ini bertemakan kepentingan material nilai kemanusiaan.

*Profesor Doktor Juaidi hanya menumpukan rawatan kepada Tuan Besar Musa dan mengabaikan pesakit-pesakit lain kerana mempunyai kepentingan.

*Tuan Besar Musa merupakan ahli perniagaan dan penyumbang dana kepada kelab elit hospital, tempat dia dirawat. Profesor Doktor Juadi bimbang sekiranya Tuan Besar Musa meninggal dunia, tidak akan ada sumbangan untuk majlis makan gilang-gemilang kelab itu.

SINOPSIS

Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan kesibukan di Wad ICU sebuah hospital. Ketika itu, di wad ICU terlantar Tuan Besar Musa yang sedang mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru akibat gaya hidupnya yang tidak sihat. Tuan Besar Musa memerlukan pek darah yang banyak untuk meneruskan hidup. Nusia ; seorang jururawat yang bertugas membantu Profesor Doktor Juaidi dan Doktor Murni di Wad ICU yang menempatkan Tuan Besar Musa. Profesor Doktor Juaidi dan Doktor Murni juga bertanggungjawab merawat semua pesakit di wad tersebut.

Ketika itu, terdapat beberapa orang pesakit lain yang memerlukan darah . Antaranya ialah Solehah yang tenat akibat pundi janinnya pecah di ovari dan al-Hafiz yang terlibat dalam kemalangan yang teruk. Pada wad yang sama , terdapat seorang bayi buangan yang hampir kekeringan darah , seorang gadis yang menjadi mangsa belasahan hingga tinggal nyawa – nyawa ikan dan seorang mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di dalam tubuhnya.

Nusia telah dipertanggungjawab untuk membantu Doktor Murni merawat semua pesakit di wad ICU dan dipantau oleh Profesor Doktor Juaidi yang lebih memberi perhatian kepada Tuan Besar Musa kerana beliau merupakan seorang ahli korporat yang ternama. Beliau banyak memberi sumbangan kepada kelab elit hospital berkenaan. Selain itu, Tuan Besar Musa juga telah menderma beratus ribu ringgit untuk majlis makan malam hospital tersebut. Nusia tidak berpuas hati apabila Profesor Doktor Juaidi tidak memperdulikan pesakit lain disebabkan hanya kerana taraf sosial berbeza. Nusia juga tidak berpuas hati dengan arahan Profesor Doktor Juaidi yang menyuruhnya membawa lima pek darah untuk merawat Tuan Besar Musa , sedangkan beliau sebenarnya sudah tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Nusia kemudiannya menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada Doktor Murni .

Namun , beliau tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Profesor Doktor Juaidi lebih berkuasa di wad tersebut. Akhirnya Tuan Besar Musa telah meninggal dunia dan Dr Murni telah dipersalahkan kerana tidak memberi bantuan darah kepada Tuan Besar Musa. Doktor Murni sedar bahawa setiap insan wajib ditolong tidak kira pangkat dan darjat. Nusia dan Dr Murni sendiri akhirnya yang menderma darah mereka untuk membantu 4 orang pesakit di wad tersebut yang masih memerlukan darah.

PERSOALAN

  • Persoalan tentang tanggungjawab ahli perubatan .

*Doktor Murni dan Nusia bertanggunhjawab untuk merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi .

Setiap pesakit mempunyai masalah kesihatan masing- masing dan perlu diberi rawatan yang sesuai

  • Persoalan tentang ketentuan Tuhan .

*Tuan Besar Musa berada dalam keadaan koma di Wad Rawatan Rapi .

Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkannya, namun akhirnya beliau meninggal dunia kerana ajalnya sudah tiba mengikut ketetapan Tuhan .

  • Persoalan tentang ketidakadilan.

*Profesor Doktor Juaidi hanya menumpukan rawatan kepada Tuan Besar Musa , iaitu pesakit yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat tetapi mengabaikan hak pesakit lain untuk menerima layanan yang sama .

LATAR

  • Zaman moden

Dibuktikan dengan kewujudan Unit Rawatan Rapi yang dilengkapi dengan peralatan moden serta canggih .

  • Waktu siang

Nusia memaklumkan kepada Doktor Murni bahawa bekalan darah di bank darah sudah kering. Hal ini dijelaskan melalui dialog Profesor Doktor Juaidi ketika Tuan Besar Musa disahkan telah meninggal dunia .

LATAR TEMPAT

  • Wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital .

Nusia dan Doktor Murni bertugas di wad Unit Rawatan Rapi sebuah hospital . Pesakit – pesakit di unit tersebut dalam keadaan tenat dan koma . Mereka memerlukan bekalan darah tetapi bekalan di hospital berkenaan hampir habis .

  • Bank Darah.

Nusia berjumpa dengan juruteknik makmal untuk mendapatkan lima pek darah . Pada mulanya juruteknik tersebut enggan memberikan kerjasama tetapi Nusia tetap mendesak kerana mahu menyelamatkan pesakit di Unit Rawatan Rapi . Malahan , dia sanggup menerima sebarang risiko dan akhirnya juruteknik itu akur akan permintaan Nusia .

LATAR MASYARAKAT

Golongan doktor dan jururawat.

*Profesor Doktor Juaidi, Doktor Murni serta Nusia bertugas merawat pesakit kritikal di wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital .

Masyarakat yang dedikasi dalam menjalankan tugas .

*Doktor Murni dan Nusia merawat pesakit di Unit Rawatan Rapi dengan sabar dan penuh dedikasi tanpa mengenal penat . Mereka juga berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit tersebut dengan sedaya upaya mereka .

Masyarakat yang mementingkan ganjaran dalam perkhidmatan .

*Profesor Doktor Juaidi yang mengutamakan rawatan hanya kepada Tuan Besar Musa kerana mengharapkan dana untuk kelab elit hospital itu .

Masyarakat yang pilih kasih.

*Profesor Doktor Juaidi bersikap pilih kasih kerana tidak memberikan perhatian dan rawatan yang sama rata kepada para pesakit di Unit Rawatan Rapi .

WATAK DAN PERWATAKAN

NUSIA

*Nusia bertugas sebagai jururawat di wad Unit Rawatan Rapi .

*Seorang yang berdedikasi terhadap tugasnya dan berusaha untuk merawat pesakit – pesakit yang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi dengan sebaik-baiknya , misalnya memasukkan darah yang diperlukan ke dalam tubuh mereka

*Seorang yang berani .

Beliau berani berhadapan dengan risiko dimarahi oleh Profesor Doktor Juaidi apabila mengambil bekalan darah yang dikhususkan kepada Tuan Besar Musa untuk diberikan kepada pesakit lain .

DOKTOR MURNI

*Doktor Murni bertugas di wad Unit Rawatan Rapi .

*Seorang yang berdedikasi .

Beliau sentiasa berusaha untuk memberikan layanan serta rawatan yang sebaiknya kepada para pesakit .

*Seorang yang berani .

Beliau berani bertentangan pendapat dengan Profesor Doktor Juaidi serta melepaskan jawatan beliau demi memelihara nilai kemanusiaan .

*Seorang yang penyabar.

Beliau tidak mudah melenting apabila diasak dengan pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan oleh Nusia .

PROFESOR DOKTOR JUAIDI

*Profesor Doktor Juaidi merupakan seorang pakar perubatan di wad Unit Rawatan Rapi .

Beliau merupakan ketua bagi Doktor Murni dan Nusia .

*Seorang yang tidak amanah dalam menjalankan tugasnya .

Beliau memberikan bekalan darah kepada Tuan Besar Musa walaupun pesakit itu sudah tidak dapat dipulihkan lagi . Pada masa yang sama , beliau mengabaikan rawatan kepada pesakit – pesakit lain yang lebih memerlukan bekalan darah untuk terus hidup serta masih mempunyai peluang untuk pulih . Hal ini adalah kerana , beliau hanya mementingkan ganjaran dalam perkhidmatannya .

*Seorang yang panas baran .

Beliau marah apabila arahannya tidak dipatuhi oleh orang bawahannya ,misalnya, Doktor Murni serta Nusia .

NILAI

DAN PENGAJARAN

NILAI

1.Dedikasi

Doktor Murni dan Nusia menjalankan tugas mereka di Unit Rawatan Rapi dengan penuh dedikasi sebagai pengamal perubatan .

2.Belas ihsan

Nusia berasa sangat belas kasihan terhadap nasib para pesakit yang berada dalam keadaan kritikal di wad Unit Rawatan Rapi .

3.Keprihatinan

Nusia prihatin akan keadaan beberapa orang pesakit yang kritikal serta amat memerlukan darah lalu beliau menambil tindakan untuk membantu mereka .

4.Ketegasan.

Doktor Murni dan Nusia tegas dengan tidak mematuhi arahan Profesor Doktor Juaidi dalam hal merawat peakit kerana arahannya itu tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab .

5.Keberanian

Nusia berani mengambil bekaln darah yang dikhususkanuntuk Tuan Besar Musa demi menyelamatkan pesakit lainyang lebih memerlukan .Doktor Murni pula memberanikan dirinya meletakkan jawatan kerana mementingkan nilai kemanusiaan

6.Bertanggungjawab

Nusia dan Doktor Murni merawat pesakit-pesakit yang koma dan kritikal di wad Unit Rawatan Rapi dengan penuh tanggungjawab.

4.

PENGAJARAN

1.Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Nusia dan Doktor Murni menjalankan tugas mereka dengan penuh rasa tanggungjawab .

Nusia segera memasukkan gelafundin ke dalam salur Solehah untuk menyelamatkannya .

2.Setiap pengamal perubatan perlulah merawat setiap pesakit dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan .

Sikap Profesor Doktor Juaidi yang merawat demi kepentingan dana kelab elit hospital berkenaan amat tidak wajar dicontohi kerana hanya mementingkan nilai material .

3.Kita mestilah memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri .

Doktor Murni yang meletakkan jawatan beliau hanya kerana mementingkan nilai kemanusiaan dan tidak mahu akur kepada arahan individu yang hanya pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib pesakit lain .

SOALAN - SOALAN KBAT

1) Bagaimanakah pihak kerajaan dapat memupuk rakyat Malaysia menderma darah untuk kegunaan pesakit di hospital?

  • Pihak kerajaan perlu mengadakan kempen menderma darah yang dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia. Pihak kerajaan juga perlu melengkapkan hospital dan pusat menderma darah dengan kemudahan yang sewajarnya. Selain itu, piihak kerajaan juga perlu menyebarkan amalan menderma darah melalui media massa yang semakin meluas.

2) Pada pendapat anda, apakah punca-punca masyarakat tidak gemar menderma darah ?

  • Pada pendapat saya, punca-punca masyarakat tidak gemar menderma darah kerana masyarakat tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan menderma darah. Selain itu, masyarakat tidak mempunyai kesedaran tentang kebaikan menderma darah. Seterusmya. masyarakat berasa takut untuk menderma darah kerana perasaan fobia terhadap jarum suntikan. Akhir sekali, sikap individualistik yang masih menebal dalam kalangan rakyat Malaysia.

3) Pada pandangan anda, mengapakah tabung darah penting bagi sesebuah hospital atau pusat perubatan?

  • Pada pandangan saya, tabung darah penting bagi sesebuah hospital atau pusat perubatan supaya dapat digunakan ketika kecemasan. Seterusnya, setiap manusia mempunyai jenis darah tertentu dan sukar untuk mendapatkan bekalan darah dalam tempoh yang singkat. Akhir sekali, menjadi sebagai tabungan darah bagi pihak hospital apabila menerima ramai pesakit yang memerlukan darah dalam masa yang singkat
Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi