DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
EDUP 3013
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia
Nuraminuddin bin Abdul Rashid
1 PISMP PI1
PPPM 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 merupakan dokumen penting bagi menentukan halatuju dasar pendidikan negara.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan pelan yang telah dibuat selepas Kementerian Pendidikan Malaysia membuat kajian semula secara menyeluruh mengenai sistem pendidikan di Malaysia pada Oktober 2011. Dalam tempoh 15 bulan (Oktober 2011 hingga Disember 2012), hasilnya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan.
Dengan adanya Pelan Pembangunan Pendidikan ini, visi dan aspirasi yang jelas dapat diwujudkan untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang. Selain itu, transformasi sistem pendidikan yang komprehensif dapat diwujudkan merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.
DASAR-DASAR PENDIDIKAN BARU OLEH KPM
Dasar pendidikan semasa
- MEMARTABAT BAHASA MELAYU & MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS [ MBMMBI]
- PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH [PBS]
- KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH [KSSR]
- BIDANG KEBERHASILAN EKONOMI NEGARA [NKEA]
- BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA [NKRA]
- TRASNFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL