Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

Percampuran Kod

Percampuran Kod

Definisi

  • Menurut Mahmor, N. A. et al. (2014), percampuran kod (code mixing) merupakan satu fenomena percampuran bahasa secara tidak bersistem atau tidak teratur antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris dalam sesuatu pertuturan yang sama atau tajuk yang sama.
  • Maksud yang lain menyatakan bahawa percampuran kod ialah penggunaan pelbagai unit linguistik dari segi imbuhan, kata, frasa, dan klausa daripada dua sistem tatabahasa yang berlainan dalam satu ayat. Tambahan lagi, percampuran kod ini memerlukan minimum dua bahasa yang peraturannya diintegrasikan dalam satu ayat.
  • Dalam kalangan masyarakat, percampuran kod ini dikenali sebagai bahasa rojak.

Faktor

Faktor

1. Sistem pendidikan negara yang berlandaskan kedwibahasaan.

  • Pengaruh dan kepentingan dalam sistem pendidikan yang kuat menyebabkan secara tidak sengaja perkara ini mampu mempengaruhi dalam sistem pertuturan seharian seperti penutur menggunakan percampuran kod yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana kedua-dua bahasa ini merupakan bahasa yang dominan di kalangan masyarakat di Malaysia.

Sistem pendidikan negara yang berlandaskan kedwibahasaan.

Unsur kemodenan

2. Unsur kemodenan

  • Percampuran kod ini merupakan gaya bahasa yang terkenal masa kini terutama bagi percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
  • Perkara ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan penutur di negara ini hanya kerana ingin menunjukkan ketinggian status sosialnya atau menunjukkan dirinya adalah orang yang berpelajaran tinggi.
  • Segelintir masyarakat juga mempunyai pandangan dan fikiran yang merasakan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang lebih berkualiti berbanding bahasa Melayu.

Ekonomi

3. Ekonomi

  • Ramai dalam kalangan penutur yang memilih perkataan yang lebih mudah dan ringkas.
  • Contohnya, penutur bahasa Melayu akan menyerapkan kosa kata dalam bahasa Inggeris bagi menggantikan kosa kata dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang lebih panjang berbanding dengan kosa kata dalam bahasa Inggeris seperti perkataan ‘result’ terdiri daripada dua suku kata yang menggantikan perkataan ‘keputusan’ yang terdiri daripada empat suku kata.

4. Peminjaman bahasa

  • Terdapat penggunaan istilah-istilah tertentu dalam bidang-bidang tertentu seperti ekonomi, sains dan sebagainya yang menggunakan istilah daripada bahasa Inggeris dan bahasa lain ke dalam bahasa Melayu. Contohnya ialah perkataan ‘antibodi’.

Peminjaman bahasa

Implikasi

  • Kata asing lebih mudah diserap masuk ke dalam sistem bahasa Melayu dan merosakkan struktur, gaya dan tatabahasa bahasa Melayu.
  • Penggunaan bahasa kebangsaan tidak bermutu akan merebak dan penggunaan tatabahasa yang betul akan disisihkan.
  • Ideologi hegemoni barat mudah diserap masuk ke dalam negara melalui pelbagai bidang.
  • Generasi muda terutamanya akan menjadi keliru terhadap sistem tatabahasa Melayu dan beranggapan bahawa perkara yang dilihat tersebut adalah tepat dan biasa.
  • Kesan terhadap diri individu ialah jati diri masyarakat semakin lemah dan berkurangan.

Cara mengatasi

Cara mengatasi isu percampuran kod

  • Para guru perlu bijak menyusun strategi pengajaran bahasa Melayu untuk memupuk sikap cinta akan bahasa kebangsaan kepada pelajar.

1

  • Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu menggunakan bahasa Melayu yang standard terutamanya supaya perkara ini dapat menjadi kebiasaan dalam diri pelajar.

2

  • Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melakukan Pelan Bahasa Melayu Bahasa Ekonomi dalam perindustrian serta melestarikan bahasa Melayu.

3

  • Pihak DBP perlu mempromosikan kandungan pustaka warisan seperti pantun, peribahasa serta simpulan bahasa melalui platform digital yang bersesuaian dengan perkembangan semasa.

4

  • Pihak kerajaan mengadakan kursus bahasa kebangsaan untuk pegawai dan kakitangan awam untuk memberi pengetahuan bahasa kebangsaan yang mencukupi kepada pegawai dan kakitangan kerajaan supaya pentadbiran boleh dijalankan dengan menggunakan bahasa kebangsaan.

5

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi