Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
Laci Interaktif Prinsip Inventif ini adalah satu Alat Bantu Mengajar untuk memudahkan guru ketika melaksanakan PdPc bagi Topik Kaedah Penyelesaian Masalah Secara Inventif. ABM ini juga adalah satu kaedah yang memberikan contoh nyata kepada pelajar untuk dapat memahami dan mengingati penentuan kaedah secara pemisahan.
1
PEMISAHAN RUANG
PEMISAHAN MASA
2
Adakah diperlukan pada masa yang sama? (YA)
Percanggahan berlaku pada masa yang sama.
Memisahkan bahagian yang mendatangkan gangguan daripada objek.
Contoh:
Pemisahan unit pendingin hawa di dalam dan diluar bangunan supaya bunyi bising dan haba dapat diasingkan
Pemisahan kawasan larangan merokok di tempat makan
Menggunakan filem nipis atau cengkerang boleh lentur untuk menggantikan struktur biasa.
Membalut, melapik dan membungkus objek.
Mengasingkan objek dengan menggunakan cengkerang fleksibel dan filem nipis.
Contoh:
Bubble-wrap
Pelindung cahaya cermin kereta
Mengubah struktur objek dan pengaruh luaran daripada seragam menjadi tidak seragam.
Membuat setiap bahagian objek memenuhi fungsi yang berbeza
Contoh:
Bekas menyimpan makanan yang mempunyai pelbagai petak berbeza dan pelbagai fungsi
Pisau Swiss Army
Meletakkan atau memasukkan satu objek ke dalam satu objek yang sama tapi berlainan saiz.
Contoh:
Antena radio yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan.
Tempat menyimpan stylus sesetengah tablet atau laptop.
Membahagiakan objek kepada beberapa bahagian kecil.
menjadikan objek mudah dilerai.
meningkatkan darjah kebolehbahagian.
Perubahan ke peringkat lebih kecil.
Mengubah bentuk daripada simetri menjadi tidak simetri
Contoh:
Tukarkan bentuk bulat jam dinding ke bentuk tidak sekata
Menukar bilah kipas dari 4 menjadi 3 atau 5
Mengadakan bahagian baharu antara dua objek.
Menggunakan objek atau proses pengantara.
Mencantumkan dua objek secara sementara.
Contoh:
Sarung tangan ketuhar menjadi pengantara antara tangan dengan objek panas.
Adakah diperlukan pada masa yang sama? (TIDAK)
Percanggahan berlaku pada masa yang sama.
Memecahkan satu objek kepada bahagian kecil yang boleh bergerak.
Mengubah sesuatu bahagian objek daripada tidak bergerak kepada bahagian yang bergerak, dan sebaliknya.
Contoh:
Meja makan yang boleh dilipat untuk dibesarkan
Stereng kereta yang boleh diubah ketinggian
Melakukan tindakan awal untuk mengawal risiko.
Contoh:
Beg udara dalam kereta untuk mengurangkan risiko kecederaan dalam kemalangan
Menukar tindakan berterusan kepada tindakan berkala.
Contoh:
Lampu jalan menyala berkala mengikut waktu siang dan malam.
Jika tindakan tidak terhasil, lakukan tindakan yang sama tetapi secara berlebihan atau berkurangan agar dapat memudahkan penyelesaian.
Contoh:
Dalam masakan, penambahan gula/garam untuk mengurang atau menambah rasa masakan.
Menggunakan prinsip terma (pengembangan atau pengecutan) terhadap sesuatu bahan.
Contoh:
Pemutus litar yang menggunakan prinsip terma pemula lampu pendarflour
Menjalankan sesuatu kerja secara berterusan.
Contoh:
Jana kuasa elektrik
Membuang bahagian yang telah menjalankan fungsinya.
Contoh:
Kapsul ubat yang boleh larut.