Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
Dunn dan Dunn (1978) telah menyatakan bahawa pelajar mampu untuk meningkatkan prestasi jika proses pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan gaya pembelajaran mereka.
Model ini menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang dalam menumpu, memproses, menyerap dan mengingati maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Terdapat beberapa prinsip yang perlu difahami dalam model ini.
Suka belajar tanpa bising atau dengan mendengar muzik.
Mengambil kira aspek berkenaan dengan kesesuaian diri memilih tempat yang sesuai
untuk belajar.
Suka belajar di tempat yang sejuk kerana suhu yang panas menyebabkan fikiran dan emosi seseorang terganggu.
Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di atas lantai.
Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru.
Boleh belajar dalam jangka masa yang pendek atau panjang.
Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru.
Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara.
Suka belajar melalui visual, auditori, taktikal dan kinestetik.
Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar.
Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa.
Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar.
Suka belajar secara sendirian.
Suka belajar secara pasangan.
Suka belajar dengan rakan sebaya.
Pelajar global suka belajar secara menyeluruh manakala pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis.
Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak.