Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

KESULTANAN JOHOR RIAU

Nurin Nabeeha Binti Mohd Rashidan

Nini Syuryani Binti Zainudin

Nur Syasya Yasmin Binti Basar

Muhammad Aqil Iqwan Bin Yahaya

Siti Aisyah Binti Kamalrudin

Muhammad Azarudin Bin Suhaimi

Muhammad Hafizam Bin Zakaria

Siti Nur Evana Binti Muhammad Marzuki

Nur Imanina Binti Muhammad Arif

Muhammad Yazid Bin Junaidi

PENGENALAN

-Kesultanan Melayu yang diasaskan oleh putera Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah II pada 1528.

-Pada tahun 1511, Johor ialah sebahagian daripada Kesultanan Melaka sebelum Portugis menakluk ibu kota Melaka.

-Kesultanan ini memerintah kawasan yang kini merupakan Johor, Pahang, Terengganu, dan kawasan yang terbentang dari Sungai Klang ke Sungai Linggi.

-Semasa zaman penjajahan, kawasan tanah besar ditadbir oleh British, manakala bahagian kepulauan ditadbir oleh Belanda, menyebabkan pemecahan kesultanan kepada Johor dan Riau.

KEGEMILANGAN SULTAN JOHOR RIAU

TUMPUAN PARA PEDAGANG

-Pedagang daripada China, Gujerat, Belanda, dan pedagang Inggeris.

-Johor dijadikan sebagai pelabuhan pilihan oleh pedagang Jawa disebabkan mereka tidak berminat untuk berdagang dengan Portugis di Melaka.

-Hasil pertanian seperti beras dipasarkan oleh pedagang Siam.

KEDUDUKAN STRATEGIK

-Pelabuhan Riau menjadi tumpuan para pedagang luar untuk berurus niaga.

-Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka membolehkan lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat.

-Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor telah dimiliki oleh kapal besar disebabkan oleh Sungai Johor yang lebar dan dalam.

PUSAT PENGUMPULAN & PENGEDARAN BARANG DAGANG

- Tanah jajahan & naungan Johor ialah lada hitam, bijih timah dan emas.

- Lada hitam dari Jambi dan emas dari Inderagiri.

-Bijih timah dari Klang, Sungai Ujong & Bernam serta Pulau Bangka, Sumatera.

-Pelabuhan batu Sawar menjadi pusat perdagangan untuk barangan dari China.

-Johor mendapat bekalanberas yang diniagakan oleh pedagang Siam.

PUSAT PEMERINTAHAN

PUSAT PEMERINTAHAN KOTA KARA

-Membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tuan, 1528.

- Berhampiran sungai dan memudahkan kapal untuk keluar masuk.

-Kawasan berbukit bukau menjadi benteng pertahanan daripada ancaman luar.

PUSAT PEMERINTAHAN KOTA SAYONG

-Kota Kara diserang & dimusnahkan oleh Portugis pada 1535.

-Berundur & membuka pusat pemerintahan oleh Kota Sayong.

-Lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar melintasi sungai yang sempit.

PUSAT PEMERINTAHAN KOTA BATU

-Memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor Lama.

-Dikenal sebagai Tanjung Batu.

CABARAN

KEARAH

KEGEMILANGAN

CABARAN KEARAH KEGEMILANGAN

PERSAINGAN JOHOR -ACHEH-PORTUGIS

- Berperang untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka.

- Perang Tiga Segi atau Perang Seratus Tahun.

-Peperangan berakhir apabila Johor memberikan bantuan kepada Belanda untuk mengalahkan Portugis dan menguasai Melaka.

- Acheh mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani.

PERANG JOHOR-JAMBI

- Menuntut wilayah Tungkal.

- Krisis dan peperangan berlaku dari tahun 1659 hingga 1679.

- Johor menyerang Jambi pada bulan Jun 1679.

- Jambi tewas dan tunduk di bawah kuasa kesultanan Johor Riau yang berpusat di Riau.

- Antara bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil untuk menguasai pemerintahan kerajaan Johor.

- Berakhir dengan pengunduran Laksamana Tun Abdul Jamil ke Terengganu.

- Keturunan bendahara kembali berpengaruh dalam pemerintahan Kerajaan Johor Riau.

-Tun Habib meninggal dunia dan dikenali dengan gelaran bendahara Padang Saujana.

- Jawatan bendahara digantikan oleh anaknya, Tun Abdul Jalil.

KONFLIK PEMBESAR

- Menyerang Johor pada tahun 1718 disebabkan oleh takhta kerajaan Johor.

- Mendakwa dirinya sebagai Putera Sultan Mahmud Shah 1 dan mengistyharkan dirinya sebagai Sultan Johor Riau dengan menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.

- Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV meminta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil.

- Raja Kechil dapat diselamatkan dan Raja Sulaiman telah ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, manakala Daeng Merewah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda atau Yamtuan Muda Bugis yan pertama di Johor.

ANCAMAN RAJA KECHIL

STRATEGI MENGHADAPI CABARAN

STRATEGI MENGHADAPI CABARAN

- Banyak pusat pemerintahan di sepanjang pesisir sungai Johor.

- Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, Kepulauan Riau Lingga menjadi pusat pemerintahan yang baharu.

- Sering berpindah disebabkan keperluan strategi ketenteraan dan pertahanan serta muslihat mempertahankan diri daripada ancaman Portugis dan Acheh.

PEMINDAHAN PUSAT PEMERINTAHAN

- Berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan dan mempunyai bentuk serta ciri yang tersendiri.

- Kota Kara telah dibina oleh Sultan Alaudin Riayat Shah 1 di Kuala Sungai Telor. Pagarnya dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40 kali atau bersamaan 12 meter dan diperkuat dengan bedil dan meriam.

MEMBINA KOTA PERTAHANAN

- Mengadakan perjanjian persahabatan dengan pihak Belanda untuk mengekalkan kedaulatan kerajaan.

- Perjanjian dibuat untuk dijadikan strategi bagi menghadapi ancaman daripada Portugis di Melaka dan Acheh.

- Hubungan antara Johor- Belanda bermula apabila Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II bagi melindungi Johor daripadaserangan Acheh dan Portugis.

- Perjanjian Johor-Belanda telah dibuat pada 17 Mei 1606 antara Admiral Belanda, Cornelis Matelief de jonge dan Sultan Alauddin Riayat Shah II di atas kapal Belanda bernama Oranje.

- Johor telah membantu Belanda untuk menyerang Melaka.

- Johor memberi bantuan kepada Belana mengepung dan menyerang Portugis di Melaka sejak 2 Ogos 1640.

- Portusi telah berjaya ditewaskan di Melaka pada Januari 1641.

MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN BELANDA

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi