Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

KESULTANAN JOHOR-RIAU

PENGENALAN

PENGENALAN

Kesultanan Johor-Riau telah diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka.

Kerajaan ini juga mewarisi sistem pemerintahan dan pentadbiran serta wilayah jajahan takluk dan naungan Kesultanan Melayu Melaka.

Pengasasan Kerjaan

Pengasasan Kerjaan

Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah.

Baginda telah menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-1564).

Bendahara Seri Nara Diraja dititah menghimpunkan rakyat untuk membuka negeri di persisir Sungai Johor.

Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tuan

Pusat Pemerintahan Kota Kara

Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun 1528.

Kota Kara berkedudukan yang strategik iaitu berhampiran dengan sungai yang lebar dan memudahkan kapal untuk keluar masuk.

Kawasan berbukit bakau di sekitar Kota Kara menjadi benteng pertahanan daripada ancaman luar.

Peta Kota Kara, Pekan Tua

Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang

Pusat Pemerintahan Kota Sayong

Pusat pemerintahan di Kota Kara telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1535.

Sultan Alauddin I telah membuka pusat pemerintahan baharu di Kota Sayong, Sayong Pinang.

Kedudukan pusat pemerintahan ini lebih strategik kerana hanya terdapat sungai yang kecil serta menyusahkan kapal untuk melaluinya.

Peta Kota Sayong

Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama

Pusat Pemerintahan Kota Batu

Pada tahun 1540, sekali lagi Sultan Alauddin I telah memindahkan pusat pemerintahannya ke Kota Batu, Johor Lama.

Kawasan ini dikenali sebagai Tanjung Batu.

Mempunyai kedudukan yang strategik. Terletak di Sungai Johor dapat memudahkan kapal untuk berdagang.

Peta Kota Batu

CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN

CABARAN-CABARAN

Persaingan Johor-Acheh-Portugis

  • Berlaku perebutam kuasa diantara tiga kuasa ini untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka.
  • Peperangan ini berakhir apabila Johor memberikan bantuan kepada Belanda untuk mengalahkan Portugis dan menguasai Melaka pada tahun 1641.
  • Acheh mengalami kemerosotan apabila Sultan Iskandar Thani mangkat.

Persaingan Johor-Acheh-Portugis

Perang Johor-Jambi

  • Johor menuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi.
  • Krisis peperangan ini berlaku dari tahun 1659-1679.
  • Johor menerang Jambi pada bulan Jun 1679 dan berjaya menewaskan Jambi.
  • Jambi berada di bawah takhlukan Kesultanan Johor Riau.

Perang Johor-Jambi

Konflik Pembesar

  • Berlaku perebutan antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil untuk menguasai Kerajaan Johor Riau.
  • pengunduran Laksamana Tun Abdul Jamil ke Terengganu menamatkan perebutan kuasa.
  • Keturunan Bendahara kembali berpengaruh dalam pemerintahan Kerajaan Johor Riau.

Ancaman Raja Kecil

  • Raja Kecil menyerang Johor pada tahun 1718 kerana menuntut takhta kerajaan Johor.
  • Baginda mendakwa dirinya sebagai putera Sultan Mahmud Shah I (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang 1685-1699). Banginda menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
  • Sultan Sulaiman putera kepada Sultan Abdul Jalil Raiyat Shah IV meminta bantuan daripada Opu Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kecil.
  • Raja Kecil dapat dikalahkan pada 4 Oktober 1722.
  • Sultan Sulaiman diangkat menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760).
  • Daeng Merewah telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda.

Ancaman Raja Kecil

Strategi-Strategi Menghadapi Cabaran

STRATEGI MENGHADAIPI CABARAN

Pemindahan Pusat Pemerintahan

  • Pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau terletak di sepanjang persisir Sungai Johor.
  • Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1677-1685), kegemilangan Kesultanan Johor Riau diteruskan di Kepulauan Riau Lingga yang menjadi pusat pemerintahan yang baharu.
  • Pusat pemerintahan yang sering berpindah disebabkan oleh keperuan strategi ketenteraan dan pertahanan daripada ancaman Acheh dan Portugis.

Membina Kota Pertahanan

Kota pertahanan yang dibina sering berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan.

Membina Kota Pertahanan

Kota Kara

i. Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I.

ii. Terletak di Sungai Telor.

iii. Pagar dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40 kaki (12 meter).

iv. Diperkuatkan dengan bedil dan meriam.

Peta

Menjalinkan Hubungan dengan Belanda

  • Kesultanan Johor Riau telah menjalinkan perjanjian dengan Belanda.
  • Dasar berbaik-baik dengan Belanda dilakukan untuk menghadapi ancaman daripada Portugis dan Acheh.

Menjalinkan Hubungan dengan Belanda

Perjanjian Johor-Belanda

Perjanjian

  • Hubungan Johor-Belanda bermula pada tahun 1602.
  • Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II (1597-1615) untuk melindungi Johor daripada serangan Portugis dan Acheh.
  • Perjanjian Johor-Belanda ditandatangai pada 17 Mei 1606 antara Admiral Belanda, Cornelis Matelief de Jonge dan Sultan Alauddin Riayat Shah II di atas kapal Oranje.

Bantuan kepada Belanda

Memberi bantuan kepada Belanda

  • Belanda meminta bantuan Johor untuk menyerang Melaka.
  • Johor mengambil bahagian dalam perang Belanda-Portugis dengan memberikan bantuan:
  • Membantu mengankut peralatan perang.
  • Membuat tapak meriam.
  • Menggali parit kubu.
  • Menyekat musuh lari ke dalam hutan.
  • Menaikkan semangat tentera Belanda.
  • Johor membantu Belanda mengepung dan menyerang Portugis di Melaka sejak 2 Ogos 1640.
  • Portugis berjaya ditewaskan pada Januari 1641.

Pusat Perdagangan dan Pelabuhan Entrepot

PUSAT PERDAGANGAN YANG UNGGUL

Kedudukan Strategik

  • Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal besar kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam.
  • Kedudukan di kawasan Selat Melaka membolehkannya untuk mengawal lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat.
  • Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas perdagangan.

Tumpuan Para Pedagang

  • Tumpuan pedagang dari China, Gujerat, Belanda dan pedagang Inggeris.
  • Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai pelabuhan pilihan disebabkan tidak berminat berdagang dengan Portugis di Melaka.
  • Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti beras.
  • Menjadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan dan naungan di Alam Melayu.

Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Barang Dagangan

Pusat pengumpulan dan Pengedaran

  • Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naugan Johor ialah lada hitam, bijih timah dan emas.
  • Bijih timah dibawa masuk dari Klang, Sugai Ujong dan Bernam.
  • Lada Hitam dari Jambi dan emas pula dari Inderagiri.
  • Pelabuhan Batu Sawar menjadi pusat perdagangan barangan dari China.
  • Antaranya benang emas, kain sutera putih dan barangan tembikar.
  • Beras diperoleh daripada pedagang Siam.

Kesibukan Pelabuhan Johor Riau

  • Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa di pelabuhan Johor.
  • Antaranya ialah daripada kapal Siam, Portugis, Inggeris dan dari Alam Melayu.

PENGURUSAN PELABUHAN

Pengurusan Pelabuhan

Kemudahan Pelabuhan

KEMUDAHAN PELABUHAN

  • Menyediakan duang bawah tanah untuk menyimpan barang.
  • Menyediakan pegawai terlatih untuk mengendalikan urusan perdagangan.
  • Membekalkan barangan rempah ratus yang diperlukan oleh pedagang.

Urusan Jual Beli

URUSAN JUAL BELI

  • Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan mata wang.
  • Sultan Alauddin Riayat Shah I memperkenalkan mata wang emas yang dikenali sebagai mas, wang perak sebagai kupang dan wang timah sebagai katun.
  • Akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda digunakan.
  • Syahbandar ditugaskan untuk mengendalikan sistem jual beli dan kutipan cukai pelabuhan.

Sistem Naungan

SISTEM NAUNGAN

  • Pedagang luar dan pedagang temmpatan mendapat naungan daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja Indera Bongsu.
  • Sebahagian hasil keutungan diberikan kepada pihak yang memberikan naugan.
  • Pedagang dapat surat kebenaran daripada Belanda dan dapat belayar tanpa gangguan di Selat Melaka.

Peranan Orang Laut

PERANAN ORANG LAUT

  • Mereka ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang, penunjuk arah kepada para pedagang dan mengawal perairan Johor dan Selat Melaka.
  • Terlibat dalam mengawal keselamata Kesultanan Johor Riau dengan menjadi angkatan tentera laut.

Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal

KEMUDAHAN MEMBAIKI DAN MEMBINA KAPAL

  • Pelabuhan di Johor mempunyai kemudahan membaiki dan membin kapal bersaiz kecil.
  • Orang Laut mahir dalam pembinaan kapal.
  • Kemudahan ini membantu memajukan Kesultanan Johor Riau.

PUSAT PERSURATAN

PUSAT PERSURATAN

Karya Agung

KARYA AGUNG

Kesultanan Johor Riau banyak menghasilakn karya agung. Karya agung bermaksud karya yang tertulis dalam bahasa Melayu yang mampu mencetuskan unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu.

Sulalatus Salatin

  • Bermaksud Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-Raja.
  • Naskah asal karya ini bernama Hikayat Melayu telah disusun dan ditulis semula oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612.
  • Kandungannya menceritakan asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

Gambar Buku

Hikayat Hang Tuah

  • Nashkah ini telah dihasilkan oleh pengarang Johor selepas kekalahan Portugis di Melak pada tahun 1641.
  • Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentas sepanjang zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
  • Kandungannya berkaitan dengan ketaan atau kesetiaan Hang Tuah kepada raja dan Kesultnaan Melayu Melaka.

Gambar

Tokoh Persuratan

TOKOH PERSURATAN

Tun Seri Lanang

  • Nama sebenar ialah Tun Muhammad Bin Tun Ahmad Paduka Raja.
  • Dilahirkan di Bukit Seluyut. kota Tinggi pada tahun 1565.
  • Menjadi Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II.
  • Menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin atas titah Raja Abdullah, adinda Sultan Alauddin Riayat Shah II.
  • Dilantik sebagai penasihat Sultan Iskandar Muda, Acheh dan menjadi Raja Uleebalang di Samarlanga.

Gambar

Karya Lain

KARYA LAIN

  • Tajul Salatin atau Mahkota Raja-Raja ditulis oleh Bukhari al-Jauhari.
  • Merupakan antara karya persuratan yang tersohor dihasilkan pada zaman Kesultanan Johor Riau.
  • Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis dan Gurindam Dua Belas dikarang oleh Raja Ali Haji.
  • Hikayat Anak Panah Sedosa dikarang oleh Tun Hisap Misai.
  • Syair Ungku Puteri dikarang oleh Raja Ahmad.
Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi