Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

Silir Daksina

Bab 10- Pusara

Nur Syamimi Binti Sabdin

Nolan Oh Guntobon

Tauke Ong bermurah hati untuk meminjamkan motosikalnya.

Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa kubur ayahnya berada di bawah pohon kemboja yang besar.

1

2

Kira-kira sepuluh minit kemudian, Haiqal tiba di kawasan tanah perkuburan.

Haiqal mencari kubur arwah ayahnya. Kemudian, dia membaca surah al-Fatihah dan berselawat ke atas nabi, seterusnya membaca surah Yassin.

Haiqal menahan air mata yang perlahan-lahan menuruni pipinya. Dia berasa amat rindu kepada arwah ayahnya itu.

3

Semasa Haiqal menunggang motosikal, tiba-tiba hatinya tergerak untuk memberhentikan motosikalnya berhampiran dengan sekumpulan remaja yang sedang memancing ikan.

Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan usia 40-an sedang mengunjun ikan haruan.

Dia dikenali sebagai Pak Cik Bakar atau Pak Cik Burn oleh budak-budak muda kampung.

Ayah Haiqal telah dianggap seperti saudara kandung Pak Cik Bakar.

4

Pak Cik Bakar mempelawa Haiqal ke rumahnya untuk bercerita lebih lanjut tentang arwah ayahnya.

Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid, Haiqal ke warung Wak Min untuk mengisi perut.

Lamunan Haiqal tersentak apabila bahunya ditepuk oleh Pak Cik Bakar dari arah belakang.

Pak Cik Bakar mengatakan bahawa ingatannya terhadap arwah ayah Haiqal tidak pernah padam.

5

Pak Cik Bakar menanyakan Haiqal sama ada dia pernah melihat persembahan zapin atau tidak. Haiqal mengatakan bahawa dia tidak pernah menyaksikan persembahan zapin di depan mata dan hanya menontonnya di televesyen.

Haiqal, Pak Cik Bakar, Wak Arif dan Haji Salim berbual-bual mengenai tarian zapin.

Perbualan Haiqal dengan Pak Cik Bakar tidak berakhir di warung Wak Min. Pak Cik Bakar mengajak Haiqal ke rumahnya. Mereka berbual-bual di anjung rumah Pak Cik Bakar.

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi