HAK DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA
Disediakan oleh :
1. Haikel Arazi Rizan B. Jimmi Rizan
2. Nur Arina Bt. Awang Mat Hassan
3. Nur Syahidah Bt. Azmi
4. Siti Nur Nadiah Bt. Anuar
PENDAHULUAN
1.0
Hak keistimewaan orang Melayu membincangkan tentang kedudukan istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
1.1
Dalam Perlembagaan Persekutuan di dalam perkara 153 telah mendefinisikan orang Melayu sebagai seorang yang :
- menganuti agama Islam
- bertutur dalam bahasa Melayu
- menurut adat istiadat Melayu
- (a) lahir sebelum hari merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibubapa lahir di Persekutuan atau di Singapura pada hari merdeka dan menetap di Persekutuan dan di Singapura
- (b) atau ia adalah keturunan seseorang tersebut.
1.2
Di bawah peruntukan ini, Yang Di-Pertuan Agong (YDP) bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.
1.3
YDP melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dengan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, dalam pemberian biasiswa dan bantuan dan kemudahan pendidikan.
Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi pelaksanaan undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi Tanah Rizab Melayu.
1.4
2.0
HAK DAN KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA
PERKARA 153
PERKHIDMATAN AWAM
2.1
Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.
PERKARA 153
EKONOMI
2.2
Bantuan ekonomi perlu mengikut peraturan bagi membolehkan orang Melayu mendapat lesen atau kebenaran tertentu bagi menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti lain.
PERKARA 153
PERUNTUKAN BIASISWA
2.3
Peruntukan biasiswa atau bantuan lebih banyak kepada pelajar Melayu daripada bukan Melayu.
PERKARA 89 & 90
HAK TANAH
2.4
- Kerajaan negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat, kerajaan negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai.
- Luas tanah orang ramai tidak boleh melebihi luas tanah orang Melayu.
- Tanah milik orang Melayu tidak boleh diambil bagi tujuan orang bukan Melayu.
3.0
KEPENTINGAN KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA
3.1
Bertujuan untuk menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini.
3.2
Bertujuan untuk mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang ketinggalan dalam semua bidang kehidupan, supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju.
PERISTIWA YANG BERKAITAN DENGAN HAK ISTIMEWA MELAYU
4.0
4.1
- Bermula dengan rungutan dan desakan yang dibuat oleh raja-raja Melayu dalam sidang durbar (1897) di Kuala Kangsar.
- Pelbagai enakmen untuk melindungi tanah orang Melayu mula diluluskan (1913).
- Peruntukan ini dipinda dan diperluas demi meliputi kedudukan rakyat asal Sabah dan Sarawak (1971).
4.2
Peristiwa 13 Mei 1969 :
- Orang Melayu berasa mereka tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi, lalu diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.
- Bantuan terhadap bukan Melayu yang memerlukan juga tidak boleh diabaikan.
4.3
Sabah dan Sarawak :
- Hasil rundingan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang membabitkan Kuala Lumpur, Kuching dan Jesselton atau Kota Kinabalu.
- Ia kemudiannya dikenali Perjanjian 20 Perkara untuk Sabah dan Perjanjian 18 Perkara untuk Sarawak.
4.4
- Ia seterusnya diterjemahkan ke dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang ditandatangani di London pada Julai 1963. Pihak yang terbabit ialah Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
- Perjanjian Malaysia itu seterusnya diterjemahkan menjadi Akta Malaysia pada 26 Ogos 1963, dan ia dikuatkuasakan mulai 16 September 1963.
CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MEMPERTAHANKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
5.0
5.1
Hak keistimewaan orang Melayu diugut untuk dihapuskan kerana wujudnya anggapan dalam kalangan masyarakat bukan Melayu bahawa kerajaan berlaku tidak adil dan melakukan diskriminasi terhadap golongan bukan bumiputera.
Contoh-contoh Cabaran :
- Hapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
- Hapuskan ekuiti 30%
- Menggunakan Meritokrasi
- Tender terbuka
5.2
5.3
Menggunakan Perkara 153 bagi
mewujudkan propaganda yang tidak perlu demi kepentingan orang Melayu dan bumiputera.
5.4
Lahirnya pelbagai media alternatif yang memberi kebebasan tanpa sempadan kepada sesiapa yang bersuara termasuk isu-isu sensitif berkenaan keistimewaan orang Melayu tanpa memikirkan implikasinya.
Sistem pembelajaran yang tidak jelas mengenai sejarah dan perlembagaan menyebabkan Perkara 153 disalah anggap sebagai diskriminasi oleh orang bukan Melayu.
5.5
6.1
- Orang bukan Melayu mahu orang Melayu bersaing dengan mereka tanpa sebarang keistimewaan.
- Matlamat mereka hanya satu iaitu ingin melihat Melayu tersungkur di bumi sendiri sehingga akhirnya kuasa ekonomi menentukan masa depan politik.
6.2
- Kita tidak seharusnya menjadi rakyat yang sangat sombong dan ego dengan pencapaian yang telah kita capai dan miliki sekarang.
- Jangan jadi kacang lupakan kulit hanya kerana kita selesa dengan kehidupan sekarang, maka kita cuba untuk membangkitkan isu-isu yang tidak patut kita bangkitkan.
6.3
- Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa.
- Perjanjian sosial ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu dipersoalkan lagi.
7.0
Q & A
Selamat Menjawab Soalan