Kajian Literatur
Model Penilaian KIPP (Stufflebeam, 1971)
Ujian Personaliti Holland (1997)
- Penilaian Model KIPP ini akan melihat penilaian secara sains pengumpulan maklumat untuk membuat keputusan. Proses ini adalah untuk mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan.
- Peranan personaliti belia akan dapat dilihat dalam mempengaruhi setiap penilaian program latihan berdasarkan Model KIPP disebelah.
- Model ini juga turut membincangkan enam elemen iaitu perkembangan jenis personaliti, perubahan personaliti, kebolehan personal, tingkahlaku kerjaya, tingkahlaku pendidikan dan tingkahlaku sosial
- Menurut Holland sekiranya kita mengetahui pola personaliti individu dan pola persekitaranya secara prinsipnya, dengan menggunakan pengetahuan tentang jenis personaliti dan model persekitaran, kita boleh meramalkan beberapa perkara yang mungkin terjadi hasil daripada padanan tersebut. Ini termasuklah aktiviti-aktiviti seperti pemilihan kerjaya, pertukaran kerjaya, pencapaian vokasional, kecekapan personal, tingkahlaku pendidikan serta pergaulan sosial (Zhu et al., 2018).
Integrasi Psikometrik AI dalam Sistem Penilaian Berasaskan Data
Faedah Integrasi
Program latihan dapat disesuaikan mengikut personaliti individu, meningkatkan kesesuaian dan keberkesanan.
- Keberhasilan yang Terukur
Model KIPP menyediakan kerangka sistematik untuk menilai keberhasilan latihan, manakala psikometrik AI menambah dimensi ramalan dan analisis mendalam.
- Peningkatan Kebolehpasaran
Gabungan ini membantu belia memahami kekuatan mereka dan menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran kerja dengan lebih baik.
Psikometrik AI mengotomatisasikan proses penilaian, pemadanan, dan pemantauan, mengurangkan masa dan kos operasi.
Psikometrik AI dapat diintegrasikan dalam platform digital yang menggabungkan kedua-dua pendekatan Holland dan model KIPP:
- Pengumpulan data holistik: Menggabungkan data personaliti, minat, dan kemajuan latihan untuk menghasilkan laporan keberhasilan yang menyeluruh.
- Analitik prediktif: Menggunakan machine learning untuk meramalkan keberhasilan latihan berdasarkan profil peserta, jenis latihan, dan hasil sebelum ini.
- Peningkatan program secara berterusan: Data daripada analisis KIPP digunakan untuk memperbaiki reka bentuk latihan pada masa akan datang.
Metodologi
Pembangunan Bakat Belia Berasaskan Psikometrik AI: Menyokong Keberhasilan Program Upskilling dan Reskilling di Malaysia
Deskripsi Metodologi
Kajian ini akan dilakukan dengan menggunakan tiga fasa iaitu, fasa kualitatif, kuantitatif dan pembentukan kerangka. Berikut merupakan perincian kajian bagi fasa tersebut.
Fasa 1: Kualitatif (Kajian Dokumen)
Fasa 2: Kuantitatif (Smart PLS)
- Kajian ini dijalankan melalui kaedah kualitatif dengan temu bual yang melibatkan informan yang terdiri daripada 10 orang informan daripada Pemegang Taruh yang melibatkan pembangunan kemahiran belia. Temu bual akan dijalankan dengan kaedah separa berstruktur.
- Beberapa orang informan dari Pemegang Taruh yang fokus kepada pembangunan belia dan menyediakan pelbagai program serta merangka inisiatif untuk pembangunan belia.
- Setiap maklumat yang didapati melalui semua informan akan direkodkan. Maklumat yang didapati akan dikumpulkan dan akan dianalisis mengikut tema yang ditetapkan.
- Beberapa soalan juga akan diajukan kepada belia di Malaysia melalui pengagihan soal selidik sama ada secara fizikal mahupun melalui google form. Setiap jawapan yang diterima akan dianalisis dengan menggunakan Smart PLS. Sampel akan dikumpulkan daripada dikalangan belia (15-30 tahun) dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) di Malaysia.
- Pendekatan ini menggunakan psikometrik AI untuk menganalisis personaliti individu berdasarkan Holland’s Career Typology, yang mengklasifikasikan personaliti kepada enam jenis:
- Realistic (R)
- Investigative (I)
- Artistic (A)
- Social (S)
- Enterprising (E)
- Conventional (C)
Fasa 3: Pembentukan Kerangka
- Penyesuaian Latihan Berdasarkan Kesesuaian Personaliti. Psikometrik AI boleh digunakan untuk:
- Memadankan profil personaliti individu dengan keperluan pekerjaan tertentu.
- Menyediakan senarai latihan yang paling sesuai dengan personaliti individu, minat, dan keupayaan mereka.
- Penilaian Keberhasilan Latihan Menggunakan Model KIPP.
- Model KIPP (Context, Input, Process, Product) daripada Stufflebeam (1971) menyediakan kerangka untuk menilai keberhasilan latihan. Psikometrik AI dapat diintegrasikan dengan setiap komponen KIPP
PENGENALAN
Latar Belakang Kajian
Jangkaan Hasil Penyelidikan
Dalam konteks Malaysia, usaha untuk memperkasa bakat belia melalui program upskilling dan reskilling semakin mendapat perhatian seiring dengan perubahan pesat dalam pasaran kerja yang digerakkan oleh kemajuan teknologi dan globalisasi. Namun, cabaran utama yang dihadapi adalah ketidaksesuaian antara kemahiran yang dimiliki oleh belia dan keperluan industri yang sentiasa berkembang. Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pembangunan bakat belia bagi menyokong Rangka Kerja Malaysia MADANI yang memfokuskan kepada Kemakmuran (Prosperity)
Persoalan Kajian
Permasalahan Kajian
- Pertama, terdapat kekurangan data yang komprehensif mengenai ciri-ciri personaliti belia yang boleh digunakan untuk menyesuaikan program latihan (Ahmed et al., 2023).
- Kedua, terdapat keperluan untuk mengembangkan alat psikometrik yang bukan sahaja tepat tetapi juga mampu untuk mengintegrasikan analisis AI bagi memberikan gambaran yang lebih mendalam mengenai pembangunan profail personaliti belia (Chong & Lee, 2022).
- Ketiga, bagaimana memastikan bahawa program yang dirangka berdasarkan analisis ini adalah relevan dan mampu memberikan impak yang signifikan dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran belia (Ramli & Ismail, 2024).
1) Bagaimana ciri-ciri personaliti belia mempengaruhi keberkesanan penyertaan mereka dalam program Upskilling dan Reskilling di Malaysia?
2) Bagaimana analisis data melalui psikometrik AI dapat menyumbang kepada pembangunan program latihan yang lebih berkesan dan disesuaikan dengan keperluan individu belia?
3) Mengapa pendekatan psikometrik AI penting dalam membangunkan profail personaliti belia untuk meningkatkan keberhasilan program Upskilling dan Reskilling di Malaysia?
Kepentingan Kajian
- Psikometrik AI menggabungkan analisis data yang lebih mendalam mengenai tingkah laku, minat, nilai, dan gaya pembelajaran individu. Alat ini bukan sahaja menilai kecenderungan teknikal belia, tetapi juga mengenal pasti kemahiran "soft skills" yang semakin penting dalam dunia pekerjaan moden, seperti kepimpinan, komunikasi, dan kerja berpasukan.
- Oleh itu, pendekatan psikometrik AI dapat digunakan untuk mengukur dan memperkasa bakat belia, sekaligus meningkatkan keberhasilan program upskilling dan reskilling yang disasarkan kepada belia Malaysia.
- Kajian ini akan memberikan perspektif baru terhadap cara-cara untuk meningkatkan kebolehpasaran belia di Malaysia dengan pendekatan yang lebih holistik, selaras dengan cabaran pembangunan negara yang memerlukan tenaga kerja yang lebih berkemahiran tinggi, inovatif, dan fleksibel.
Kerjasama dan Kolaborasi
Peningkatan Keberhasilan Program Latihan
Dasar dan Polisi
THANK YOU
- Kolaborasi aktif dengan TalentCorp untuk memastikan kajian ini selaras dengan inisiatif kerajaan untuk pembangunan belia
• Kajian ini dapat memberikan cadangan konkrit untuk memperbaiki dasar dan polisi pendidikan dan latihan kemahiran yang sedia ada, memastikan mereka lebih responsif kepada keperluan pasaran kerja dan teknologi
PENYELIDIK
• Hasil kajian akan membantu dalam merancang dan melaksanakan program latihan yang lebih efektif, disesuaikan dengan keperluan individu melalui penggunaan psikometrik AI
Ketua Penyelidik
Dr. Nur Syafiqah A. Rahim (UTM)
Ahli Penyelidik
Dr. Mas Idayu Binti Saidi (UTM)
Dr. Irza Hanie Binti Abu Samah (UTM)
Dr. Nur Rifhan Binti A. Rahim (UiTM)
Dr Nor Azairiah Fatimah Binti Othman (UiTM)