MEDIA SOSIAL DALAM SEKTOR AWAM
Presented by Asrul Hanis Ehsan S224387
Azlan Hj Ajak S230043
Valorice Binti Jeperin S229850
Ainey Binti Mohamad S224213
Pengenalan
Media sosial merujuk kepada sejenis saluran komunikasi dalam talian yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan mudah secara bebas, berkongsi dan membincangkan maklumat dengan menggunakan gabungan multimedia yang terdiri daripada teks, gambar, video dan audio
Media Sosial Saluran Maklumat
Media Sosial Saluran Maklumat
- Membolehkan agensi menyampaikan dan mendapatkan maklum balas daripada oram awam dan pemegang amanah terhadap penerimaan dasar, program dan perkhidmatan agensi.
- Menyediakan kaedah pengurusan kandungan yang mudah.
- Memuat naik maklumat melalui format video, audio, gambar dan dokumen.
- Dapat memberi penjelasan dan gambaran sebenar tentang isu yang dibincangkan
- Meningkatkan ketelusan dalam proses membuat keputusan dan dasar kerajaan
Media Sosial Meningkatkan Penglibatan Pelanggan
Media Sosial Meningkatkan Penglibatan Pelanggan
- Media sosial sebagai platform kolaborasi, berkomunikasi tanpa sempadan antara orang awam dan pemegang amanah
- Menghubungkan agensi dengan kumpulan sasaran yang luas daripada pelbagai latar belakang
Pemantauan Penggunaan Media Sosial
Pengurusan Perubahan
- Dirancang dan dilaksanakan secara berkala
- Meningkatkan kesedaran dan etika penggunaan
- Mengurangkan implikasi penyalahgunaan media sosial
Pengurusan Penapisan Kandungan
Pengurusan Penapisan Kandungan
- Menapis kandungan media sosial yang tiada kaitan dengan kegunaan rasmi agensi bagi mengelakkan gangguan prestasi rangkaian di agensi dan produktiviti pegawai awam.
Pemantauan Berterusan
- Penubuhan pasukan bagi memantau penggunaan media sosial dan membolehkan semua pandangan atau sentimen diberi perhatian dan tindakan segera dapat diambil bagi mewujudkan persekitaran yang harmoni antara agensi kerajaan, rakyat dan pengguna media sosial.
Etika Penggunaan Media Sosial oleh Pegawai Awam
Etika Media Sosial Oleh Pegawai Awam
Etika Media Sosial Oleh Pegawai Awam
- Semua pegawai awam adalah terikat dengan terma dan syarat yang terkandung dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan arahan-arahan yang berkaitan yang menjadi teras kepada keperibadian atau tatakelakuan anggota perkhidmatan awam.
- Prinsip-prinsip penggunaan media sosial oleh pegaw...
- Prinsip-prinsip penggunaan media sosial oleh pegawai awam sama ada dalam urusan rasmi ataupun peribadi adalah sama seperti yang terpakai bagi media-media yang lain. Media sosial merupakan forum awam di mana prinsip-prinsip yang sama diambil kira sebagaimana pengucapan awam ataupun penulisan secara rasmi atau tidak rasmi.
- Pegawai awam dilarang menggunakan media sosi...
- Pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat samaada menerusi peralatan komputer atau alat mudah alih yang dibekalkan oleh pejabat ataupun melalui peralatan peribadi.
- Pegawai awam boleh menggunakan media sosial secara peribadi di luar waktu pejabat tetapi perlu berhati-hati supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat rasmi. Pegawai awam dilarang untuk mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti politik kecuali telah mendapatkan kelulusan Ketua Perkhidmatan Awam.
- Sebarang komen mengenai isu-isu ya...
- Sebarang komen mengenai isu-isu yang melibatkan agensi atau yang berbentuk serangan peribadi hendaklah dielakkan.
- Ketepatan dan sensitiviti maklumat yang ingin disampaikan hendahklah disemak terlebih dahulu sebelum dihantar.
- Pegawai awam perlu memastikan pengkongsian dan penggunaan maklumat yang berkaitan dengan hak cipta dan harta intelek telah mendapat kebenaran daripada pihak yang berkenaan.
- Sekiranya terdapat kesilapan pada sebarang maklumat yang telah dihebahkan, akui pada umum, buat pembetulan dan mohon maaf kepada pihak berkaitan secara terus dalam laman sosial yang terlibat.
Peraturan dan Perundangan
Peraturan dan Perundangan
Peraturan dan Perundangan
- Akta Rahsia Rasmi 1972.
- Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
- Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 17 Julai 2009 bertajuk "Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Sektor Awam".
- Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 19 Nov 2009 bertajuk "Penggunaan Media Sosial Di Sektor Awam".
- Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 8 April 2011 bertajuk "Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam".
Contoh Perakuan Penjawat awam
Contoh Perakuan Penjawat awam
Antara Langkah-langkah Mengatasi Masalah Media Sosial
Antara Contoh Jenayah Siber
Berkongsi secara berlebihan
Berkongsi secara berlebihan
Soalan 1
Berikan 3 etika media sosial dikalangan penjawat awam
Soalan 2
Nyatakan 3 peraturan dan perundangan media sosial
Soalan 3
Nyatakan 3 jenayah siber selain daripada tayangan video tadi