Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

Sistem bekalan elektrik

Pengenalan

  • Sistem bekalan elektrik ialah sistem dimana elektrik yang dibekalkan oleh penjana dan dihantar serta diagihkan kepada pengguna kediaman, industri dan pusat-pusat komersial di seluruh negara.

  • Penjanaan bekalan elektrik dikendalikan oleh Pihak TNB dengan kadar bekalan 240V/415V, 50Hz.

  • Bagaimana bekalan elektrik diterima, diagih-agihkan dengan cara yang selamat, dengan kos yang berpatutan, praktikal dan mengikut kehendak akta dan peraturan-peraturan semasa.

  • Dalam bekalan elektrik di Malaysia mempunyai dua jenis iaitu bekalan arus terus (AT) dan ulang alik (AU)

  • sistem bekalan elektrik melalui 3 peringkat penting sebelum ianya sampai kepada pengguna. Peringkat tersebut adalah:

i) Sistem Penjanaan

ii) Sistem Penghantaran

iii) Sistem Pengagihan

  • Dalam takrif lain, sistem penjanaan ialah penghasilan kuasa elektrik di stesen kuasa pusat untuk penghantaran ke beban atau kawasan keperluan dan seterusnya pengagihan ke pengguna-pengguna.

JENIS-JENIS

STESEN JANAKUASA ELEKTRIK

Terdapat banyak jenis-jenis Stesen Janakuasa Elektrik. Antaranya:

  • Stesen Janakuasa Hidro - Sarawak
  • Stesen Janakuasa Stim - Tg. Bin, PG
  • Stesen Janakuasa Gas
  • Stesen Janakuasa Diesel - Tawau, Sabah
  • Stesen Janakuasa Nuklear - Jepun
  • Stesen Janakuasa Kitar Padu

STESEN PENJANA

GAS

  • Berasaskan pemanasan udara untuk menghasilkan keadaan gas bertekanan tinggi dan berkelajuan tinggi (gas ekzos) untuk memutarkan turbin.
  • Menggunakan stesen penjana gas sama seperti jenis stim.
  • Menggunakan diesel atau gas asli sebagai bahan api untuk proses pemanasan.

Udara biasa dengan suhu 30°C dan kemampatan 1 Bar dimampatkan dan dipanaskan sehingga menjadi suhu 1080°C dan 30 Bar kemampatan di satu tempat kebakaran.

STESEN PENJANA

HIDRO

  • Menggunakan air daripada empangan sebagai penggerak utama untuk memutarkan bilah turbin.
  • Air yang diempangkan pada suatu paras tinggi dan luas supaya menghasilkan suatu tenaga yang kuat bagi menggerakkan bilah turbin.
  • Tekanan air yang tinggi akan memutarkan alat pusaran air di dalam turbin dan ini akan memacu penjana di mana tenaga elektrik akan dihasilkan

STESEN PENJANA

STIM

  • Berasaskan pemanasan air untuk menghasilkan keadaan bertekanan tinggi.

  • Menggunakan bahan api seperti arang batu

JENIS-JENIS

SISTEM PENGHANTARAN BEKALAN ELEKTRIK

Terdapat lima jenis sistem penghantaran bekalan elektrik mengikut kesesuaian tempat dan kawasan.

Antaranya:

  • Sistem Gelang
  • Sistem Jejari
  • Sistem Rangkaian
  • Sistem Grid Nasional
  • Sistem Bus-Ties

SISTEM GRID NASIONAL

SISTEM JEJARI

SISTEM RANGKAIAN

  • Campuran kebaikan sistem gelang dan bus-ties
  • Sistem dibuat dengan menyambungjan lilitan primer secara jejari
  • Lilitan skunder - secara gelang
  • Jika salah satu transformer rosak bekalan tidak terjejas - kerana skunder dalam litar gelang

SISTEM GELANG

  • Biasanya disambungkan kepada pengubah peninggi.
  • Sambungan gelang hanya dibuat pada bahagian primer sahaja. Manakala bahagian skunder disambungkan pada pengubah penurun. 
  • Kebaikan sistem ini ialah apabila salah satu dari pengubah rosak, pengubah yang lain masih boleh membekalkan tenga elektrik, Manakala pengubah yang rosak boleh dibaiki tanpa mengganggu pengubah yang lain. Banyak kawasan yang boleh menerima bekalan elektrik.
  • Keburukanya pula ialah kawasan pengubah yang rosak tidak akan menerima bekalan elektrik.

SISTEM BUS - TIES

  • Semua lilitan primer dan skunder disabung ke litar dan skunder disambung ke litar gelang.
  • Apabila salah satu transformer rosak-kawasan tersebut masih boleh mendapat bekalan
  • Kos mahal
  • Sesuai di kawasan diraja, kementerian dan pertahanan.

Sistem Pengagihan

  • Suatu proses pengagihan tenaga elektrik yang bermula dari pencawang voltan tinggi hingga ke punca pemasangan pengguna.

  • Merupakan peringkat terakhir di dalam sistem bekalan elektrik.

  • Berdasarkan rajah tersebut, voltan dari pencawang tinggi diagihkan kepada pengguna

mengikut keperluan.

  • Bagi industri berat voltan maksimum ialah 11kV. Industri kecil,

sekolah dan pejabat memerlukan voltan bekalan 415V dan bagi rumah kediaman pula,

kebiasaannya menggunakan voltan bekalan 240V.

created by:

Norfamiza Binti Misnan

Checked by:

Dr Dayana Farzeeha binti Ali

  • Dibuat dengan menyambungkan pengubah peninggi secara jejari
  • Digunakan di kawasan/daerah yang memerlukan bekalan elektrik

KEbaikan

KElemahan

  • Senang dikendalikan
  • Mudah membuat penambahan litar
  • Kos - paling murah
  • Saiz kabel - lebih besar
  • Satu pengubah rosak - semua tidak dapat bekalan elektrik
  • Dilakukan dengan menyambungkan beberapa janakuasa elektrik yang terdapat di negara kita.

KEBAIKAN

KElemahan

  • Penjagaan - rapi
  • Masa menyiapkan - lama
  • Kos permulaan - besar
  • Bekalan mencukupi - walaupun salah satu penjana rosak
  • Frekuensi sentiasa stabil
  • Kos penggunaan penjana kecil & tempat - dapat dijimatkan

Sistem Penghantaran

Sistem Penjanaan

  • Sistem Penghantaran adalah langkah kedua didalam sistem bekalan elektrik.
  • Merupakan proses penyebaran tenaga elektrik yang bermula dari janakuasa elektrik hinggalah ke punca pencawang voltan tinggi.
  • Sesebuah stesen janakuasa elektrik akan menghasilkan voltan janaan 11 kV.
  • Kemudian voltan janaan ini ditingkatkan dengan menggunakan penggubah peninggi ke nilai 66kV, 132kV, 275kV dan 400kV.
  • Tenaga elektrik yang dihasilkan stesen penjanaan akan dihantar kelapangan suis, pencawang utama dan pencawang-pencawang.

  • Sistem Penjanaan kuasa ditakrifkan sebagai satu proses pengeluaran tenaga elektrik dengan jumlah yang besar hasil daripada penukaran tenaga mekanik kpada tenaga elektrik.
  • Sistem Penjanaan dapat diperolehi melalui stesen janakuasa elektrik hasil daripada pergerakan oleh airm gas, stim dan sebagainya.

PERALATAN & PERKAKASAN ELEKTRIK DAN FUNGSI DALAM BANGUNAN

  • Kerja pemasangan dan pendawaian elektrik memerlukan peralatan, perkakasan @ aksesori seperti kotak agihan, suis utama, suis, fius, pemutus litar bocor ke bumi (ELCB), soket keluaran, lampu pendaflour dan sebagainya.

SUIS UTAMA

  • Suis utama adalah peranti mekanikal yang mengandungi fius dan suis sehala bagi menyambung dan memutuskan bekalan elektrik yang juga mengawal aliran arus yang berlebihan.

KOTAK AGIHAN

PALAM

  • Mengandungi kelengkapan peralatan perlindungan seperti suis utama, pemutus litar ke bumi (PLAB) dan fius.
  • Terdapat dua jenis kotak agihan iaitu kotak agihan jenis kayu dan kotak agihan miniature.
  • Mempunyai beberapa pin sesentuh yang pada hujung sebelah dalam badannya terdapat punca tamatan.
  • Pin dibuat daripada bahan fosfor gangsa atau loyang keras berbentuk bulat atau empat persegi leper.
  • Digunakan untuk menyambungkan kelengkapan eletrik dengan soket alir keluar melalui kord atau kabel boleh lentur.
  • Saiz pin punca bumi lebih panjang sedikit daripada saiz pin hidup dan neutral. Oleh itu pin bumi akan menyentuh dahulu sesentuh bumi di soket alir keluar dibandingkan dengan pin-pin yang lain.

KABEL

  • Digunakan sebagai bahan pengalir yang membenarkan arus mengalir.
  • Ia merupakan media yang amat penting dalam pemasangan elektrik dan merupakan perantaraan sambungan bagi mengekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektrik.

FIUS

SUIS

  • Digunakan untuk melindungi litar dan peralatan elektrik.
  • Apabila arus berlebihan mengalir melaluinya, fius akan lebur dan aliran elektrik akan terputus.
  • FIus ditentukan kadaran arus ampere seperti 2 A, 5 A, 10 A, 13 A, 15 A dan sebagainya.
  • Terdapat dua jenis fius iaitu:

i) Fius Dawai

ii) Fius Kartrij

  • Suis adalah peranti mekanikal yang boleh menyambung atau memutuskan litar manual atau secara perantaraan seperti tali.
  • Terdapat pelbagai bentuk dan jenis suis yang dibuat dalam pelbagai kadaran arus mengikut kesesuaian penggunaannya

i) suis satu hala

ii) suis dua hala

iii) suis perantaraan

  • Suis dibuat dalam pelbagai bentuk dan kegunaannya disesuaikan mengikut sistem pendawaian. Antaranya:

i) suis jenis permukaan

ii) suis jenis sebahagian tersembunyi

iii) suis jenis tarik

iv) suis jenis khusus untuk sistem konduit

DONE!!

THANK YOU FOR YOUR ATTENTION

KONDIUT

SOKET KELUARAN

PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI (ELCB)

  • Kabel pendawaian akan dimasukkan ke dalam saluran paip.
  • Kabel akan disalurkan ke dalam kondiut hingga ke punca-punca tamatannya.
  • Terdapat dua jenis kondiut yang lazim digunakan dalam pemasangannya iaitu:

i) kondiut logam

ii) kondiut PVK

  • Soket keluaran adalah aksesori yang menyediakan pun bekalan kuasa dalam satu sistem pendawaian tetap dengan litarnya merupakan satu daripada litar-litar kecil akhir.
  • Soket ini penting bagi mendapatkan punca bekalan kuasa dengan menyambungkan pada alat kelengkapan elektrik mudah alih atau tetap yang menngynakan arus seperti tv, setrika, peti sejuk, radio, komputer dan sebagainya.
  • PLBB - Pemutus litar bocor ke bumi atau ELCB adalah peranti mekanikal bagi menyambung atau memutuskan litar yang dalam keadaan bertenaga, iaitu memutuskan bekalan secara automatik apabila berlaku kebocoran arus berlebihan atau litar pintas.
  • Terdapat dua jenis pemutus litar bocor ke bumi, iaitu jenis kendalian voltan dan jenis kendalian arus.

SISTEM PENDAWAIAN SESALUR

  • Pemasangan pendawaian yang menggunakan sistem sesalur lazimnya untuk memuatkan kabel yang banyak dan lebih jimat jika menggunakan kondiut yang banyak.
  • Boleh didapati dalam bentuk persegi memanjang dengan pelbagai saiz dan aksesori.
  • Terdapat sesalur diperbuat daripada bahan logam besi dan juga plastik serta PVK.
  • Pemasangan sesalur di bahagia penyambungan akan dipasang dengan jalur tembaga untuk memastikan keterusan pembumian yang lancar.
  • Terdapat pelbagai jenis pemasangan sistem sesalur seperti sesalur skirting, sesalur lantai dan sesalur pencahayaan.
Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi