Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

SISTEM RAWATAN KUMBAHAN

KESIMPULAN

Jadual 1:

Proses-proses Rawatan Kumbahan Biologi Utama

Perhatian yang kurang terhadap sisa kumbahan boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar dan penularan penyakit berjangkit. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab haruslah peka terhadap perkara ini.Masyarakat juga perlu mempunyai kesedaran awal dan lebih berjaga – jaga tentang bahaya dan kesan pencemaran alam sekitar.

Disediakan oleh :

Nur Afifah Bt Mohd Zaki

Disemak oleh :

Dr Dayana Farzeeha Ali

Enapcemar teraktif, lagun-lagun pengudaraan, penyentuh biologi berputar dan penapis cucuran merupakan sistem-sistem rawatan yang selalu digunakan.

SISTEM-SISTEM RAWATAN KUMBAHAN

Sistem-sistem Rawatan Kumbahan untuk

Kawasan-Kawasan Bandar

Proses-proses rawatan dibahagikan kepada rawatan yang menggunakan oksigen untuk memecahkan bahan organik (aerobik) dan rawatan yang tidak menggunakan oksigen (anaerobik).

Pemecahan bahan organik boleh berlaku semasa di dalam keadaan terampai (pertumbuhan terampai) atau di atas permukaan sesuatu bahan perantara (pertumbuhan terikat). Kadang-kadang proses yang menggunakan kolam-kolam juga digunakan jika terdapat kawasan yang luas. Proses-proses rawatan dikategorikan seperti Jadual 1.

Sistem-sistem kumbahan untuk komuniti-komuniti kecil

  • Sejak lima puluh tahun dahulu, pelbagai kaedah sistem-sistem rawatan kumbahan telah dibangunkan untuk memelihara kesihatan awam dan persekitaran.
  • Bagi kawasan bandar, di mana populasi adalah padat dan persekitaran tidak dapat menampung bahan buangan, sistem-sistem rawatan yang canggih telah berkembang dan ini menghasilkan efluen berkualiti tinggi.
  • Sistem-sistem yang lebih mudah telah digunakan untuk memberikan perkhidmatan kepadakomuniti-komuniti kecil walaupun piawaian-piawaian persekitaran yang selalu meningkat menunjukkan komuniti-komuniti ini juga memerlukan sistem-sistem rawatan yang lebih baik.

Disebabkan oleh saiz, komuniti-komuniti kecil menghadapi masalah-masalah kos per kapital yang tinggi, kewangan, operasi dan belanjawan yang terhad untuk rawatan kumbahan.

Di kawasan yang mempunyai populasi padat, persekitaran boleh menampung dengan peringkat-peringkat rawatan yang kurang dan selalunya hanya rawatan utama yang akan disediakan. Walau bagaimanapun, dengan bertambahnya bilangan penduduk, sistem-sistem rawatan utama ini perlu digantikan dengan sistem-sistem rawatan sekunder.

Kini, loji-loji rawatan kumbahan untuk komuniti-komuniti kecil telah dipasang siap sebelum dihantar ke tapak dan ini dipanggil "loji-loji pakej". Ia hanya sesuai untuk komuniti-komuniti kecil. Proses-proses rawatan dikategorikan seperti di Jadual 2.

Jadual 2:

Sistem-sistem Rawatan yang selalu digunakan untuk

Komuniti-komuniti kecil

Penggunaan loji-loji pakej dikawal ketat untuk memastikan kebolehpercayaan loji tersebut untuk jangka masa panjang. Di kawasan bandar, penggunaan tangki septik individu (IST), Tangki septik komunal (CST) dan tangki Imhoff (IT) akan dihentikan secara berperingkat.

Rawatan Peringkat Tinggi Kumbahan

  • Rawatan peringkat tinggi kumbahan melibatkan penyingkiran nutrien-nutrien, bahan-bahan toksik termasuk logam-logam berat dan penyingkiran seterunya bagi bahan organik dan pepejal terapung. Efluen daripada rawatan peringkat tinggi adalah berpiawaian tinggi dan sesuai untuk diguna semula.
  • Di Malaysia, masih belum ada rancangan untuk membina sistem-sistem rawatan peringkat tinggi. Tumpuan diberikan untuk menyediakan piawaian asas untuk rawatan permulaan, utama dan sekunder.

Proses unit kimia

Proses-proses Unit Kimia

  • Kaedah-kaedah rawatan penyingkiran atau penukaran bahan cemar dengan penambahan bahan kimia atau reaksi kimia adalah dikenali sebagai proses-proses unit kimia. Ini meliputi pemendakan, penjerapan dan penyahjangkitan.

Rawatan Sekunder Kumbahan

  • Rawatan sekunder kumbahan tertumpu kepada penyingkiran bahan organik terbiodegradasikan dan pepejal terapung dan kebanyakannya menggunakan proses-proses unit biologi. Penyahjangkitan mungkin dimasukkan di dalam rawatan sekunder kumbahan.

  • Tindak balas Biologi Asas di dalam Kolam Pengoksidaan

  • Kolam pengoksidaan

Rawatan Permulaan Kumbahan

  • Rawatan permulaan kumbahan didefinisikan sebagai penyingkiran unsur-unsur kumbahan yang mungkin menyebabkan masalah-masalah penyelenggaraan atau operasi dengan operasi-operasi rawatan. Ini termasuk pemeriksaan dan pengisaran untuk penyingkiran serpihan dan kain buruk, penyingkiran batu-batu halus menerusi pemendapan dan juga penyingkiran minyak dan gris menerusi proses pengapungan.

Rawatan Utama Kumbahan

  • Di dalam rawatan utama, proses pemeriksaan dan pemendapan akan menyingkirkan sedikit pepejal terapung dan bahan organik. Efluen daripada rawatan utama akan mengandungi kandungan pepejal terapung atau bahan organik yang tinggi.

Proses-proses Unit Biologi

  • Proses-proses unit biologi menerangkan kaedah-kaedah yang menghilangkan bahan cemar melalui aktiviti biologi. Bahan organik terbiodegradasikan ditukar kepada gas-gas yang dilepaskan ke udara dan tisu sel disingkirkan secara pemendapan.

Kaedah-kaedah rawatan kumbahan diklasifikasikan kepada operasi-operasi unit fizikal, proses-proses unit kimia dan proses-proses unit biologi.

Operasi-operasi Unit Fizikal

  • Operasi unit fizikal adalah kaedah-kaedah rawatan, yang menggunakan aplikasi kekuatan fizikal untuk merawat kumbahan. Ini meliputi pemeriksaan, pencampuran, pemberbukuan, pemendapan, penurasan dan pengapungan.

KAEDAH-KAEDAH RAWATAN KUMBAHAN

Tahap rawatan.

  • Rawatan permulaan dan rawatan utama merujuk kepada operasi-operasi unit fizikal dan merupakan peringkat pertama rawatan yang digunakan ke atas sebarang kumbahan. Rawatan peringkat sekunder pula merujuk kepada proses-proses unit biologi dan kimia. Manakala rawatan peringkat tinggi merujuk kepada kombinasi ketiga-tiga proses.

Bahan-bahan kimia

  • Organik – Karbohidrat, Lemak, Minyak, gris, protein, surfactants.
  • Bukan organik – pH, klorida, citrogen, phosphorus, sulfur
  • Gas – hidrogen sulfida, metana, oksigen

Ciri-ciri Biologi

  • Bakteria – terdiri daripada organism membawa penyakit dan tidak membawa penyakit
  • Alga
  • Protoza

Thank you!

KEPENTINGAN RAWATAN KUMBAHAN

by NUR AFIFAH MOHD ZAKI

ipahzifi@yahoo.com

  • Bagi mengurangkan bahaya dan selamat digunakan oleh manusia. Selain menghilangkan terus, mengurang atau minimum kesan air kumbahan supaya ia boleh digunakan sebagai air berkualiti kepada alam sekitar.

  • Dengan bertambahnya bilangan penduduk, ini akan memberikan tekanan kepada alam sekitar, mengancam sumber air bersih dan ini menunjukkan bahawa masalah sisa pembuangan manusia memerlukan pengurusan yang lebih teratur.

  • Dalam menangani isu pencemaran air, pelbagai pihak perlu menyedari bahawa tanggungjawab masing-masing termasuk kerajaan, pengusaha kilang, industri dan masyarakat bekerjasama untuk meminimumkan pencemaran alam sekitar.

PENGENALAN

CIRI CIRI KUMBAHAN

(Fizikal)

1) Warna

Warna air sisa yang gelap dan tidak akan menarik perhatian. Selalunya tidak ada kaedah penyingkiran warna yang memuaskan Warna diukur dalam unit ‘TUC-Total Colour Unit’

2) Bau

Air sisa mempunyai bau yang kuat yang boleh diukur melalui kaedah pencairan air. Air sisa kadangkala mengandungi bahan kimia yang mengeluarkan bau yang kuat dan berbahaya.

3) Pepejal

Kekeruhan pada air sisa adalah disebabkan oleh pepejal terampai yang selalunya terapung pada permukaan air.

4) Suhu

Suhu memainkan peranan penting dalam kadar pembiakan bakteria Suhu biasanya diukur dengan menggunakan termometer dan selalunya dalam unit darjah Celcius.

  • Rawatan kumbahan adalah proses bahan pejal diasingkan dan kemudian ditukar daripada bahan pepejal kepada bahan mineral.

  • Merupakan cecair buangan dari tandas, bilik air serta sinki yang dilepaskan dari kawasan perumahan,premis perniagaan dan industri.

  • Mengandungi bahan pepejal organik dan tak organik.

SUMBER-SUMBER KUMBAHAN

1) Domestik

Tandas, air basuhan dan perubatan

2) Industri

Kilang papan, batik,makanan, bengkel kereta dll.

3) Resapan

Air kumbahan yang diresap masuk oleh paip jenis tanah liat.

4) Air ribut,air larian dari jalanraya ke longkang.

5) Pertanian dan penternakan.

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi