Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
TAMADUN INDUS
Tamadun Indus ialah tamadun yang terawal di India. Tamadun ini terletak di Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus. Sungai ini berpunca dari Pergunungan Himalaya dan mengalir ke Laut Arab. Tamadun Indus ini juga dikenali sebagai tamadun Harappa bersempena dengan nama Bandar utama dalam tamadun ini. Tamadun Indus terletak di bahagian barat laut India.Kawasan ini dikelilingi oleh Banjaran Makran, Pergunungan Baluchistan,Punjqab dan Rajasthan di bahagian timur,serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara.
Tamadun Indus telah muncul pada sekitar tahun 2500S.M dan mula merosot pada tahun 1800 S.M. Sehingga hari ini masih belum jelas faktor yang menyebabkan kehancuran tamadun ini. Antara pendapat yang dikemukakan ialah tamadun Indus mengalami kehancuran kerana serangan orang Aryan serta bencana alam seperti banjir,kemarau dan gempa bumi.
Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999.
Dato’ Sri Dr Mahathir telah memilih selatan Prang Besar sebuah daerah dibawah Kerajaan Negeri Selangor dan melancarkannya pada tahun 1995.
Nama Putrajaya diambil daripada perkataan "putra" sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan ditambah dengan perkataan "jaya" yang membawa maksud kecemerlangan atau kejayaan.
Putrajaya berkonsepkan “Bandar-dalam-taman”
LANDSKAP : 38% dari tanah adalah kawasan hijau. Penghutanan semula dan pemulihan landskap semulajadi mempromosikan flora tempatan sebagai identiti landskap Malaysia.
KEADAAN BANDAR : Dirancang mengikut kesesuaian topografi, iklim tempatan dan budaya. Pandangan panorama, bangunan-bangunan dan infrastuktur yang unik menampakkan Putrajaya sebagai bandar yang berketerampilan.