Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading content…
Loading…
Transcript

Raja Melewar merupakan anak raja dari keturunan Minangkabau dari Pagarruyung , Sumatera Barat.Nama sebenar Raja Melewar ialah Raja Mahmud, putera kepada Sultan Abdul Jalil. Raja Melewar telah datang ke Tanah Melayu dan ditabalkan menjadi Yamtuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Raja Melewar telah berkahwin dengan Cik Seni, anak Penghulu Na'am, penghulu dari Hulu Muar.

Pada mulanya, Negeri Sebelah Darat tiada pemerintah.Ia ditadbir di bawah naungan Melayu Johor, iaitu di bawah Kesultanan Johor.Kedatangan Bugis ke Negeri Sembilan menyebabkan pemerintahan Negeri Sembilan dari Johor semakin lemah.Pembesar Melayu pada ketika itu Sultan Sulaiman dan Sultan Johor , Sultan Alauddin tidak tahu dan tidak mampu untuk mengalahkan Bugis dan mengusirnya dari Tanah Melayu.

Kedatangan Raja Melewar ke Negeri Sembilan Sebagai Pemerintah

1.Negeri Sebelah Darat (Negeri Sembilan) tiada raja atau pemerintah pada waktu itu.Negeri tersebut hanya mempunyai penghulu di setiap daerah, tetapi tiada pemerintah yang utama.Ia ditadbir di bawah Melayu Johor iatu Kesultanan Johor.

AQIFF HAFIZZUDDIN

3. Untuk mempertahankan Adat Parapatieh yang sekarang dikenali sebagai Adat Perpatih di Negeri Sembilan

2.Kedatangan Bugis ke Negeri Sembilan menyebabkan pemerintahan Negeri Sebelah Darat dari Johor semakin lemah.Pembesar Melayu,Sultan Sulaiman dan Sultan Johor,Sultan Alauddin tidak mampu dan tidak tahu bagaimana untuk mengalahkan Bugis.

Faktor Kedatangan

Kedatangan Raja Mahmud ke Negeri Sembilan disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah

4. Atas saranan penghulu - penghulu di Negeri Sembilan iaitu Penghulu Rembau dan Penghulu Jelebu

KRONOLOGI

Bangsal Atap & Sewar Raja

Siak & Naning

Ulu Penajih

  • Ketika melalui Siak, Raja Siak telah membekalkan Raja Mahmud dengan 40 hulubalang handal sebagai pengiring.Raja Mahmud dan angkatan baginda kemudiannya berangkat menuju ke Negeri Sembilan melalui Naning.
  • Sampai sahaja di Naning, angkatan Raja Mahmud telah bertembung dengan angkatan perang Bugis pimpinan Daeng Kemboja.
  • Pertempuran berlaku dan akhirnya angkatan perang Bugis berjaya dikalahkan dan Daeng Kemboja terpaksa melarikan diri kerana rombongan Raja Mahmud mempunyai bilangan hulubalang handal yang sangat ramai.
  • Dari Penajoh, Raja Mahmud berangkat ke Ulu Penajih di mana baginda membina istan kedua baginda. Di Ulu Penajih, telah berlaku peperangan antara Raja Mahmud dengan Dato' Bandar yang berakhir dengan kematian orang kanan Raja Mahmud, Tengku Bujang.
  • Raja Mahmud meneruskan perjalanan baginda ke Tanah Datar atau Seri Menanti melalui Perhentian Petai. Di Perhentian Petai ini berlaku satu lagi peristiwa bersejarah di mana berlakunya penyerahan Raja Mahmud dari Dato' Lembaga Luak Rembau kepada Dato' Lembaga Tanah Datar.
  • Rombongan Raja Mahmud kemudiannya bergerak menuju ke Bangsal Atap.
  • Di Bangsal Atap,Raja Mahmud dan pengikut-pengikut baginda telah berhenti di sebuah tempat di mana Raja Mahmud telah berehat dan bersandar pada sebatang pohon rambutan yang sedang lebat berbuah. Baginda menyuruh orang kanannya, Tengku Bujang untuk memetik buah tersebut. Baginda kemudiannya memakan buah tersebut dan berkenan untuk menjadikan kawasan sebagai kawasan larangan tersebut daripada penduduk setempat yang ingin mengambil buah rambutan itu. Baginda bertindak dengan memagari kawasan tersebut. Kejadian ini menyebabkan kawasan tersebut dinamakan sebagai Sewar Raja oleh penduduk setempat.

PERISTIWA

Raja Khatib diserang bertubi-tubi oleh Raja Melewar dan dihalau keluar dari Bumi Negeri Sembilan.

Raja Melewar kekal memerintah di Negeri Sembilan selama bertahun-bertahun. Beliau gering dan mangkat pada tahun 1795 di Astana Raja semasa melawat Luak Rembau. Raja Melewar dimakamkan di Bukit Serajin bersebelahan dengan makam isteri baginda, Cik Seni.

  • Tetapi, Raja Khatib yang dihantar oleh Raja Pagarruyung telah mengkhianati kepercayaan yang diletakkan ke atas beliau. Raja Khatib telah mengahwini Warna Mas, anak Penghulu Na'am dan mengaku bahawa dirinya sendiri merupakan pemerintah yang dihantar dari Pagarruyung di Negeri Sembilan tanpa pengetahuan Sultan Alauddin.
  • Raja Melewar dan rombongan baginda berangkat ke Negeri Sembilan melalui Siak dan Melaka di mana baginda membuat surat akuan yang dikenali sebagai Teromba atas perintah Sultan Alauddin.

Pada ketika itu, Penghulu Rembau segera mendapatkan bantuan Penghulu Jelebu iaitu Dato' Moyang Salleh untuk menghadap Sultan Alauddin berkenaan kedudukan Bugis di Negeri Sembilan yang semakin berkuasa.Mereka berlepas ke Istana Sultan Johor bersama empat orang hulubalang iaitu Tok Bauk, Tok Beruang Hitam, Tok Gagah Perkasa dan Tok Laut Api.

  • Panglima Bandan dan Panglima Bandut dihantar ke Pagarruyung untuk mendapatkan seorang anak Raja Pagarruyung keturunan Minangkabau.
  • Di Pagarruyung, beberapa orang putera Raja diuji dengan beberapa ujian dan mereka mesti lulus sebelum ditabalkan menjadi Yang Di Pertuan Negeri Sembilan,Mereka harus tidur beberapa hari di atas batu besar yang dikenali sebagai Batu Kasur yang dilapik dengan beberapa helai daun jelatang yang sangat gatal.
  • Raja Melewar merupakan satu-satunya putera Minangkabau yang lulus ujian ini dan layak untuk memerintah Negeri Sembilan.

Seri Menanti

Astana Raja

Kota Pedas

Raja Mahmud dan pengikut-pengikutnya menaiki kapal dan mula mudik ke Sungai Linggi sebelum ke Simpang. Dalam perjalanan, rombongan Raja Mahmud telah beristirahat di Pengkalan Sungai Timon. Mereka meneruskan perjalanan dan berakhir di Kota Pedas. Di sana, mereka telah membina kubu untuk persediaan menentang angkatan perang Raja Khatib.

Di Tanah Datar, baginda ditabalkan sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan dengan gelaran Raja Melewar. Daerah Seri Menanti dinamakan sebagai Tanah Mengandung. Di Seri Menanti juga berlakunya perbalahan antara Raja Khatib dengan Raja Melewar. Raja Khatib telah kalah dalam perbalahan tersebut. Raja Khatib telah melarikan diri dan berjumpa dengan Penghulu Na'am secara rahsia lalu berunding mencari jalan hendak membinasakan Raja Melewar secara sulit. Raja Melewar mengesyaki Penghulu Na'am telah belot bersama Raja Khatib dan merancang untuk membunuh Penghulu Na'am.

Pertempuran berlaku dan angkatan perang Raja Khatib dan Penghulu Na'am berjaya ditewaskan. Raja Melewar sendiri telah memenggal kepala Penghulu Na'am kerana dendam akibat pembelotan yang berlaku. Kepala Penghulu Na'am telah ditanam di Bukit Tempurung manakala badannya dikuburkan di bawah sebatang asam jawa dekat Istana Lama di Ampang Tinggi.

  • Raja Mahmud dan pengikut-pengikut baginda kemudiannya bersiram di sebuah danau yang besar berdekatan dengan Sewar Raja dan kawasan tersebut dinamakan sebagai Danau Sisik Emas.
  • Setelah bersiram, rombongan Raja Mahmud bergerak ke Penajoh dimana baginda telah dikerjankan.Di sinilah baginda membina istana baginda yang pertama. Hari ini kawasan tersebut dikenali sebagai Astana Raja.
  • Raja Melewar diperintahkan oleh ayahandanya, Sultan Abdul Jalil untuk datang ke Negeri Sembilan untuk ditabalkan menjadi Yang Di Pertuan Negeri Sembilan.
  • Sebelum Raja Melewar ke Negeri Sembilan, Raja Khatib dititahkan untuk pergi lebih awal ke Tanah Melayu untuk membuat persiapan menyambut kedatangan Raja Melewar ke Negeri Sembilan.
  • Dalam perjalanan ke Negeri Sembilan,Raja Melewar terlebih dahulu menghadap Sultan Johor. Raja Melewar dianugerahkan cop mohor dan kuasa untuk memerintah semua tanah jajahan di Negeri Sembilan.
  • Mereka bertemu dengan Sultan Alauddin di Istana Sultan Johor yang berakhir dengan suatu peristiwa bersejarah iaitu Memutus Tali Ke Johor di mana Sultan Alauddin membebaskan pemerintahannya ke atas Negeri Sembilan untuk pemerintahan sendiri.
  • Sultan Alauddin disarankan agar mendapatkan seorang raja keturunan Raja Pagarruyung yang mampu mempertahankan Adat Parapatieh.
Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi