Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading content…
Transcript

Nama sebenar: Abdul Rahman bin Imam Noh

Dianugerahkan gelaran "Orang Kaya Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan" kerana KEGAGAHAN dan KEBERANIAN dalam PERANG SAUDARA di Pahang dan PERANG KLANG di Selangor.

Dilantik sebagai PEMBESAR TEMERLOH selepas kematian Orang Kaya Indera Segara.

Beliau tidak mengiktiraf pembangkitan pemerintahan British sejak awal lagi dan telah bangkit menentang British di Pahang.

Faktor Penentangan Dato' Bahaman

Hilang Hak Mengutip Cukai

  • Pelantikan E.A Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh ditentang oleh Dato' Bahaman.

  • Beliau dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya.
  • Sebuah balai polis didirikan oleh E.A. Wise di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato' Bahaman.

  • Ini menyebabkan konflik antara Dato' Bahaman dengan British bertambah serious.

  • Tindakan British dianggap menceroboh kawasan serta mengancam kedudukan Dato' Bahaman.
  • Hugh Clifford menganggap Dato' Bahaman sebagai penderhaka kerana beliau enggan mematuhi arahan British.

  • Gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan telah dilucutkan oleh Sultan Ahmad setelah dipaksa oleh pihak British.

  • Dato' Bahaman bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang kerana tindakan British itu telah memalukannya.

Peristiwa Kebangkitan Dato' Bahaman

  • Tiga orang pengikut Dato' Bahaman telah ditangkap oleh pihak British kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran.

  • Ini telah menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua dan mencetus perang.
  • Sebanyak 200 anggota tentera diketuai oleh Hugh Clifford berusaha untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi gagal.

  • Beliau meminta bantuan dari Singapura.
  • Sultan Wan Ahmad dipaksa untuk menamatkan kebangkitan rakyat Pahang.

  • Pasukan tentera yang dinamakan Gerakan Sultan telah ditubuhkan. Ketua gerakan ini ialah Sultan Wan Ahmad.

  • Akibatnya, 11 buah kubu Dato' Bahaman di Bentong ditawan oleh 'Gerakan Sultan'.
  • Lubuk Terua ditawan semula oleh Dato' Bahaman.

  • Perjuangan Dato' Bahaman bertambah hebat dengan sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau.
  • Sekali lagi British menyerang Lubuk Terua.

  • Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu.

  • Ulama Tok Ku Paloh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang British.
  • Kuala Tembeling dan Jeram Ampai ditawan oleh Dato' Bahaman dan 100 orang pengikutnya.

  • Kolonel Walker dihantar oleh pihak British untuk menawan semula Jeram Ampai.

  • Dato' Bahaman, Tok Gajah, dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.

Kesan Kebangkitan Dato' Bahaman

  • Walaupun Dato' Bahaman dan pengikutnya gagal, namun keberanian mereka menentang British dapat diperlihatkan.

  • Kebangkitan selama empat tahun (1891-1894) telah menyebabkan British menanggung hutang yang banyak.

  • Sultan Ahmad dipaksa membayar 7 200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tarsebut.

14 Jun 1894

7.7 Dato' Bahaman Pahlawan Pahang

16 Disember 1891

8 Mei 1892

Mac 1892

Pembinaan Balai Polis

Perlucutan Gelaran

26 Disember 1891

Januari 1892

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi